Apr 5, 2012

Minuman ECPI

Assalammualaikum

Tulisan ini adalah untuk rekod aku sahaja.

Mula dari Khamis 29/3/2012, aku cuba mengambil minuman ECPI. Kata orang minuman tu bagus. Kata orang la. Aku tak pernah cuba. Ni baru kali pertama. Cuma air mineral. Biasa. Rasapun biasa aje. Yang luar biasa adalah harganya.

Ok, tujuan aku ambil air ni sebab aku sembelit, selalu kembung. Dah macam bayi pulak. Nak turunkan gula darah juga. Nak turunkan tekanan darah tinggi juga. Banyaknya penyakit kau..

Sejak 2010, dari mula mengandungkan Aqeisa, aku memang kena sembelit. Jangan salah makan, perut aku bloated tiba-tiba dan kembung. Kalau tepuk perut tak ubah macam menepuk buah nangka yang masak ranum. Itu dari segi fizikal. Dari segi rasa, makk aii.... Sungguh yang amat tidak selesa. Rasa nakk muntah yang akhirnya keluar angin. Tak ubah macam kalau kita keluarkan angin dari belon. Subhanallah. Rasa itu berlarutan sampailah hari aku mengambil keputusan untuk cuba air ECPI. Selain dari itu, kalau aku diserang kembung, baju yang aku pakai boleh jadi sendat tetiba (dibahagian atas perut). Memang siksa. Kadang-kadang bila berada di luar, rasa macam nak balik rumah aje.

Mula dari hari itu 29/3/2012, aku beli 2 botol untuk cuba. Beli pagi terus minum. Menjelang tengahari 1 botol habis minum. Buka botol kedua, minum lagi. Target nak habiskan malam tu 3 liter (1 botol 1.5 l). Malam tu jugak aku diserang pening. Bila tunduk pening. Sembahyang pening. Duduk makan pening. Pendek kata aku pening. Kepala berpinau. Tapi aku masih boleh melakukan aktiviti harian. So no hal. Next day, aku beli lagi 2 botol, minum lagi. Hari ni pening aku bertambah disusuli dengan rasa mual nak muntah. Pehal ni. Masa ni aku tak boleh relate kepeningan aku ni ngan air ECPI yang aku ambil. Aku ingat itu memang penyakit aku.

Aku continue minum 2 botol sehari dan selama 4 hari mula dari Khamis - Ahad, aku mengalami pening yang agak teruk. Bila bangun dari baring, kepala yang pening buat aku rasa nak muntah. Macam kalau kita diserang demam panas tu. Bila bangun kepala pusing, nak rasa termuntah. Ha, macam tu lah yang aku rasa. Tapi, still aku boleh bangun dan buat aktiviti harian. Boleh berlajan rata-rata lagi. Tapi pening tetap pening. Hari ke3 tu jugak - Sabtu, aku kena sakit perut di bahagian atas abdomen. Sakit dan perging. Yang best sebab aku boleh mengeluarkan najis dengan lancar sekali. Sakit tu boleh kawtim, yang penting, keluar.....

Berlarutan hingga ke-4, perut aku terasa sakit, tapi tidak sampai melepek-lepek. Cukup buat aku selalu ke bilik air.

Hari ke 5, Isnin, pening takde lagi. Perut sakit sikit2 je. Yang besnya, perut aku dah tak keras dah. Bila tekan lembut aje. Dia tidak kempis tetiba hokay. Tu makan tahun nak kempis. Tapi yang penting, aku tak rasa bloated walaupun selepas makan nasi kerabu ngan kueh 2 biji + 1 cawan air panas. Aku rasa sangat-sangat relief. Aku hepi setelah 2 tahun. Kalau sebelum ni, aku rasa teruk sangat selepas makan. Sebab abdomen bahagian atas aku akan membesar tetiba, baju jadi sendat tiba2. Dan kembung. Angin yang tak nak keluar. Tak tahu nak cerita cam ner teruk rasanya. Orang yang merasa aje tahu bagaimana.

Bila aku tanya pakcik google, rupa-rupanya pening dan mual yang aku alami adalah tindak balas dari pengambilan air tersebut. Rasa aku yang teruk itu kerana masalah penghadaman yang aku ada dan toksin yang banyak dalam badan. Mungkin kini sudah berkurangan...

Ni bukan promote. Tapi ini adalah kesan yang baik untuk aku kongsikan bersama. Aku hepi dengan kesan minuman air ECPI ni. Insya Allah aku akan teruskan. Sebotol adalah RM7.80. Insya-Allah aku akan jadi ahli untuk berkongsi kebaikan air ini bersama keluarga aku pula.



Syukur kepada Allah kerana temukan kita. hik hik.
ALHAMDULILLAH.

10 comments:

Unknown said...

Sy mang minum ecpi salah satu sbb ..kembung juga..tapi bila bc ada org kata ecopi ni uipu sy rasa ragu2..

Unknown said...

Ada tak sesiapa blh membantu buktikan kesahihan air ini.. Tq.

AbgLang said...

Dari cerita blog ini.. penulis cuba minum banyak air. Dlm ni.. kebetulan dia minum air ECPI.

Hakikatnya.... saranan minum banyak air itu mmg saranan doktor. Tidak kira air mineral jenapa apa sekalipun. ECPI hanya kebetulan diminum dlm tulisan ini. Kalau dia minum air mineral jenama Nabalu kah, Aqua, Prima, Sprinzer.. semua boleh minum tu... insyallah akan memberikan kesan yang sama.

Anonymous said...

melalui pengjian saya di univsiti teori einstein dgn max planx tu xde kena mengena lansung dengan air ni---air ecpi ni sy syak scam je nak menipu org ramai khususnya melayu---
air yang baik adalah air yg selalu disebutkan nama ALLAH mcm air zamzam atau air yasin & air juga salah satu makhluk ALLAh

Anonymous said...

http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/ecpiaq-air-jamban-lagi-baek-bro.html

Anonymous said...

Kali pertama dengar, sorry to hear that too. Saya akan hati-hati sikit. Thanks admin

Sekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my

Thank you

Unknown said...

Yang ada sakit baru tahu kelebihan air ni.... tak salah untuk mencuba bukan mahal mana pun....

Unknown said...

Saya pon kembung perut. Baru Cuba amalkan minum ecpi Ni. Moga aku Cepat sihat ya Allah.

Unknown said...

Saya dah minum air ni bertahun tahun..on off..terbukti air ni ada khasiat dan kebaikannya..nak.cuba atau tak terpulang pada individu..

ummunnisak89 said...

MasyaAllah MasyaAllah. tak dër 1 benda pun yg Allah ciptakan itu tak bermanafaat. cuma depends of us. thinks + you'll got +
haissh macam2 lah perangai si lalat. beruntunglah jd lebah ! 🥰

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...