Showing posts with label KB. Show all posts
Showing posts with label KB. Show all posts

Jun 14, 2011

Perginya Satu Kejutan

9/6 baru ni baru aje balik dari kampung Kota Bharu, Kelantan.
Cuti sekolah kan. Balik dari 4hb hingga 7hb.
Seronok lah jumpa sedara mara kan. Jarang balik. Sesekali balik tu berkumpul sesama mesti banyak cerita. Sambil-sambil menziarah mak mertua yang dah uzur. Pendek kata sementara orang tua ada, kena lah selalu-selalu jenguk. Yelah! kata akal manusia, yang 'tua'..lebih-lebih lagi yang dah 'sakit' akan pergi dulu. Itu kata akal manusia lah....

Kata Allah tiada siapa yang dapat menyangkal.

11/6/2011, kakak hubby yang tercinta (kakak ipar kita) telah kembali ke Rahmatullah jam lebih kurang 2 -4 pagi (tak berapa pasti). Berumur 47 tahun. Mati mengejut akibat sesak nafas.

Dalam keadaan arwah yang sihat walafiat, tiada sebarang penyakit kronik. Sangat aktif beraerobik, berpesatuan. Sedara mara sahabat handai yang mendengar sungguh terkejut. Ketika menghembuskan nafas terakhir, suami arwah tiada bersama kerana mengikut rakan-rakan berkonvoi ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Terengganu.

Sungguh sedih dan terkilan pada riak wajah suami arwah. Terkilan kerana tidak bersama arwah ketika akhir hayatnya. Malah ketika beliau meningglkan arwah, tiada sebarang tanda yang memungkinkan arwah akan pergi meninggalkanya buat selama-lamanya. Malah arwah lah yang menghantar beliau ke stadium tempat dimana berkumpulnya konvoi penyokong kelantan yang suami arwah sertai.
Namun ajal tidak terlewat walau sesaat.




Ciuman terakhir dari bonda tersayang.
Mak yang sakit, anak yang pergi dulu. Jenazah arwah sungguh segar. Wajahnya seperti sedang tidur. Perginya arwah sekelip mata. Pandangan mata manusia, pemergiannya sungguh mudah. Tidak sedikit pun menyusahkan sesiapa.




Selamat tinggal pada semua...
berpisah kita selamanya.....
kita tak sama nasib di sana....
baikkah atau sebaliknya....

Sedih. Aku sebagai orang yang ditinggalkan merasa sangat-sangat sedih. Sempat bertemu minggu lepas. Makan, bergurau bersama. Hubby memang rapat dengan kakak yang ini. Ini satu-satu kakaknya yang ada. Seorang lagi dah merantau ke Johor berpuluh tahun sudah. 5 tahun sekali baru balik untuk 1 malam.

Masa hari kami nak balik, sempat bermaaf-maafan dengan arwah. Beritahu arwah yang kami akan balik raya nanti. Ipar-ipar pun baik hanya dengan arawah Dah jadi macam 'mak mertua' kami. Apa-apa semua dengan arwah. Kalau hari raya memang berjalan 'pukul habis' dengan arwah lah. Nampaknya raya akan datang arwah tiada. Tak tahu lah keadaan tu macam mana.

Lumrahnya manusia begitu lah kan. Bila sudah tiada, segala yang baik tu ada. Serba serbi perkara baik keluar.

Apa-apa pun aku mohon doa dari Allah semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Diampunkan dosa-dosanya.
Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.



Kali pertama bertemu sepupu. Sekali pandang wajah mereka seiras. Lahir tahun yang sama. 2010. Seorang 7 bulan seorang 12 bulan. Seorang perempuan, seroang lelaki. 'Sound' dorang pun sama. Tak syak lagi, mereka ini mewarisi wajah keturunan bapa masing-masing. Keturunan kelantan.

Feb 22, 2010

Balik KB, Ayah Kembali ke Rahmatullah

Jumaat 12/2/2010, hari yang sepatutnya aku packing untuk pergi bercuti ke Kuantan bersama adik-beradik aku. Plan kami untuk pergi ke Bukit Gambang Resort City. Punyalah anak-anak tidak sabar nak bercuti ke sana. Tapi kadang-kadang sesuatu yang datang tu tak pernah kita tahu, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.`Lebih kurang jam 3.30 petang, kami dapat panggilan dari kampung mengatakan ayah (mertua) sakit tenat. Maka bergegas lah kami balik KB petang itu jugak.. Dah la jalan jem giler, org KL berpusu-pusu keluar dari KL ni. Cuti panjang beb!. CNY. Sampai KB lebih kurang pukul 4.30 pagi, terus ke hospital nak tengok keadaan ayah. Ayah tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Doktor pun mengatakan ayah sedang tenat dan minta kami semua tidak tinggal jauh darinya. Alhamdullillah, semua anak-anaknya (adik beradik abang) balik untuk melihat ayahnda tercinta meskipun ada juga konflik adik beradik yang timbul. Aku pun malas nak masuk campur sangat hal dorang ni adik beradik. Ada aje yang tak kena, org ni nanti iri hati kat orang ni dan macam tu la seterusnya. Malam minggu tu abang meluangkan masa menemani ayah sepanjang malam dan tukar giliran dgn adik beradik yang lain. Doktor mengesahkan ayah mengalami acute eschamic stroke and uncontrolled DM. Bagi aku ayah mertua aku tu sedang sakit tua, dah 80 tahun. Menurut kata ipar2 aku itu dalam IC. Kalau ikut cerita ayah sendiri umurnya 10 tahun lebih tua dari yang tertera di Mykad nya. Maknanya ketika ini, beliau berumur 90 tahun.Orang zaman dulu, dah besar2 baru nak pergi daftarkan!..standard zaman dulu. Kurang kemudahan.

Ayah ketika di wad.

anak-anak sedara. sempat bergambar dalam lif. sarat dengan anak-beranak kitaorang aje.
Well, Isnin tu, walaupun berat hati, kami terpaksa balik sebab abang kena kerja pada Selasa 16/2 tu. Aku dan budak2 masih lagi bercuti. Aku turut aje...kalau lah itu abah aku, aku sure tak bergerak lagi. Yelah, kita tak tahu kan apa yang akan terjadi nanti walau kata akal menunjukkan ayah tak mungkin bertahan lama. Tapi sekiranya lama, kitaorang terpaksan juga balik untuk teruskan komitmen kami. Itu kata akal, kata Allah tiada siapa yang tahu kan!!..
Singgah Bentong rumah mak dah lewat malam. Terasa sangat penat. Bila celik mata pagi Selasa tu, abang rasa penat sangat nak pergi kerja, so off hari tu, igt nak balik Putrajaya tapi jalan mak aii, very the jem. Ye la, esok kebanyakan orang akan memulakan kerja termasuk la aku. Disebabkan keadaan jalan yang tiada tanda2 nak kurang jem nya, so pk2 baik gerak pagi2 subuh esok.
As early as 4.30 kitaorg gerak balik Putrajaya. sampai lebih kurang 6.00 pagi. Rumah ku mak aiii, bersepahnya macam tongkang pecah. tak berkemas, maklum la ditinggalkan dalam keadaan emergency. Pon begitu, aku sangat tak larat nak berkemas pagi2 buta tu, so aku pk balik keje nanti lah baru aku setelkan semua kain2 baju dan kemas segalanya. So off to work, budak2 masih lagi cuti, esok baru sekolah. Tapikan lebih kurang kol 12tengahari, Rabu 17/2, abang call, mengatakan Ayah telah kembali ke Rahmatullah. Alamak!!!...leteh blom abeh lagi, kena balik lagi pulak. Mula-mula abang nak balik sorang2 naik flite tp tiket pukul 6.25 petang. Maka kami pun putuskan balik la drive. Memang tak sempat nak tengok jenazah arwah ayah. Ye la, takkan nak tunggu ktorang kan, perjalanan aje dah 8 jam. Lepas Asar arwah dikebumikan. Memang tak sempat nak berjumpa dengannya, mujur 2 hari lepas dapat jugak bertemu dan kami dapat mengucup dahinya. Ini lah ketentuan. Kami redha dengan pemergiannya walau pun sangat sedih kehilangan orang tersayang...

Kami hanya pergi ke kubur keesokan hari. Kebetulan ada ustaz yang sudi membawakan bacaan yassin dan doa di sana.

Ketika tiba di KB, majlis tahlil sedang diadakan. Jamuan roti cecah teh aje, maklumlah baru aje kehilangan takkan nak berjamu beria bagai kan!....2nd day tahlil jamu mi goreng. 3rd tahlil, masing2 dah buat 'taik' sket. Orang ni harap kan orang ni, vice versa. Aku pon tak paham la adik beradik dorang ni. Patut-patutnya, baru kematian orang paling dekat bapak dorang sendiri, sepatutnya dalam mud berkabung tu dorang sepatutnya berada di rumah arwah menemani mak dorang, duduk ramai-ramai, mengaji, baca yassin tak henti. Anak cucu punya lah ramai. Tapi masing2 pakat buat hal masing-masing. Lengang aje rumah, dari malam arwah masuk liang lahad, lepas bertahlil, masing2 terus cabut balik rumah masing-masing. malam kedua pun begitu. Hari ketiga lebih teruk lagi bila dorang berancang nak buat jamuan makan nasi tapi sorang pun tak datang-datang nak memasak.

2nd day jamuan. Makan mi
Sepatutnya pagi-pagi dah pergi pasar membeli lauk pauk apa yang patut. Nak kenduri ni kan. Tapi masing2 buat derk aje. Bila laki aku call bagitau bila nak datang rumah mak ni nak masak2, boleh pulak orang ni kata orang tu yang buat, orang tu kata orang ni yang buat. Tak ke kecoh. Masa tu dah pukul 4.30 petang. Dah meninggi2 suara. Arwah baru aje meninggal, anak2 dah menujuk-nunjuk sangat hati yang tak bersatu. Patutnya kenduri ni pakatan adik beradik, bua sama-sama. Ini tidak, sorang buat yang lain pakat larikan diri. Tu pun ada hati nak buat makan 7 hari 7 malam. Isssyyyy...Rentikan ler....ilang nak dpt pahala, terus dapat dosa. Tapi aku nampak banyak sangat perbezaan antara keluarga aku dan keluarga abang. Memang sangat2 berbeza. Tak yah la citer r...tak reti nak mengatur bahasa..
Kami balik hari Sabtu 20/2 dari KB.. Tinggallah emak dorang dok sorang2 di rumah tu. Yang aku pelik takde sorang pun anak yang nak bawak mak dorang tinggal dengan dorang. Aku dah offer tp tak mungkin orang tua tu nak tinggal dengan aku di Putrajaya nun jauh dari kampung halamannya. Aku tak tahu apa masalah dorang adik beradik, banyak sangat konflik. Aku ni takat ipar aje, plak tu pangkat adik-adik aje. So dengar tengok aje la.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...