Sep 20, 2011

Amboi!!!....sapa tu???


Assalammualaikum...




Ce tengok gambo saper tu?.... heheh....
Lama dah gambar ni...back in 1974, Disember.

tu ler akak, noks...hheheh.....
yang bayi kecik tu. masa ni umur akak baru 1 tahun lebih sket noks. sebelah tu kaklong akak. Comel kan???...... lagi tu mak dan abah yang masih muda belia.
hensem ko abah aku masa muda....

mak kata umur dia time ni baru 24 tahun dah anak 2 owang..... ko ada????
hahaahha.....kalau akak confirm r takde. akak kawen umur 25 noks......

gambar ni dirembat dari simpanan opah aku kat kampung Sungkai Perak. masa balik raya baru ni. aku main songlap aje. Seronok giler sebab dapat jugak tengok muka aku masa bayi-bayi. Innocent giler muka aku ngan kakak aku ek.... mak kata kitaorang masa kecik-kecik dulu baik-baik aje. tak macam anak-anak korang. seme degil2 belaka. ye la mak. zaman kitaorang dulu gambar pon itam puteh. mana nak sama ngan zaman anak2 ktorang dah zaman ipad ntah kejadah tablet semenya ado......hahhaa...

apa-apa pon aku ucap terima kasih le pada yang sudi baca blog aku yg ntah apa-apa ni. tepuk tok diri sendiri k. Bila earning nuffnang dah bertambah, terharu plak rasa. ada gak pembaca blog aku ni ek......very 10Q la ye!!!...Luv u all....hehehehe.....


Sep 9, 2011

Syawal datang lagi....

Asalammualaikum.

ha ha. hehe. hoho. hari ni dah 11 raya kome. aku baru tergedik-gedik nak masuk N3 raya. kalau ikutkan rasa malas memang tahap gaban. tapi bila pk-pk, nanti takde pulak kenangan raya. tu digagah-gagahkan jugak lah buat N3 ni. lagipun kena banyak berbanyak sabor ler nak buat N3. baik kat umah @ kat tpt keje ke server lembap bebenor. Aku ni pantang sungguh benda2 yang lembap-lembap ni. geram nak menghumbannyer je.

raya tahun ni tak tahu ler apa yang tak kena. tak berapa nak happening. dahlah bulan puasa berlalu sepantas kilat. tak sedar dah penghujung. rasa macam tak dan nak nak setel semua benda. raya pun gitu. macam tetiba aje udah sampai. cuti kemain lagi panjang. 12 hari tu. berkumpul adik beradik sedara mare cam biasa. tapi tak tahu ler ngaper cam x happening aje.

takat raya hari pertama je. petangnya cam biasa berkonvoi ke kampung abah jumpa opah kat Sungkai. tenghari ry ke2 balik bentong semula. singgah rumah sedara abah di behrang. ry ketiga dah dok umah aje. layan sakit tekak sebab tonsil bengkak. panas kot. pas tu sakit belakang sampai ke kaki. apa lagi melengkor je la kat atas katil. Adik beradik seme dah ke umah mertua memasing. ha! tu ler untung kawen ngan orang dekat-dekat. boleh pagi sini petang sana. bukan cam aku ni punya lah jauh. habis sehari waktu perjalanan. encik suami ni tak mo balik ler pulak. KB kan jem terok time rayer2 ni (apa-apa cuti je - memang sokmo jem)...

wah! panjang nya intro...meh-meh tengok gambo plak....




huah wah wah!!!!...ni ler gambar kami sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidil Fitri ye kome.....
Kuning terang pilihan kami tahun ni. Memang pening you sapa-sapa yang tengok. Kitaorang pon pening dek kesilauan kekuningan itu. hehehehe...




Satu lagi. Maaf Zahir Batin ye. halalkan makan minum (pada sesapa yang berkenaan).


ok bawah-bawah ni meh kita bercerita sket dengan gambar (bercakap dengan gambar)



ini adalah suasana dipagi-pagi raya. kat perkarangan masjid. nak gi sembahyang raya. ni tengah pujuk-pujuk budak tecit ni soh dok diam-diam. ibu nak solat raya k.



masih memujuk. tengok ler muka dia tu kelat je. dia x mo dilepaskan. nak berpeluk je.
mungkin dia ingat ibu akan tinggalkan dia kot.




dah boleh nak duduk kat bawah. bagi lah main apa-apa yang patut. mula-mula ok lah. aku pun sarung ler kain sembahyang. dok baris belakang sekali ni. kat rumah dah deal dengan aqeila. kalau adik nangis masa kita solat, qeila berhenti lah solat ok, confort kan adik. biar ibu je yang sambung solat. qeila kata ok.



weh, nangis lah pulok. tak nak dok ngan qeila. sore dia aje yang memekak kat situ. naik segan lah pulakkan. kang orang tak selesa lah pulak. sedangkan raya2 gini memang digalakkan bawa anak-anak ke masjid. betul ke?



penyudahnya ibu tak jadi sembahyang rayer. dah anak membising aje. kang marah dek orang. ni tengok ler hepi sebab ibu dok beradap dengan dia. makanya aku ni memerati aje le org bersolat. selesai solat, mak sengeh-sengeh kat aku. katanya takpe la. ye le nak buat cam ner lagi.





usai solat raya buat ske sambutan besday kat budak berdua ni. ye lah 2 tahun berturut tu besday jatuh bulan pose. sian punya pasai, sambut ler hr raya. meriah jugakkan. makan2 semea da kat dapur. angkut kek je bawa ke depan. juadah raya sama macam yang ada umah korang. lemang ketupat sate. cuma tahun ni ada extra nasi minyak ayam masak merah ngan mi goreng. Alhamdullillah.



Ima sekeluarga dengan makngah. sebelum berangkat ke temerloh rumah mertua, ke rumah mak kitaorang dulu.



tangga yang glamer tetiap tahun.
uda ngan famili. serba hijau. hijau ni adalah kelompok kuning jugak kan. so maka bila beratur tu ala-ala tone kaler gitu.



long & famili. kelabu asap tahun ni. heheheh....pilihan warnanya.


Kat bawah ni semua sekitar gambar hari raya kedua.
on the way balik rumah opah di sungkai.






eh sesat plak gambo ni...ni gambo balik dari masjid raya pertama.


itu aje lah raya tahun ini seadanya.
Moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan
Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...