Aug 10, 2010

SALAM RAMADHAN 1314H & Biskut Kacang

Comotnya bedak aku...heheheh baru lepas mandi beb!!!....


Dah masuk Ramadhan kita ye!..Alhamdullillah,selamat dah sokat sunat teraweh untuk malam ni...Mohon pada Allah selamat lah sampai ke Syawal nanti. Syahdu sangat rasakan...pejam, celik, pejam celik dah sampai ke bulan yang mulia yang dinanti-nanti dan dirindui. Masuk aje Ramadhan, hati semacam sayu aje kan!...seme perkara teringat dan teringin nak buat. Sebenarnya teringin sangat nak menunaikan solat sunat teraweh sebanyak yang boleh. Dah pun plan dengan abang nak alternate tunaikan solat sunat teraweh antara surau di bawah rumah ni dengan Masjid Besi (Masjid Sultan Al Mizan). Ada banyak program yang dijalankan di sana. Insya-Allah akan dipermudahkan Allah. Aku pun akan cuba untuk penuhkan puasa walaupun macam mustahil aje. Sebenarnya, doktor tak berapa benarkan aku berpuasa sebab bimbangkan aku akan hypo sebab tidak makan untuk waktu yang panjang. Dengan suntikan insulin yang aku ambil ni. Tapi aku insist lah nak puasa, aku sihat lah, takkan tak puasa kot.... Aku pun ada cakap ngan doktor yang aku akan test diri aku time to time. Kalau tak ok for sure aku akan buka puasa. Aku tahu tak baik berpuasa dalam keadaan badan yang tidak berkeupayaan.
Aku berharap Ramadhan kali ini penuh erti....banyak perkara yang aku inginkan. Mohon pada Allah, permudahkan segala-galanya, berikan kesihatan yang baik supaya kami dapat beriadat yang lebih di bulan mulia ini. Salam untuk semua yang mengenali dan yang mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini...
Dari mamat berdua ni jugak....
BISKUT KACANG



Ha..ni lah biskut kacang @ biskut mazola, biskut kegemaran anak-anak dan suami. Heheh. lama dah nak buat tapi tak boleh buat kononnya takde blender kering nak blend kacang tu. Nak ditumbuk dengan lesung amatlah malasnya. Rupa-rupanya setelah hampir 4 tahun aku beli blender aku tu, baru kini aku tahu yang bekasnya itu adalah dwi guna untuk basah dan kering. heheh, tu pun setelah laki aku yang kata ianya boleh!!!... dah hampir abeh usia baru aku tau...hehehhe...maka terjadi ler biskut ni...Oh yes!...untuk pengetahuan biskut ni dah jadi kenangan, hayat dia dah pun tamat ahad lalu, dimana ianya baru aje dok dalam bekas tu dari hari jumaat malam. ohhhh sungguh pendek hayatnya....
well, meh la tengok resepi nya bagi yang beminat...yang amat lah senang nya...
2 cawan kacang hancur
(yang dah siap digoreng tanpa minyak, nak senang bakar dalam oven je, buang kulit dan blend)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 cawan minyak
(biasa org letak mazola, aku belasah aje seri murni...hheheh)
kuning telur untuk hiasan
gaul semua bahan kecuali minyak. Bila dah sebati masukkan minyak, gaul sampai boleh jadi doh. buat bulat2 dan bakar....hmmmm senang n nyum nyum......

1 comment:

yan said...

salam kak,
senangnye resepi!hehe
tapi suhu nya berapa kak?
kira gaul semua sekali dengan minyak terus?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...