Hari ni office sunyi sepi sebab ramai orang outstation. Saat-saat nk PRU ni kebanyakkan penjawat awam sibok la. outstation every weekend. Ada-ada aje hari bertemu pelanggan. Hari Bersama Rakyat la. Sepatutnya orang politik ni kumpul penyokong atau rakyat beramai-ramai. Bukan nya mengerah penjawat awam. Kalau dalam berita TV nampak lah macam ramai-ramai tu bagi sokongan tapi rupa-rupanya kerah penjawat awam datang kerja hujung minggu. Bak kata bos aku ni pergi nak meramaikan orang. Pergi takat nak tepuk-tepuk tangan aje. tsk tsk.... nasib ler ye..... opppssss,..kisah benar ni. hahaha.....ampun saya tak salah.
Mesti kita semua amek port kan kisah anak dara yang kononnya kena culik aleh-aleh lari ikut bopren. Nauzubillllah.... Nape lah gitu. Kesian kat mak dia kan. Bayangkan lah. Beria-ria mak dia panggil press datang rumah nak mintak tolong carikan anak dia. Kot-kot lah orang bawak lari anak dia nak jadikan pelacur ke. Maklum ler anak dara. Tapi rupa-rupa malu yang dia dapat. Sampai hati anak yang disayang dibelai menconteng arang ke muka mak ayah nyer... Macam-mana ye jadi macam tu. Takkan mak bapak tak ambil tau apa yang terjadi pada si anak dara ni.. Macam tak mungkin lah pulak sebab emak dia mendakwa dia ngan anak dia macam kawan. Andaian saya bila si emak tahu anak daranya yang masih bersekolah ini bercinta, sudah mesti emak tidak senang hati. Mestinya ini tak boleh itu tak boleh. Sedang anak dara remaja ni mula rasa dirinya terlalu dikongkong atau terlalu diawasi. Memanglah sedang umur belasan tahun ini begitulah sepatutnya ye tak?... banyak benda jangan.
Budak mentah. Kena pulak penangan asmara. Issyyy... Risau sungguh hati saya ini. Saya pun punya anak gadis yang bakal meningkat remaja. Seingat saya lah masa zaman remaja saya dulu, emak dan abah pun terlalu banyak restrictions. itu tak boleh ini tak boleh. Kadang-kadang darah remaja tu ada juga rasa fed up. Kengkadang, sampai menangis saya bila time nak berjimba dengan kengkawan disekat abah. Nak pergi berkelah tak bagi, outing tak bagi. Semua tempat-tempat tu mesti pergi dengan keluarga bukan kengkawan yang tak cukup umur tu. Apatah lagi kalau outing tu kawan-kawan lelaki turut serta. JANGAN HARAP LA!. Namun begitu. Sebagai anak saya akur!. Takat membentak dalam hati aje. Paling-paling taknak makan. Tak lalu lah. Kengkawan bersuka ria. Awak???... Walaubagaimanapun, TAK PERNAH SEKALI TERNIAT dihati untuk lari dari rumah.
Sekarang ni dah sampai masa untuk saya menjaga anak gadis pula. Sekarang 10 tahun. Sedang sunti. Menuju remaja setahun dua lagi. Tak tahu lah keadaannya macam mana. Tapi saya sudah mula menunjukkan padanya contoh-contoh anak derhaka. Perkara-perkara yang dilarang. Saya harap dia faham tujuan ibubapa menyekat anak-anaknya kerana mereka amat sayangkannya. Kata-kata dan doa saya titipkan untuk anak gadis saya. Saya mohon pada Allah beri perlindungan buat anak-anak perempuan. Ye! Dia kecil lagi, baru darjah 4. Jauh lagi perjalanan. Harap-harap saya mampu mendidiknya sama seperti emak mendidik dan mengambil berat terhadap saya dan kakak. Insya-Allah...
No comments:
Post a Comment