Apr 20, 2009

N3 hujung minggu...........

Sabtu dan Ahad baru ni memang betul punya hujung minggu sebab masa banyak dipenuhi dengan masak dan makan-makan selain dari jalan-jalan. Sementelah pulak, selera macam-macam dan mud pon tengah baik je nak memasak-masak sampai Qeila pon sebok kata ibu ni asek nak masak je!!!....Ekceli, aku nak cuba resepi je, buat pon bukan banyak mana, ciput-ciput...jom tengok apa yang aku masak.............
Kueh Bakar

Lama dah aku nak buat kuih bakar ni, tapi tak confident je lagi. Semalam baru betul-betul jadi dan wow!...sedap siot!!...(puji diri sendiri)....anak-anak dan hubby pon suka. Bahan-bahan senang je dan buat pon senang je. Nak cuba?....ambil resepi ni..blend 6 helai daun pandan ngan 1/2 cawan air, telor 2 biji, air suam 1 cawan, 1 cawan santan pekat, tepong gandum 1 1/2 cawan, gula 1/2 cawan (ni tak manis sangat, nak manis ubuh 1 cawan gula). Pas tu blend je seme bahan-bahan ni, masuk dalam loyang dan bakar. Kalau suka letak bijan...memang best...cuba la.....
Ayam Goreng Quacker Oats


Aku sedang cuba nak ambil quacker oats setiap pagi as my healthy beakfast. Beli pulak pack oats yang besar, kalau guna untuk breakfast mau sampai berkulat oats tu. Surfing tenet, terjumpa resepi ni....ayam goreng quacker oats ni, ok jugak rasanya, just tambah quacker oats dan gaul ngan ayam yang nak digoreng selain kunyit, garam, rempah kari, telor dan oats. Then just goreng.



Makan pulak dengan nasi lemak sambal kerang. Hmmmm, memang best.....Yang ni lagi healthy, lepas makan, tidor gitu............



Oh ye, ini kek aku buat petang Jumaat kelmarin. To the suprised, kek ni diblend menggunakan blender (ye! yang blend cili boh tu!!!) Sebabnya mixer rosak dan tak boleh guna, barang buat kek pulak banyak lagi. Sayang kan!...last-last aku mix kan seme dalam blender dan aku blend, susah jugak hati mentara tunggu kek ni masak, sebab takut bantat, mana la tau over do pukul dia..... tapi hasilnya memang menakjubkan.....cantik gebu je dia naik, dan best je....ok, meh amek resepi nya, ndak-ndak pulak sesapa yang tak de mixer tu.....Blend 1 biji butter ngan 1 kotak susu segar (kotak kecil) ngan gula 1 cawan ngan telor 5 biji. Blend je sampai dia betol-betol sebati dan mesra. Pas tu tuang dalam mangkuk, masuk esen vanila dan seterusnya masuk 2 1/2 cawan tepong kek. Kacau sebati, masuk dalam loyang dan bakar sampai masak.....Senangkan!!!!!...........
Roti jala ni buat minggu sebelum ni. Saja je nak menyebok.......
Fish & Chips ni bukan aku yang buat. Malam minggu hari tu kitaorang masih lagi ambil supper kat luar walau kat umah dah kenyang makan macam-macam. Saja je, panas badan kalau tak keluar. Tepek gambar kat sini just untuk tatapan biji mata je.....Makan di restoran Chop & Steak, Sri Serdang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...