Dec 20, 2010

Luka Pembedahan Terbuka.....

Kali pertama dan kedua melakukan pembedahan ceaserean tak pernah pun ada apa-apa malang yang berlaku. Semuaya ok. Memang betul kedua-duanya dilakukan di hospital swasta. deal dengan specialist. Jadi kesan pembedahan tu sangat cantik dan sangat berpuashati. Proses penyembuhan pun sangat-sangat cepat. Kurang dari 3 minggu luka dah sembuh sepenuhnya. Kesakitan dari dalam pun sudah tidak terasa selepas dari 3 minggu.

Berbeza dengan pembedahan ceaserean kali ini. Bersekali dengan BTL (Ikan peranakan), dalaman perut terasa sangat-sangat sakit bagai dihenyak-henyak lebih-lebih lagi bila ubat bius penahan kebas tu semakin hilang. Kali ni aku buat di hospital kerajaan. Pertamanya, hospital sangat dekat dengan rumah, kurang dari 5 minit. Kedua, dulu aku kerja swasta, skang aku dah dok ngan gomen, biar lah merasa Hak Kerajaan pulak. Ketiga, Hosp. Putrajaya ni kategori hospital pakar (walau pakar mmg tak cukup pun!!)...Keempat, TIADA - tu aje alasannya.

Bukan nak menyalahkan hosp kerajaan tapi mungkin kebetulan kot luka aku kali ni terbuka lebih kurang 2 inci dan ada 3 tempat yang terbuka. Mak aiii...aku punya lah takut. Plak tu luka tu terbuka bila dah 10 hari. Itu pun aku terperasan seperti ada lendir terlekat di kain batik. Mulalah jantuk dup dap dup dap....Ye lah dah ada diabetik dan luka adakala menggerunkan.

Gambar ni diambil diwaktu pagi. Sebenarnya luka ni ternganga dan kelihatan merah putih isi daging. Mak tak berani nak tengok, long pulak ngeri aje. Nak tak nak aku terpaksa buat sendiri. Aku pergi klinik swasta minta ubat cuci dan minta sekali antibiotik. Masa discharge, hospital tak bekalkan apa-apa pun pada aku, tak sama dengan swasta yang bekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik serta appointment post natal. Kat sini, dah keluar, lantak ko la, pandai-pandai ler ko cari ubat sendiri..huhu!!!...pengalaman yang berbeza betol...

Mulai dari hari tu jugak aku terpaksa ambil buah oren. Kalau ikut orang tua-tua buah oren ni kategori buah masam dan orang dalam pantang tak boleh makan benda-benda masam. Tapi this time mak terpaksalah pejam mata sebab dari apa yang aku baca buah oren tinggi vitamin C dan cepat menyembuhkan luka. Aku ambil 2-3 biji buah oren sehari. Makan jugak ikan haruan masak bening ngan celur sawi. Ni ler menu aku hari-hari selepas luka tu ternganga. Aku sangat berfikiran positif. Ada diabetik dan luka sungguh menakutkan. Apa-apa pun kawal gula pada paras paling minimum.

Alhamdullillah, luka yang besar tu kembali bertaut selepas 6 hari. 2 tempat yang kecil tu 3-4 hari dah tertutup. Paras gula aku pun sangat terkawal dan cantik bacaannya sepanjang aku berpantang ni.

Tapi scar kali ni memang kurang cantik. Senget-benget. Mujur ini yang terakhir. Aku tak mempengaruhi sesapa. Swasta o Kerajaan tu semua nasib masing-masing. Tapi aku memang ada 2 pengalaman yang cukup berbeza bermula dari dalam appointment antenatal, dalam OT hingga proses penyembuhan. Tapi dari segi layanan, sama saja. Dua-dua aku kira pun tip-top.

26 comments:

eanaaziz1234 said...

kak, luka sy pn terbuka...dah dekat 3 mggu lepas kne jangkitan..masih berdarah lg..camane nk buat kak?

Anonymous said...

saya pon ada terbuka..ada 1 lubang kcil kat tengah2..dan dekat hjung ada mcm lndir cmpur darah kuar...ubat apa yang kak pakai ya..tlg share kak..plzzz...sy tkt nak p hospital blik..tkt d jahit semula..sy ceasar kali ke2

Anonymous said...

Sy caeser dh 3 kali..alhamdulillah xde mslh..mkn buah oren sunkist n jelly gamat.tp jgn terlalu awl mkn gamat or haruan.sy mkn lps 2 minggu..luka dlm yg operate ms yg 1 st n 2 nd alhamdulillah cantik kata doktor.

Unknown said...

Assalam , Wah ... Memang menarik perkongsian puan ini . Masalah luka selepas operation ini jika tidak diambil tindakan boleh menyebabkan jangkitan kuman In Sha Allah Cara Menyembuhkan Luka Selepas Pembedahan Dengan Berkesan
ataupun bagi yang mengalami masalah ini , anda boleh juga whatsapp saya +60107096284 Aini untuk mengatasi masalah anda .Saya akan membantu anda mengatasi masalah luka anda daripada melarat .In Sha Allah :)

atun said...

Menarik perkongsian..tpi berbeza dgn sya..sya bru leps oprate buang appendix n masalah ovari n rahim.buat d hosp private.oprate sec menegak n pakai clips ala2 stapler tu.7 hari leps oprate..clips d buka..n luka tu masih x bercantum..luka oprate tu terbuka..n pjg luka lebh kurg pjg jari antu..lebar lebh kurg lebar jari kelingking...m!!Ya Allah..hanya Allah hg tau betapa risau nya sya..now sya dh x confidence dh dgn hosp tu..n sya mntak dia refer ke hosp gov..sekrg tgh admit kt hosp gov tggu luka tu sumbuh.

atun said...

Menarik perkongsian..tpi berbeza dgn sya..sya bru leps oprate buang appendix n masalah ovari n rahim.buat d hosp private.oprate sec menegak n pakai clips ala2 stapler tu.7 hari leps oprate..clips d buka..n luka tu masih x bercantum..luka oprate tu terbuka..n pjg luka lebh kurg pjg jari antu..lebar lebh kurg lebar jari kelingking...m!!Ya Allah..hanya Allah hg tau betapa risau nya sya..now sya dh x confidence dh dgn hosp tu..n sya mntak dia refer ke hosp gov..sekrg tgh admit kt hosp gov tggu luka tu sumbuh.

Anonymous said...

Banyakkan makan ikan spt ikan selar yg dipanggang. Ikan mestilah segar dan besar. Lagi baik kalau 3 ekor sehari. Pengalaman menjaga anak perempuan saya yg apendiknya pecah menyebabkan terpaksa dibedah.Lukanya panjang sedikit drp bedah apendik tak pecah. Mesti pantang dan elakkan kerja berat. Anak saya tak dibenarkan angkat beg sekolahnya selama dua tahun. Kini luka bedahnya sgt elok tp masih lg tak dibenarkan bersukan walaupun merentas desa. Sayangi diri kita kerana jika kita sakit belum tentu ada yang menyayangi kita. Rajin2lah berjamu dan berpantang.

Unknown said...

Sy nk tanye..luka jahitan sy terbukak dan megeluarkan darah...apa sy perlu buat...sy takut

Natila Nazira said...

Saya appendix pecah 6/11/2018 baru operate...and 16/11/2018 doktor suruh buka jahitan.. Selepas saya buka jahitan tu.. Die tak tertutup rapat.. Die jadi berlubang dikatakan besar juga la dan dalam nampak kat dalam...doktor hanya cuci dan kemudian tampal untuk tidak bagi kuman...apa perlu saya makan untuk bagi isi dalam itu bercantum balik.. Sebab doktor kata die akan tertutup sendiri

Nurul amalina said...

Buka jahitan sakit x? Ada nanah ke? Bius x?

Unknown said...

Luka ceaser saya berair lepas 25 hari...pikiran saya buntu

Unknown said...

Sist opret juga ke

Unknown said...

Sy nk tahu ubat ape sis pakai... Sy mgalami maasalah yg same.... Tkot nk g hospital da

Anonymous said...

luka czer sy berair hr ke 12. nk g klinik takut. apa perlu sy buat?

kongsi share said...

💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Farin1427@gmail.com said...

Boleh share x berapa lama luka awak tertutup rapat sepenuhnya? Sy pun luka tak rapat bila buka jahitan😭

erna insyirah said...

assalam sis,nak tnya benang caesar berapa lama nk cantum dengan daging ye?sya berpantang dah 42 hari,tpi benang hujung belah kanan tu still ada lgi.dah pegi buat checkup doc kta luka caesar dah molek da kering.. tpi benqg tu je masih ada,tanya kawan2 mereka kata luka dlm x kering lagi betul ke sis..utk mkluman sya caesar n ikat peranakan sekali..

erna insyirah said...

assalam sis,sya nak tnya berapa lama benang tertanam dgn daging ye. sya berpantang dah 42 hari tpi benang hujung belah kanan tu still ada lgi..buntu dan risau sya.kwan2 kata luka kat dlm belum kering lgi betul ke

erna insyirah said...

assalam sis,sya nak tnya berapa lama benang tertanam dgn daging ye. sya berpantang dah 42 hari tpi benang hujung belah kanan tu still ada lgi..buntu dan risau sya.kwan2 kata luka kat dlm belum kering lgi betul ke

Unknown said...

Sy pn sama..lepas seminggu ceazer ada air kat dalam luka..semakin hari smakin byk dn berbau..sy terus g hospital dan doktor buat keputusan utk bukak balik jahitan sampai lapisan ke tiga dalam..sekarang sy kene cuci luka hari2..doktor cdg kn utk tidak jahit balik..so kene cuci hari2 kat klinik sampai lah daging cantum sendiri..wlupn da lebih seminggu sy cuci luka ni..air tu masih lg ada..tp x lah sebanyak sblm ni..sy pn tgh positive kn diri..mesti akn sembuh luka sy ni..awk jgn simpan tau nnt lg teruk..lg teruk klu dah ada kuman..

Unknown said...

assalamualaikum.. sy nk b'tya.. mcm sy nih.. dh lbih 40hri lpas b'salin secara ceaser... tp luka masih lg xok.. n skung nih plak.. luka ceaser tuh t'buka 2cm n keluar bau yg kurang m'yenang kn.. apa patut sy buat.. sbb jenis sy nih takut nk ke hospital.. ada apa² nshat x..

Unknown said...

Assalamualaikum..nak tny jgk..sy mengalami luka yg berlubang..dah sbln...dan dah pg klinik..berapa lama nak bercantum ye

Unknown said...

Same dengan saye sis

Unknown said...

Sis Erna, macam mane dgn kes awk... Berapa lama benang Tu tertanam dlm dgg?

Unknown said...

salam puan cuci klinik swasta klinik mna ye sbb sya pn sama luka terbuka hospital putrajaya jgk

Nurul said...

Sama mcm kes saya je awk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...