Mar 23, 2012

Buku ASB hilang

Ye. Aku kehilangan buku ASB. Sejak bila?. Aku sendiri tak tau. Tetiba aje tiada dalam purse. Memang selalu simpan buku ASB dalam purse aje. Senang bila-bila nak taram keluar heheh. Pendek cerita a.ka. malas nak cari merata-rata, aku call ASB. Dia kata datang je ke ASB, fotostat IC depan belakang 1 salinan. Duit RM20. Oh!!!! Senang aje. ASB pon tak jauh mana!... Selang beberapa bangunan aje dari tempat keje aku nih.

Well, isi borang, ambil nombor. Q. Submit. Sangat senang.

Yeay! Yeay! Dah dapat buku baru. Ni dah bajet time ni. Lepas ni nak terus pergi Maybank pulak nak kuarkan 10k nak bagi kontraktor reno umah. ASB kat sini terhad boleh kuar takat 5k aje. Lebih2 kena gi cawangan. Nak lebih jugak bagi cek berpalang. Apa daaaaa....

Sebelum blah. Mamat tu cakap, "Account suspended 10 hari ye bila report hilang dan buat buku baru. Selepas 6 haribulan nanti baru boleh online. Kalau terjumpa semula buku lama dah tak boleh guna dah".

Mak aii, lamanya 10 hari. Aku nak draw hari ni. Alamak!!!!...... Nampaknya tidak sesenang yang aku bajet tadi..... Tu la tanya tak abeh. Kena cari solution lain ler nampaknya......
sila garu kepala yang tak gatal...

4 comments:

Liza Abu Bakar said...

wow... banyak tu. mintak sikit. aku ada RM70 je dlm ASB tu.. mahal jugak nak renew buku.

lina said...

liza, ko ada 70 dlm ASB... tu sikit...tu saham ko rater2 tu yg byk ag....hahahah...

Anonymous said...

salam nak tanye....kalau buat buku baru tu suma history transanction yang lama2 tu x de la ye??dapat macam baru buat akaun??

Mine said...

ha ah ler....seme mcam baru...transactions yang juta2 tu seme dah xde....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...