Assalammualaikum
Meriah sangat gambar. Sematkan
di blog ini sebagai kenangan bersama saudara-mara. Betapa ketika ini
walaupun hubungan itu masih rapat namun ianya semakin renggang. Bukan
kerana apa, tapi kerana tuntutan masa dan kehidupan. Berjumpa bila
waktu-waktu begini lah... musim perkahwinan, perayaan. Hari-hari biasa
memang tidak lah. Sekelip mata sepupu-sepu yang dulu masa kecil-kecil
adalah sangat rapat. Bermain, makan, tidor bersama... manis sungguh
kenangan itu untuk dikenang.
Gambar tiga generasi bertemu di
perkahwinan sepupu Ijam dan pasangannya Lia 2 Jun 2013. Semoga
perkahwinan ini kekal ke akhir hayat. Sensungguhnya kami bersyukur. Tak
semua yang ada bergambar. Lebih-lebih sepupu lelaki. Tak muat
pelamin.....
Sekian.