Apr 20, 2010

D&P Ep.1

Salam....boring kan?...standard la aku...boring tak abeh-abeh..kengkadang aku jadi boring mikir kenapa aku boring. Semalam Qeila demam. Mujur hari ni dah ok. Standard lah ayat doktor, kalau demam lebih 3 hari datang semula, cek darah, takut denggi. Apahal lak nak kena tunggu 3 hari, buat terus tak leh ke....ahhh hati mula la risau dan cuak. Memang pun skang ni H1N1 dan denggi silih ganti...macam-macam betul...seme menambah kerisauan betul.

Setelah beberapa siri perjumpaan dengan O&G dan setelah beberapa kali di'rodok' dengan batang ultrasound tu dan juga dah beberapa kali darah aku ni disedut keluar dari tubuh montok aku ni maka dengan gembiranya aku umumkan bahawa ianya adalah confirm bukan Ectopic Pregnancy. Ho ho!...mujur bukankan, kalo ya!, maka aku kenalah buat laparascopy iaitu perut aku ni akan ditebuk2 seperti benda yang tidak berguna. Well!...idak ler tamat disitu aje beb!... another scary siries are coming......

"Maka dengan ini, you hv to be warded to do insulin commencement"i huwaaa....nak kena cucuk sendiri insulin la pulak. As expected la, diabetic person cam aku ni apa lagi boleh membantu. Dengan kekuatan dan kecekalan hati aku tawakal aje lah. Pukul 5.30 petang Rabu 14/4 aku menyerahkan diri dengan pikiran yang amat-amat-amat positive. Dok aje atas katil, terus aku diberi 10unit insulin...huwaaa sakit...sebab cucuk old fashion di lengan, untuk permulaan kata nurse tu, nanti phamacist akan hantar pen, puan cucuk sendiri ok... gua pun terkebil-kebil dan diam aje.......

Bagus jugak dok wad ni, ramai tol doctors yang entertain... Sepanjang 1 hari disana, memang dapat pakar punya treatment and consultation. Maklum ler dpt penyakit VIP...

1. Dimulakan perjumpaan dengan doktor pakar O&G.
2. Datang pulak endokrin. Siap interview itu dan ini. Siap tanya ada tanda-tanda sakit
jantung kah? ok nurse, make her appointment to do echo... pulakkkk.....nevermind i'll
go...anyway to seek all this treatment you might have spend alot of money man...since
you'll get for free so pls don questioned too much....juz follow...(well it's not really free man,
am a Gov Staff...)
3. Pharmacist datang tunjuk cara-cara guna pen insulin. Wah!!!...so canggih meh...no pain at
alll. ahh..what the technology. The needle so thin and yet very comfy. The pharmacist -
cara-cara nak guna benda alah tu and dos2 nya sekali for the beginning. "nanti diabetic
counselor akan jumpa puan untuk buat adjustment dos ok. Puan kena mulakan dengan
4x sehari" mak aiiiii...naper tak 10x je....
4. Pergi ler jumpa kaunselor yang dimaksudkan. Ok lah, banyak benda yang diceritakan
seme akak dah tau beb!...so dengar aje. Most of words so scary meh!!!....Tapi kena ingat
Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada
penyembuhan selain dari hanya penyembuhanmu Ya Allah.
5. Last sekali jumpa dengan Dietician. Cerita pasal makan bla bla bla....tak kasi aku lose
more weight tapi dari meal plannya tu aku rasa more weight to lose after this. We'lll see k.
(takat 2 3 weeks ni i was lost 4 kg)

That's all. Esoknya, maka merengek-rengek la aku kat ward doctor nak balik la doktor. Banyak urusan kat rumah lah....Lagipun aku dah pandai poke insulin tu....dapat MC 3 hari. Arrange appt untuk combine clinic 29/4 ni. Ok doc, i will coming, no worries. Doc kata every week kena datang spital to check on the diabetic and the pregnancy as well. Whatever ler doc, as long as it's gud to me, i will do what ever.

Doc minta aku keep track my BS, my best range was 4mmol - 8 mmol. bagi aku cantik dah, tapi doc tak puas hati beb. Dia tak mo angka 7...nak buat macam mana doc.. i was diabetic mom since so long, its so hard for me to avoid highs.......well...i'll try to manage more better than that doc......

So, wait for story at Combined Clinic k...

# I tell you out there, i am very strong and brave lady....
am not really scare what i'm facing now...
and of course am really felling fed up with up and down of BS....~sighhh~

Apr 11, 2010

Macam-macam Jadi

Selamat hari minggu. Mana nak pergi hari ni yek? pehal dok umah aje...berserabut. Semalam dah mengukur 1 KL. first time in ever aku pergi 3 shopping complex. Yang best sikit pun tak rasa penat. FYI, RM EPF yang aku draw dah online..ahakss...memang efisen la EPF...5 hari aje dah online...tu sebab akak steady je jalan sampai 3 shopping complex....hahahha...segar gua.....

Semalam...dlm kol 9 pergi Shah Alam just nak pergi breakfast kat satu kedai Kelantan ni. Yang pernah aku ceritakan dalam blog ni. Lepas dari situ pergi la ke PJ, kononnya nk skodeng kedai yang jual barang electrik 2nd item. Not bad. Suka jugak cuma tak de apa yang berkenan dihati nak dibeli semalam. From there, terus ke Sogo, jalan-jalan window shopping aje..tak ada apa yang berkenan pun. Dari situ pergi pulak ke Suria KLCC. Series beb, KLCC bukan tempat gua la, so asing la berada disitu. Nak shopping pon macam tak reti. Jauh lagi best shopping di Alamanda. Kecil tapi melengkapi. Pusing-pusing pas tu tak tau mana nak pergi....tak sampai 1 jam kitaorang blah dari situ...gi Midvalley pulak.....hmmmmm...sama aje...cuma lunch di Manhattan Fish Market. First time masuk, no bad la...rege pon leh tahan la.......tak de jiwa betul nak shopping... Ke jiwa tengah kacau!!!...

Memang la jiwa tengah kacau ni bawa lah bergembira ke mana, tetap kacau beb!!!...... Ekceli akak ni baru je +ve UPT....pehal kan...2 minggu delay peot -ve, aleh2 minggu ke3 +ve... what is the????.... Memang lah jauh disudut hati tu mmg teringin nak tambah bilangan keluarga tapi tak tahu la kenapa aku ambil masa yang lama sangat untuk itu. Tiba-tiba aje this time terjadi lah pulak.... Sumpah! akak memang tak plan dan memang amek precautions....Adakah ini yang dinamakan rezeki dari Allah?... Ada jugak niat jahat aku ni tak mahu continue tapi setelah mendengar nasihat beberapa orang termasuk puan-puan doktor, ok lah aku akan teruskan. Tapi ada jugak kegusaran sebab aku ni lebih 35 tahun so aku harap aku akan kuat sama seperti 'time' aku yang lepas-lepas. Buat hari ini aku sangat sihat dan kuat dan ikut experience aku yang dulu-dulu aku mmg tak reti dengan all the sickness. Yang aku tau aku sangat malas dan akan malas. Bak kata kakak aku ni 'kau tu memang pemalas, jadi macam ni lagi la mengada-ngada'....hahahha... sori ler aku mmg cam tu... Plak laki aku pon manjakan aku...hap hap horay ler.....

Satu kemusykilan aku kali ini ialah, kalu ikutkan LMD aku dah 7 weeks tpi disebabkan UPT aku lambat +ve aku sendiri jangkakan bahawa aku dalam stage 2 3 weeks... Jadinya masa buat vaginal scan memang tiada apa yang kelihatan. Cara doc tu cam suspen aje. Siap bagi pesanan nanti kalau sakit-sakit perut terus datang ke hospital dan jangan tunggu-tunggu. Alamak! apa kes ni doc???....

Balik-balik umah aku tya pakcik google, maka aku terbaca banyak mengenai Ectopic Pregnancy. ISyyy ngeri gak kan!...mintak dijauhkan.....what ever kali ni aku lebih terbuka lebih cool dan tak tension-tension macam aku terpreggy pada tahun 2007 kelmarin. Ye lah dengan keadaan kesihatan aku dan faktor umur ni agak ketakutan untuk melalui proses-proses pregnancy...tapi setelah banyak survey-survey, its common for 37 year old lady getting pregnant...Anyway bes jugak pregnant this time sebab anak-anak dah besar dan lebih faham dan seronok..but as of now, dorang tak tau lagi..malas bagitau awal-awal kalau tak itu aje yang disebut walhal nak keluarnya lambat lagi...sometime in Nov nanti...

Disebabkan scan baru ni tak nampak apa-apa, doc buat blood test and the result will be on Tuesday nanti. So tengok aje apa cerita nanti....... Anyway, Klinik Kerajaan dan Hospital Kerajaan di Putrajaya ni servis doctor & kakitangan memang tip top....cuma waktu menunggu tu suffer sket la sebab org mmg ramai... So this time, aku akan merasa servis from gov hospital instead private hosp. Ye r dulu comp byr sebab kerja private, skang keje ngan gomen, biar ler gomen yang bayor kan...mujur dok Putrajaya...seme 'class' disini...... harap-harap semua dipermudahakan dan selamat...Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...