Apr 23, 2012

Progress Renovate Rumah II

Assalammualaikum.


Ni kali ketiga aku dok berulang ke Bandar Saujana Putra sejak rumah aku ni direnovate. Namun ketiga-tiga kalinya aku SANGAT, SANGAT, SANGAT terlupa nak ambil gambor. Sedangkan itulah tujuannya aku berulang ke sana. Boleh aku tengok progress kerja disitu. Terkadang alangkah sakitnya hati dengan perbuatan sendiri yang SANGAT-SANGAT pelupa.

Semalam pergi juga ke sana. Namun hanya ambil gambar progress pagar. Lain2 tak ambil sebab TAK INGAT. Bila dah ada dalam kereta menuju ke luar tol baru perasan. Arghhhh....boring tau dan SAKIT HATI.

Well untuk rekod, reno dah 80% complete. Boleh tahan kontrak ni buat kerja. Dari segi masa, aku suka. Kekemasan aku suka. Tapi aku ni bukan cerewet mana pun. Janji tiada cacat cela di mata kasar, aku hepi. Aku ni tidak seteruk sesetengah orang, nak kerebet satu-satu. Itu CONFIRM bukan aku. Atas bawah dah siap plaster. Bilik dah ada, bilik air dah siap. Cuma tiang lama belum hack lagi. Famili hall atas boleh tahan besar. Bilik air pon pon boleh tahan besar. Pendek kata famili hall kat atas sama besar dengan hall flat aku ni. Tapi kontraktor tu ada bagitau yang dia dah fulfil aku punya requirement tu pasal aku tak komplen banyak.


Dapur dan bilik air pon dah siap plaster dinding. Seminggu dua lagi nak lekat mosek pula. Dapur tu sedikit sempit sebab aku besarkan dining hall. Boleh la tu. Aku pun tak berkenan dok ramai-ramai kat dapur. Aku selalu jadi tak tentu arah kalau orang sama-sama memasak kat dapur aku. Aku jadi tak reti. Tu sebab orang kalau datang umah aku, aku suka masak siap-siap. Atau kalau ada orang dalam rumah, aku soh dia dok depan ke tengok tv. Biar aku masak sengsorang, takpe. Aku tak kesah mana pun.

Tangga pun dah siap. Pendek kata semua dah siap simen ler, tinggal lagi nak buat lantai dan tukar pintu.



Ha, ni je gambor yang aku teringat snap. Dinding pagar.


Ni dinding pagar aku di jiran sebelah kanan. Jiran aku ni dok sini sejak mula dapat kunci. Dia dah siap pagar dah. Jadinya, terpaksalah aku menanggong sebelah pagar lain sebelah lagi lain. Nak buat cam ner. Kontraktor tu soh aku bincang dengan jiran sebelah nak minta runtuhkan dinding pagar dia tu dan bina yang baru. Sebab orang dah tak pakai pagar botol tu dah. Eh! macam senang-senang aje kan aku nk ckap kat orang cam tu lebih2 lagi ngan jiran yang aku nak kena hadap berhari-hari nanti. Rasa idak ler aku nak cakap gitew kat jiran tu. Biar ler dinding sebelah lain sebelah lain janji harmoni. Bukan apa, aku letak kan diri aku ke dalam kasut jiran tu. Sebab nak cantik umah kau, aku plak yang kena sebelah lain sebelah lain. Mana leh jadi. Dah tentu2 dia buat dulu. Mmmm, rasanya betul kot tindakan aku ni.

Dinding yang buruk tu kalau di cat nanti mesti jadi cantik kan....

Tu je la seadanya.......





















Apr 16, 2012

Ini cerita saya


Assalammuialaikum.

Minta maaf. Hari ini saya nak bercerita pasal saya. Tiada kisah ibu kali ini tapi kisah saya. Saya sudah 1 tahun 5 bulan. Yeayy. Cepatkan waktu berlalu. Sikit waktu aje lagi pada tahun ini saya sudah pun 2 tahun. Wah!. Sudah semakin besar saya dan mesti ibu benarkan saya buat lebih banyak perkara yang boleh menaikkan darah ibu. Yeayyy.



Pada satu petang, ibu sedikit terkejut bila lihat kepala saya ada toncit. Yeayy. Walaupun dengan rambut yang sedikit, saya berjaya ditoncitkan. Sungguh comel saya kelihatan. Masakan tidak. Sesapa yang lihat saya mesti kata, ala tomei, tomei. Ciput nyer toncit ye!!!....



Mereka hanya kata saya comel tanpa mereka tahu yang saya sedang keperitan. Cikgu telah menarik rambut saya setegang-tegang nya untuk dijadikan toncit ini.



Tapi takpelah, untuk kelihatan comel, saya rela. Kan ibu kan!!!... Sebab saya lihat ibu sangat gembira semasa ambil saya pulang. Sikit pun ibu tak tanya, tak sakit kah?...mmm.. apakah??



Di satu pagi, abang telah membawa saya ke taman permainan. Saya suka sangat. Abang telah membawa saya naik buai ini dan membuainya perlahan-lahan. Sungguh nyaman bersama dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh berhati-hati abang menolak saya supaya saya tidak jatuh. Sebab kalau saya jatuh pasti ibu akan naik hantu pada abang. Oh!...saya tak rela ibu marah abang. Saya sayang abang saya.



Sungguh mengantok rasanya dibuai sebegini. Seronok tak terkata. Kepala saya pun seperti berbuai-buai dan seperti hendak tidur ketika itu jugak.



Saya hampir tertidur. Lamunan saya terhenti bila kak ngah kidnap saya untuk main permainan yang lain pula. Eh!... seronok saya berganda-ganda.......



......bila saya dapat main jongkang jongkit pula.




Saya hampir tidak dapat mengawal diri sehingga saya menjerit keseronokan sekuat-kuat hati. Makin kuat saya ketawa semakin kuat kakngah menhenjutkan jongkang jongkit itu. Saya tahu kakngah sangat sayang saya sehingga kakngah sangat gembira melihat saya gembira.




bukan saya dan kakngah aje yang seronok ketika ini tapi..........









ayah jugak....










dan ibu jua........hahahah.....


Hari itu adalah hari yang sungguh seronok sebab sepanjang hari saya dibawa bermain. Pada petang hari yang sama, kakngah telah membawa saya ke mesin permainan ini. Dia bergerak sendiri menggunakan elektrik. Tak perlu masuk duit. Maka saya bermain sorang-sorang tanpa mempedulikan kanak-kanak keliling saya yang jeling-jeling saya. Mungkin mereka suruh saya turun. Tapi saya tidak peduli. Sapa yang paksa saya turun, saya akan jerit sekuat-kuat hati saya. Cuba lah!!!!.....




Kakngah setia menemani saya sebab bimbang saya akan jatuh dari kereta yang tidak berpintu ini. Sebab kalau saya jatuh, selain saya sakit, kak ngah juga akan sakit kena taram dengan ibu.... hhehhhheeee...alangkah seronoknya jadi adik!!!......




Main tanpa henti. Itu yang saya buat petang itu.




Petang itu akhirnya berakhir jua. Namun saya pulang ke rumah dengan hati yang sangat-sangat puas dan hepi. Besok kita pergi main lagi ye ibu!!...

Terima kasih kepada yang sudi baca cerita saya ini.
Sayang U all.

Apr 5, 2012

Minuman ECPI

Assalammualaikum

Tulisan ini adalah untuk rekod aku sahaja.

Mula dari Khamis 29/3/2012, aku cuba mengambil minuman ECPI. Kata orang minuman tu bagus. Kata orang la. Aku tak pernah cuba. Ni baru kali pertama. Cuma air mineral. Biasa. Rasapun biasa aje. Yang luar biasa adalah harganya.

Ok, tujuan aku ambil air ni sebab aku sembelit, selalu kembung. Dah macam bayi pulak. Nak turunkan gula darah juga. Nak turunkan tekanan darah tinggi juga. Banyaknya penyakit kau..

Sejak 2010, dari mula mengandungkan Aqeisa, aku memang kena sembelit. Jangan salah makan, perut aku bloated tiba-tiba dan kembung. Kalau tepuk perut tak ubah macam menepuk buah nangka yang masak ranum. Itu dari segi fizikal. Dari segi rasa, makk aii.... Sungguh yang amat tidak selesa. Rasa nakk muntah yang akhirnya keluar angin. Tak ubah macam kalau kita keluarkan angin dari belon. Subhanallah. Rasa itu berlarutan sampailah hari aku mengambil keputusan untuk cuba air ECPI. Selain dari itu, kalau aku diserang kembung, baju yang aku pakai boleh jadi sendat tetiba (dibahagian atas perut). Memang siksa. Kadang-kadang bila berada di luar, rasa macam nak balik rumah aje.

Mula dari hari itu 29/3/2012, aku beli 2 botol untuk cuba. Beli pagi terus minum. Menjelang tengahari 1 botol habis minum. Buka botol kedua, minum lagi. Target nak habiskan malam tu 3 liter (1 botol 1.5 l). Malam tu jugak aku diserang pening. Bila tunduk pening. Sembahyang pening. Duduk makan pening. Pendek kata aku pening. Kepala berpinau. Tapi aku masih boleh melakukan aktiviti harian. So no hal. Next day, aku beli lagi 2 botol, minum lagi. Hari ni pening aku bertambah disusuli dengan rasa mual nak muntah. Pehal ni. Masa ni aku tak boleh relate kepeningan aku ni ngan air ECPI yang aku ambil. Aku ingat itu memang penyakit aku.

Aku continue minum 2 botol sehari dan selama 4 hari mula dari Khamis - Ahad, aku mengalami pening yang agak teruk. Bila bangun dari baring, kepala yang pening buat aku rasa nak muntah. Macam kalau kita diserang demam panas tu. Bila bangun kepala pusing, nak rasa termuntah. Ha, macam tu lah yang aku rasa. Tapi, still aku boleh bangun dan buat aktiviti harian. Boleh berlajan rata-rata lagi. Tapi pening tetap pening. Hari ke3 tu jugak - Sabtu, aku kena sakit perut di bahagian atas abdomen. Sakit dan perging. Yang best sebab aku boleh mengeluarkan najis dengan lancar sekali. Sakit tu boleh kawtim, yang penting, keluar.....

Berlarutan hingga ke-4, perut aku terasa sakit, tapi tidak sampai melepek-lepek. Cukup buat aku selalu ke bilik air.

Hari ke 5, Isnin, pening takde lagi. Perut sakit sikit2 je. Yang besnya, perut aku dah tak keras dah. Bila tekan lembut aje. Dia tidak kempis tetiba hokay. Tu makan tahun nak kempis. Tapi yang penting, aku tak rasa bloated walaupun selepas makan nasi kerabu ngan kueh 2 biji + 1 cawan air panas. Aku rasa sangat-sangat relief. Aku hepi setelah 2 tahun. Kalau sebelum ni, aku rasa teruk sangat selepas makan. Sebab abdomen bahagian atas aku akan membesar tetiba, baju jadi sendat tiba2. Dan kembung. Angin yang tak nak keluar. Tak tahu nak cerita cam ner teruk rasanya. Orang yang merasa aje tahu bagaimana.

Bila aku tanya pakcik google, rupa-rupanya pening dan mual yang aku alami adalah tindak balas dari pengambilan air tersebut. Rasa aku yang teruk itu kerana masalah penghadaman yang aku ada dan toksin yang banyak dalam badan. Mungkin kini sudah berkurangan...

Ni bukan promote. Tapi ini adalah kesan yang baik untuk aku kongsikan bersama. Aku hepi dengan kesan minuman air ECPI ni. Insya Allah aku akan teruskan. Sebotol adalah RM7.80. Insya-Allah aku akan jadi ahli untuk berkongsi kebaikan air ini bersama keluarga aku pula.



Syukur kepada Allah kerana temukan kita. hik hik.
ALHAMDULILLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...