Ya, apa citer?...lama dah tak masuk blog ni, mujur ler x de spiderman dok sini, kalo tak jenoh gak aku mencuci. Nak kata sibuk, idak ler sangat, tp mak masuk wad lebih kurang seminggu dan baru discharged last monday. Mak memang ada kencing manis sejak dulu lagi, kalo tak silap dia pernah cerita yang mula diagnosed kencing manis waktu tu umurnya late 20's, sekarang ni mak 59 tahun, kira je la, lama kan!!!!....Sejak 10 tahun lalu mak disahkan sakit jantung yang mana degupan jantung nya tidak stabil dan sejak itu jadi lah mak pengguna pace maker dan dapat rawatan pakar dari IJN. Pace maker ni macam sejenis alat bateri yang diselitkan di bawah lapisan kulit di bahu, dan wayar dari bateri tu akan disambungkan ke bahagian-bahagian tertentu ke jantung. Menurut doktor pace make yang digunakan tu boleh bertahan 5 - 7 tahun, tapi mak dah gunakannya sejak tahun 2000. So aku rasa kuasa pace maker tu sudah pon menurun menyebabkan degupan jantung mak kembali tak normal. Well, Selasa 3hb ni kami akan bawa mak ke IJN. Itupun appointment tu telah pun dipercepatkan. Harap-harap ada sesuatu yang positif berlaku nanti. Kalau tengok keadaan mak sekarang ni kesian sangat-sangat sebab dia selalu diserang keletihan yang amat sangat bila degupan jantung dia tidak stabil, yang mana ada kalanya mak diserang berdebar-debar seolah-olah selepas membuat pecutan.... degupan jantung memang laju masa tu...nanti tiba-tiba je jantung tu ok, masa ni mak akan sihat sesihat-sihatnya....Memang pelik sket.....macam dibuat-buat pulak sakit tu.... Kalau nak diceritakan pasal kesihatan mak ni, satu buku pun tak mungkin habis..panjang!!!...tradisional, modern seme dah buat...nanti ler ada time akan aku cerita disini.......
Well minggu sudah, aku tak kemana-mana, minggu depan je la balik Bentong, lagi pun long weekend, Isnin kan cuti Maulidul Rasul. So, boleh la lepak panjang sket kat rumah mak. Hari Sabtu baru ni adalah hari nya nak berkemas rumah...maklum ler sebulan sekali belum tentu boleh mengemas satu rumah tu... mujur ler le rumah aku ni cute je, tak de la jenoh aku nak berkemas. That's why aku memang suka dok umah yang kecik-kecik je, sementelah pulak family aku yang tak ramai ni dan ditambah dengan kemalasan aku yang tahap cipan ni. Semuanya ala-ala just nice aje, lepas berkemas kitaorang pun cabut keluar...Macam tu ler biasanya hujung minggu, panas lama-lama dok umah... kadang-kadang aku pun heran, tak boleh lama-lama dok umah mesti nak keluar...aku tengok kebanyakan orang pun macam itu, kalau tidak masakan segala shopping kompleks penuh bila time hujung-hujung minggu..............
Ini ler rumah aku yang telah disusun semula last weekend. Kualiti gambar tak berapa bagus...Kecik aje kan rumah aku, namapun rumah mampu milik. Boleh ler untuk kitaorang 4 beranak......Kebetulan aje aku dapat beli rumah ini, Lokasi yang menarik di dalam Putrajaya, berdepan dengan sekolah, 10 min ke tempat kerja, no traffic congestion, no tol, minyak jimat, segala2 nya menarik la pendek kata, surau kat blog bawah ni je..... Memang aku suka la, suka-suka-suka.......