Aug 11, 2010

Hari Pertama Ramadhan

Alhamdullillah....selamat sudah hari pertama puasa. Hari permulaan memang lah payah sikit. Maklum la hari pertama lah katakan.... Nak kejut bangun sahur pun bapak lah ke payahnya. Sapa lagi budak-budak ni lah..Balik sekolah kang melepek-lepek, mengehek-ngehek. Walhal ini bukanlah puasa yang pertama. Kata orang nak melepaskan hari pertama ni lah yang tough sket...dah lepas nya kira ok lah.....

Ramadhan kali ini pula hari pertama aku puasa dalam keadaan preggy dan on insulin. Tengahari tadi gula aku drop ke level 3. Ni dah kira hypo ni. Kepala dah pening-pening lalat, tangan dah terketar-ketar. Yang tak bestnya pandangan ni berbalam-balam......kalau takat ketar-ketar tu tahan lah lagi. Nak buka puasa kangdah lebih kurang pukul 12...sayang lah pulak kan. Cuba bertahan, kejap lagi mesti badan aku yang bantu keluarkan sikit glucose untuk pertahankan badan dari lemah. Ye memang betol, lebih kurang 30 min lepas tu level gula aku naik sikit demi sikit dan bertahan ke level 4.3 menjelang berbuka. Alhamdullillah, dapat lah jugak aku menamatkan puasa hari ini. Harap-harap aku kuat dan berjaya mengharunginya selepas ini.

Ni adegan sahur tadi. Punya lah payah nak kejutkan si Aqeila. Berjalan pun sambil pejam mata. Penyudahnya tersandar kat sofa pulak.....


Wktu nak berbuka pulak.......Sian abang Mok ni...lagi beberapa minit aje lagi nak berbuka, tapi muka yang amat lah tak tertahan.....lembek perut dia...memang kesian...pandai pulak dia melepek...kalo tidak.....!!!!...

Juadah berbuka puasa tadi...sempoi-sempoi aje....

Balik dari keje tadi terus singgah kedai beli agar-agar. Nak nya makan benda-benda yang sejuk-sejuk lalu kat tekak ni. Senang aje.......Sebelah tu dalca sayur...hmmmm tingin sangat nak masak dalca tapi tak pernah masaknya....so nampak nya percubaan pertama ku menjadi.....


Ayam masak merah...



Ni karipap Syam bagi petang tadi. Yang frozen punya. Bawa balik dan goreng sendiri. Hmmm boleh tahan jugak rasanya...nway aku dah oder 50 biji karipap sardin frozen dari dia....yang ni dia bagi coz aku mmg teringin bebenor nak makan....maklum ler ibu mengandung...sebut aje ramai yang simpati...Sebelahnya pulak,jiran baru aku yang bagi. Jiran depan rumah a.k.a. anak dia kawan sekelas qeila...mmm bestnya lepas ni adalah jiran untuk aku tukar2 juadah....blom berkenalan lagi, cuma kenal anak dia aje.....hehehhe...soon akan berkenalan....
Tu ler serba sikit hari pertama ni....aku tak berhajat nak write entry hari-hari, nantilah kalau ada citer menarik ke menolak ke kita cerita lagi k....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...