Nov 25, 2008
Selasa, 25 nov
Cam tu ler selalunya, kalau ada selalu nak marah-marah anak... dah jauh-jauh ni rasa sunyi dan rindu la pulak..hu! hu!....tu baru anak kecik lagi, bila dia dah besar, keadaan pun pasti turut berubah kan!!.... bila makin membesar mesti lama-lama org tua akan ditinggalkan jugak kan?... pasti dia teruskan dengan kehidupan dia jugak..ni dengar khabar aqel ikut Ayah De dia ke Cameron Highland. Seronok la dia!!!.........hmmm... apa nak buat!!!....Macam tu la jugak agaknya yang mak abah rasa dulu kan??!!!.... bila dah dewasa nanti pasti mereka pun ada kehidupan mereka sendiri...tak per la, pujuk je la hati dan selalu berdoa agar anak-anak yang dibesarkan sentiasa mengingati kedua ibu bapa nya walau dimana mereka berada...(macam kitaorang adik beradik..hmmmm...).......Amin....
Nov 20, 2008
Bekam Lintah
Gambar ni diambil dalam masa lima minit selepas lintah diletakkan dan menggigit, yang tak tahan tu, sekor yang kat pipi kanan tu dengan rakus cam kebuluq je!!... tengok dia dah gemok... masa mula2 letak lintah ni semua kurus2..ni aku kumpul kekuatan untuk ambil gambar...walau sebenarnya aku terasa-rasa dia dok kat pipi aku..eeee....
Kalo kome nak cuba bekam ni boleh ler bgtau aku...nanti aku bagi alamatnya............. dan bajet untuk sekali datang bekam + ubat untuk sebulan lebih kurang RM150.00. Setiap penyakit tu pasti ada ubatnya kecuali mati......no harm trying..............
Nov 10, 2008
Dia dah Grad...................
Aqeila dan kawan-kawan sebelum acara bermula
Nov 4, 2008
Apa yang baru.........
Sekarang ni musim periksa dah habis, lagi la no homework at all. Balik umah tak de keje lain la, ngadap TV. Kena lak skang dah ada TV baru lagi la syok tengok......... Lagipun kalau tetamu datang selalu tegur TV lama aku yang ala-ala putih semua sebab warna nya dah rosak..segan jugak rasanya.........kali ni ok ler......dah boleh pandang dengan clearnya....aku tak guna braket sebab dah x de dinding nak lekat TV tu...Nt ler pindah rumah yang besar sket!!!!....
Something new at home..........
This is another new things at home, cheap2 only mehhh!!!!!!.............ngeh3x....
Grilled Chicken & Black Papper Sos
Chicken Grill
Sekor ayam, bawang putih chop2, halia also chop2, garam + kunyit secukupnya, sos lada hitam, nak pedas lagi taruk lada hitam yang ditumbuk. Pas tu perah dengan lemon 2 biji....sapu rata dan kulit lemon tu sumbat dalam perut ayam. Perap dalam 4 5 jam ke dan bakar dengan suhu 200 C sampai masak la.........
Sebelah nya tu mashed potato. senang je tu, rebus kentang ngan 1 kiub pati ayam and lenyek la......... air rebusan tu korang buatkan sos black pepper tu..jgn membazir.....