Mar 28, 2012

BSP - House Renovation Part 1

Assalammualaikum.

Berbulan-bulan aku google, kalau ada sesapa yang ubahsuai rumah sekitar Bandar Saujana Putra. Kurang berjumpa. Aku nak tahu kontraktor mana dorang engage. Kontraktor dari situ atau luar. Takde. Susah nak carinya.

Mukadimah sket.
Aku beli rumah ni sekitar 2003. Rumah baru. Bandar baru. Aku beli unit Fasa 1 lagi. Fasa 1B. Kiranya rumah tertua lah. Bila rumah siap dan dapat kunci sekitar 2006, takde apa yang ada membuatkan aku taknak dok kat situ. Jalan buruk dan teruk giler. Paling menakutkan kena lalu betul2 tebing Sg. Langat bawah hiway. Aku selalu terbayang yang kereta aku tercampak tepi sungai tu. Lalu kampung dulu baru dapat masuk jalan elok sket kat Puchong. Pendek kata perjalanan masa tu memang tril giler r.... tak silap aku nama kampung tu Kampung Sungai Lombong. Tapi exit tol dah siap cuma belum dapat kelulusan dengarnya.

Taknak lah aku nak bersusah payah pulak. Risk my life dan anak2 plak. Sementelah aku ada flet di Putrajaya yang lebih dekat dengan tempat kerja, maka aku buat keputusan sewakan. Dengan sewa serendah Rm450 aku dapat penyewa dalam bulan oktober 2007. Bayangkan separuh aje dari installment bank aku dapat. Takpe lah dari xde orang nak duduk.

Hanya sekitar awal 2011 aku menjenguk tempat tu. Wow!... banyak giler perubahan. Ada 2 hiway attached. Of course la bertol. Hati berbunga2, dan tak sabar2 nak duduk pulak kat situ. Hujung jan 2012, penyewa pon keluar. Kebetulan pulak dia pon dapat rumah baru. ok ler tu.

Panjang mukadimah aku. So sebelum duduk nak lah reno umah sket. kasi elok. cat baru bagai. ni tengah dalam proses ubahsuai la. Cari punya cari, dapat la kontraktor bangla yang dah kaya raya buat ubahsuai rumah orang yang kebanyakkan ada di BSP ni. Nampak macam OK. Tak tau la esok2 KO plak. 4 hari lepas sign aggrement dengan dia, aku tengok kemajuan kerja dia sangat laju..... ni ha mcam kat bawah ......









Untuk minggu pertama ni aku puas hati la dengan kemajuan kerja dorang. Masa ni aku baru bagi dia Rm5k.. minggu kedua aku tambah RM4k lagi. Dah dia kata suka ati aku lah nak bagi berapa so aku bagi ikut progression yang aku pikir je la...

Hari entry ni ditulis dah masuk akhir minggu ke 3. Semalam aku pergi, tengok dinding tingkat atas dah naik. dah hari senin hari tu saya dah masukkan lagi RM10k. Semuanya dah RM19k la.

Nanti tunggu lagi reno works part yang seterusnya. Aku harap sangat2 tak akan ada masalah dengan kontraktor ini. ..


17 comments:

Mohd Ahzaruddin A.R said...

Assalamualaikum,
Kalau tak keberatan, boleh tak tanya apa renovation yang you buat and berapa jumlah kosnya?
Saya pun dah lama beli rumah kat Saujana Putra cuma baru sekarang plan nak masuk.

maba.ar@gmail.com

Mine said...

Salam.

I buat atas bawah. buat famili hall tingkat atas. transfer bilik air atas bawah. pecah bilik bawah. extend dapur. bina stor bawah tangga mosek 1 rumah + car porch & pagar.
Nearly 60k tak campur submission & grill.

Moh ler dok ramai2 BSP. Dah makin maju tempat tu....

Anonymous said...

boleh x email no tel contractor ke email saya?saya tengah cari org untuk renovate umah gak.
cheryl85_yin@yahoo.com

Azila said said...

Boleh tau contact no kontraktor ni..saya p tu n nak buat renovation rumah di bandar saujana putra. Email saya azilla.cig@gmail.com

Azila said said...

Boleh tau contact no kontraktor ni..saya p tu n nak buat renovation rumah di bandar saujana putra. Email saya azilla.cig@gmail.com

Azila said said...

Boleh tau contact no kontraktor ni..saya p tu n nak buat renovation rumah di bandar saujana putra. Email saya azilla.cig@gmail.com

Azila said said...

Boleh tau contact no kontraktor ni..saya p tu n nak buat renovation rumah di bandar saujana putra. Email saya azilla.cig@gmail.com

Azila said said...

Boleh tau contact no kontraktor ni..saya p tu n nak buat renovation rumah di bandar saujana putra. Email saya azilla.cig@gmail.com

Nuha_Faz said...

Slm klu xkeberatan blh emel kpd sy contact no contractor tu. Nk tanye quotation skit. My emel shafiza8828@yahoo.com tq

iza sara said...

Salam tuan punya blog..sy plan nak renovate umah kat bdr saujana putra..so tgh mencari kontraktor srbenor nyer..pekata u publish no trpon contraktor ni..hihihi...anyway..best gak blog ni..thumbs up

Anonymous said...

Boleh email no kontraktor sya nak buat renovation sueada13@gmail.com

harapan said...

Boleh email no kontraktor sya nak buat renovation ir_adam@yahoo.com tq

HEDER TILE AND PLUMBER said...

Ubah Suai Rumah click→ FACEBOOK or BLOGGER

Unknown said...

Hello.. nak tanya adakah u dapat cf after renovate? Berapa pelan u memohon semasa renovate?

Unknown said...

Hello.. nak tanya adakah u dapat cf after renovate? Berapa pelan u memohon semasa renovate?

Unknown said...

kami dari JBP MAJU CONSTRUCTION & TRADING menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian rumah dan pembinaan rumah ..untuk maklumat langjut tentang syarikat kami ,boleh call :
013-6907173 (emy)
emel : jbp.maju@yahoo.com
website : www.jbpmajuconstruction.simplesite.com

Zainal said...

Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm/ whatspp saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...