Showing posts with label Diabetic And Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Diabetic And Pregnancy. Show all posts

Dec 20, 2010

Luka Pembedahan Terbuka.....

Kali pertama dan kedua melakukan pembedahan ceaserean tak pernah pun ada apa-apa malang yang berlaku. Semuaya ok. Memang betul kedua-duanya dilakukan di hospital swasta. deal dengan specialist. Jadi kesan pembedahan tu sangat cantik dan sangat berpuashati. Proses penyembuhan pun sangat-sangat cepat. Kurang dari 3 minggu luka dah sembuh sepenuhnya. Kesakitan dari dalam pun sudah tidak terasa selepas dari 3 minggu.

Berbeza dengan pembedahan ceaserean kali ini. Bersekali dengan BTL (Ikan peranakan), dalaman perut terasa sangat-sangat sakit bagai dihenyak-henyak lebih-lebih lagi bila ubat bius penahan kebas tu semakin hilang. Kali ni aku buat di hospital kerajaan. Pertamanya, hospital sangat dekat dengan rumah, kurang dari 5 minit. Kedua, dulu aku kerja swasta, skang aku dah dok ngan gomen, biar lah merasa Hak Kerajaan pulak. Ketiga, Hosp. Putrajaya ni kategori hospital pakar (walau pakar mmg tak cukup pun!!)...Keempat, TIADA - tu aje alasannya.

Bukan nak menyalahkan hosp kerajaan tapi mungkin kebetulan kot luka aku kali ni terbuka lebih kurang 2 inci dan ada 3 tempat yang terbuka. Mak aiii...aku punya lah takut. Plak tu luka tu terbuka bila dah 10 hari. Itu pun aku terperasan seperti ada lendir terlekat di kain batik. Mulalah jantuk dup dap dup dap....Ye lah dah ada diabetik dan luka adakala menggerunkan.

Gambar ni diambil diwaktu pagi. Sebenarnya luka ni ternganga dan kelihatan merah putih isi daging. Mak tak berani nak tengok, long pulak ngeri aje. Nak tak nak aku terpaksa buat sendiri. Aku pergi klinik swasta minta ubat cuci dan minta sekali antibiotik. Masa discharge, hospital tak bekalkan apa-apa pun pada aku, tak sama dengan swasta yang bekalkan dengan ubat tahan sakit dan antibiotik serta appointment post natal. Kat sini, dah keluar, lantak ko la, pandai-pandai ler ko cari ubat sendiri..huhu!!!...pengalaman yang berbeza betol...

Mulai dari hari tu jugak aku terpaksa ambil buah oren. Kalau ikut orang tua-tua buah oren ni kategori buah masam dan orang dalam pantang tak boleh makan benda-benda masam. Tapi this time mak terpaksalah pejam mata sebab dari apa yang aku baca buah oren tinggi vitamin C dan cepat menyembuhkan luka. Aku ambil 2-3 biji buah oren sehari. Makan jugak ikan haruan masak bening ngan celur sawi. Ni ler menu aku hari-hari selepas luka tu ternganga. Aku sangat berfikiran positif. Ada diabetik dan luka sungguh menakutkan. Apa-apa pun kawal gula pada paras paling minimum.

Alhamdullillah, luka yang besar tu kembali bertaut selepas 6 hari. 2 tempat yang kecil tu 3-4 hari dah tertutup. Paras gula aku pun sangat terkawal dan cantik bacaannya sepanjang aku berpantang ni.

Tapi scar kali ni memang kurang cantik. Senget-benget. Mujur ini yang terakhir. Aku tak mempengaruhi sesapa. Swasta o Kerajaan tu semua nasib masing-masing. Tapi aku memang ada 2 pengalaman yang cukup berbeza bermula dari dalam appointment antenatal, dalam OT hingga proses penyembuhan. Tapi dari segi layanan, sama saja. Dua-dua aku kira pun tip-top.

Jun 1, 2010

I have VTS (Vanishing Twin Syndrome)

Aper ke benda plak tu????.....Sebelum ni aku tak pernah tahu, tapi hari ni aku kena ambil tahu dan dah pun tahu. Sebab ianya terjadi pada aku sekarang ini. Sedih?????......nope...aku redho dan pasrah...I know this time of pregnancy, it will full of drama... Doktor kata, "Macam ni la kalau ada kencing manis"....wo ho.....jahanam tol doktor ni tau.....boleh tak jangan kaitkan kencing manis ni dengan this pregnancy....i manage my blood sugar very well what!!!!!!....sakit hati betul la. Kenapa doktor suka relatekan dengan apa yang berlaku dengan diabetic...bukankah semua tu memang risiko untuk setiap early stage pregnancy...sikit pun tidak mengingatkan aku semua yang terjadi ni adalah ketentuan Allah.

Meh sini aku nak citer, jiran sebelah rumah aku tu pregnant at her very young age of 22, no GDM, no hiBP and she was preggy tripplet. Dia pun ada VTS ni which is masa tu aku mmg tak tau. 2 baby dia gone and she gave birth to only 1 baby. Takde pun dia kencing manis. Dan baru kejap ni tadi aku surfing internet mencari maksud yang sebenar tentang VTS, oooo..sungguh ramai rupanya manusia yang dapat VTS ni. Jadinya ini bukanlah gangguan untuk ibu mengandung ada diabetes yang akan dapat VTS ni. Setelah banyak membaca tru internet baru aku tau sapa2 pun berisiko menghadapinya. Ok lah ni ada info sket pasal VTS. Malas dah nak teruskan...Next time citer lagi k. Apa2 pun another 3 weeks aku akan repeat scan sebab kata doktor pakar tadi dia nampak the baby tp very small and weak. Kalau dia membesar another 3 weeks means dia ok kalau tidak means dia tak de la.... so the chances doctor??... dia sengeh aje...by rite tak mungkin twin begitu ada besar perbezaan size, sorang 12 weeks sorang 7 weeks.... we see lah after 3 weeks... gud...safe answer from a doctor...it's a way it should be rather than you talking nonsence rite??!!!!!.......


Vanishing Twin Syndrome
Answers to frequently asked questions about Vanishing

What you need to know about: Vanishing Twin Syndrome

In recent years, enhanced use of ultrasound early in pregnancy has increased the frequency of diagnosis of twin pregnancy, and unfortunately, has produced a heightened awareness of the phenomenon of Vanishing Twin Syndrome (VTS). Here are the answers to Frequently Asked Questions about this condition.

What is Vanishing Twin Syndrome?

Vanishing Twin Syndrome occurs when one of a set of twin fetuses apparently disappears from the womb during pregnancy, usually resulting in a normal singleton pregnancy.

What really happens?
One of the fetuses in a twin pregnancy spontaneously aborts, usually during the first trimester; the fetal tissue is absorbed by the other twin, the placenta, or the mother, thus giving the appearance that the twin "vanished."

How is it diagnosed?

Here's a typical scenario: A mother undergoes a routine ultrasound early in her pregnancy, for example at six or seven weeks gestation. Two fetuses are detected. The mother is told she is having twins.
When the mother returns to the doctor six weeks later, only one heartbeat can be heard with a Doppler scan. Another ultrasound is performed. Only one fetus is identified.
In other cases, a pregnant mother experiences symptoms that would seem to mimic miscarriage; however the single baby in her womb remains unaffected.

How often does it happen?

Scientists have confirmed that the number of twin conceptions greatly outnumbers the number of actual twin births. Some estimates offer that 1 in 8 people started life as a twin, while in reality only 1 in 70 actually are a twin. In the book Having Twins (compare prices), author Elizabeth Noble claims that 80% of twin pregnancies result in the loss of one or both babies. Other studies predict that Vanishing Twin Syndrome occurs in 21 - 30% of all multiple pregnancies in the United States. It is estimated that Vanishing Twin Syndrome will play a role in 50% of assisted ovulation pregnancies.

Why is it happening more frequently?

Although it would seem that incidences of Vanishing Twin Syndrome are increasing with alarming frequency, it is simply that the detection of the phenomenon has increased. Advancements in ultrasound technology allow modern doctors (and parents) the exciting opportunity to peek into the womb. As more doctors routinely use ultrasound in the first trimester, more multiple pregnancies are identified. And a certain percentage of those will be affected by Vanishing Twin Syndrome. In the past, many women experienced VTS without ever knowing it.

What causes it?

Just as there is no clear attributable cause for most miscarriages, there aren't always reasons or explanations for the loss of a fetus in a multiple pregnancy. In some cases, the fetus is inviable due to chromosomal or placental abnormalities. Some studies suggest that because these abnormalities are more common in older women, Vanishing Twin Syndrome occurs more often in mothers of advanced age. Vanishing Twin Syndrome occurs with equal frequency in monozygotic and dizygotic twins, although the complications of sharing a placenta between monochorionic monozygotic twins may contribute to the condition.

What are the symptoms?

There might not be any symptoms. However, some mothers experience some mild cramping, bleeding or pelvic discomfort, similar to miscarriage. Decreasing hormone levels may also indicate that one fetus has been resorbed.

What is the treatment?

Generally, neither the mother nor the remaining fetus will require any kind of medical treatment. When VTS occurs in the first trimester, the mother usually goes on to experience a normal pregnancy and delivers a healthy singleton. However, in situations where a fetus dies in the second or third trimester, the mother may experience pre-term labor, infection or hemorrhaging. In those cases, doctors will prescribe treatment appropriate for those conditions.

What are the ramifications for the mother?

Physically, none. But emotionally, the mother may be feeling an awkward combination of grief over the loss of one baby and relief for the viability of the surviving baby. It is important for the parents to grieve in a way that feels appropriate, acknowledging the loss of a child as well as the loss of their identity as parents of multiples.

May 15, 2010

D&P - My baby twin ultrasound...






Ini dia imej ultrasound twin aku @ 9weeks 4 days. Ingat nk tgu 3D aje tp since ada banyak masa pagi2 Sabtu ni, upload je la. Takjub kan melihat kebesaran Allah keatas hambanya. Syukran. Memang pada mula aku tahu aku pregnant di lewat usia 37 tahun ni aku memang agak tertekan. Dengan diabetic problem yang aku ada... tapi dengan nasihat doktor yang sungguh baik-baik belaka dan setelah berfikir secara positif aku mula rasa tenang dan mood tu bertambah baik dan bertukar menjadi sangat gembira bila dikhabarkan ada 2 baby yang aku carry. Tapi dengan usia kandungan yang masih muda, aku tak boleh lari dari rasa risau. Rasanya itu normal untuk semua ibu-ibu yang mengandung. Semoga Allah akan memakbulkan doa-doa hambaNya. Amin....

May 13, 2010

D&P Ep. 2 - I'm Carrying A Twin

Hari ni 13/5/2010 - appointment ketiga aku dengan Combined Clinik (O&G and Endo). Dan hari ni doktor dah confirmkan bahawa kandungan aku ni memang twin. Wahhh!!! seronoknya ahkak, doktor pon nampak hepi...2 3 kali ucap tahniah kat aku.....Doktor scan tapi sempat heart beat untuk 1 kandungan aje dan lagi satu tu tak berapa jelas. Yang geramnya doktor tu cek sekali lalu aje, macam ngacah-acah aku aje. Isyyy geram betol lah. Seingat aku masa buat scan yang lepas-lepas (private) sure doktor tu spend time sket cari heart beatnya atau jalan-jalan sket kasi peluang ibunya puas hati. Ni tak, bila aku tanya lebih sket, 'x pe, nanti kita repeat scan' aduhh!!!...sekali keje dah r doktor...urrrggghhh...geram gak tu...so repeat scan another 2 weeks.

Masa tunggu menunggu tadi adalah borak-borak dengan sorang kakak ni. Pertamanya aku terkejut dengan berat badan dia, 134kg doh!!!!!!!....terkejut tol hakak... bila borak-borak, 2nd time terkejut umur dia dah 42 tahun....uiiisyyy...aku igt aku je yang senior kat situ..rupanya kiri kanan aku seme lebih senior dari aku....tp si dia tu takde anak lagi....baru nk merasa....ye la aku tumpang gembira dia preggy and doakan dia selamat beranak. Kitaorang dok la borak-borak pasal insulin dan pregnancy. Cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman sebelum ni. Masa aku bagitau mak yang aku kena cucuk insulin 4 kali sehari, mak terkejut giler...ndak2 plak bila aku beritahu 18 unit sekali suntik...ha!!!...bila dengar citer kakak tadi, lagi terkejut...dia cucuk 5 kali sehari (3 short acting 2 insulatard - ni orang yang cucuk insulin aje akan tau). Plak tu sekali shot 40 unit dan insulatard malam 50 unit, pagi 20 unit.....fuyyyoooo...mmg ganazzzz.... takut plak aku dgr......

Apa-apa pun itu ler cabaran yang terpaksa diharungi bila pregnant berisiko cam tu...kakak tu pon rasa pelik dengan size aku ni dan semuda aku ni pon ada DM jugak. Well! apa nak buat kak. Apa-apa pun pertemuan dengan Endo tadi cukup memuaskan hati Endo tu sebab aku boleh manage blood sugar aku dengan begitu baik sekali. Well doc, when there's a will there's a way... tapi aku ni manusia biasa, sesekali terasa jugak nak melantak....sesekali terbabas tak per kan..... Sambil tu mohon jugak pada Allah Yang Maha Kuasa, selamatkan lah semuanya ya Tuhanku....

Ada ni ha sekeping 2 gambar scan tadi tp malas bebenor ler pulak nak up load. Takyah lah ek!!!... Tunggu aku buat 3D scan sok baru ler tepek gambor... Oh yer!!!...byk2 forum aku lawati ramai orang yang cucuk insulin tapi dorang selalu sangat low (hypo)....kakak yang borak-borak dengan aku tadi pon selalu kata yang dia selalu hypo...tapi yang pelik, aku tak pernah sekali pon rasa hypo...paling rendah bg aku dalam 3.9 aje...tu pon steady, x de ketar2...aku makan tak de sukat sangat..seme benda aku rasa nak makan aku makan...cuma aku ambil 3 heavy meals with 3 acting shot before each meal and no meal in between, no bedtime meal....so far so good...hyper pon jarang...the most is 9mmol aje....tu pon jarang sekali......

Untuk hari ini aku rasa gembira dalam hidup bila tiba-tiba Allah beri aku rezeki duit - baru kuar EPF, rezeki anak...bukan 1 tapi 2 sekali.... maklum lah ini pregnancy aku yang terakhir...lepas ni aku tak boleh beranak dah...kena ikat sebab dah 3 kali aku melahirkan tru ceaserean.... Aku berdoa siang malam pagi petang semoga pregnancy aku kali ni sukses. Anak-anak dalam kandungan aku membesar dengan selamat dan selamat dilahirkan kedunia... Dikurniakan anak-anak yang cantik rupa paras seperti abang dan kakaknya...anak yang berilmu yang beriman, yang lunak suaranya dan apa saja yang terbaik yang boleh seorang ibu mendoakan untuk anaknya.... Makbulkanlah doa-doaku Ya Allah...Amin..

(Esok plan nk buat breakfast Macaroni goreng....tunggu ye! aku tepek gambar dan rezepi nanti)

Apr 20, 2010

D&P Ep.1

Salam....boring kan?...standard la aku...boring tak abeh-abeh..kengkadang aku jadi boring mikir kenapa aku boring. Semalam Qeila demam. Mujur hari ni dah ok. Standard lah ayat doktor, kalau demam lebih 3 hari datang semula, cek darah, takut denggi. Apahal lak nak kena tunggu 3 hari, buat terus tak leh ke....ahhh hati mula la risau dan cuak. Memang pun skang ni H1N1 dan denggi silih ganti...macam-macam betul...seme menambah kerisauan betul.

Setelah beberapa siri perjumpaan dengan O&G dan setelah beberapa kali di'rodok' dengan batang ultrasound tu dan juga dah beberapa kali darah aku ni disedut keluar dari tubuh montok aku ni maka dengan gembiranya aku umumkan bahawa ianya adalah confirm bukan Ectopic Pregnancy. Ho ho!...mujur bukankan, kalo ya!, maka aku kenalah buat laparascopy iaitu perut aku ni akan ditebuk2 seperti benda yang tidak berguna. Well!...idak ler tamat disitu aje beb!... another scary siries are coming......

"Maka dengan ini, you hv to be warded to do insulin commencement"i huwaaa....nak kena cucuk sendiri insulin la pulak. As expected la, diabetic person cam aku ni apa lagi boleh membantu. Dengan kekuatan dan kecekalan hati aku tawakal aje lah. Pukul 5.30 petang Rabu 14/4 aku menyerahkan diri dengan pikiran yang amat-amat-amat positive. Dok aje atas katil, terus aku diberi 10unit insulin...huwaaa sakit...sebab cucuk old fashion di lengan, untuk permulaan kata nurse tu, nanti phamacist akan hantar pen, puan cucuk sendiri ok... gua pun terkebil-kebil dan diam aje.......

Bagus jugak dok wad ni, ramai tol doctors yang entertain... Sepanjang 1 hari disana, memang dapat pakar punya treatment and consultation. Maklum ler dpt penyakit VIP...

1. Dimulakan perjumpaan dengan doktor pakar O&G.
2. Datang pulak endokrin. Siap interview itu dan ini. Siap tanya ada tanda-tanda sakit
jantung kah? ok nurse, make her appointment to do echo... pulakkkk.....nevermind i'll
go...anyway to seek all this treatment you might have spend alot of money man...since
you'll get for free so pls don questioned too much....juz follow...(well it's not really free man,
am a Gov Staff...)
3. Pharmacist datang tunjuk cara-cara guna pen insulin. Wah!!!...so canggih meh...no pain at
alll. ahh..what the technology. The needle so thin and yet very comfy. The pharmacist -
cara-cara nak guna benda alah tu and dos2 nya sekali for the beginning. "nanti diabetic
counselor akan jumpa puan untuk buat adjustment dos ok. Puan kena mulakan dengan
4x sehari" mak aiiiii...naper tak 10x je....
4. Pergi ler jumpa kaunselor yang dimaksudkan. Ok lah, banyak benda yang diceritakan
seme akak dah tau beb!...so dengar aje. Most of words so scary meh!!!....Tapi kena ingat
Allah Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada
penyembuhan selain dari hanya penyembuhanmu Ya Allah.
5. Last sekali jumpa dengan Dietician. Cerita pasal makan bla bla bla....tak kasi aku lose
more weight tapi dari meal plannya tu aku rasa more weight to lose after this. We'lll see k.
(takat 2 3 weeks ni i was lost 4 kg)

That's all. Esoknya, maka merengek-rengek la aku kat ward doctor nak balik la doktor. Banyak urusan kat rumah lah....Lagipun aku dah pandai poke insulin tu....dapat MC 3 hari. Arrange appt untuk combine clinic 29/4 ni. Ok doc, i will coming, no worries. Doc kata every week kena datang spital to check on the diabetic and the pregnancy as well. Whatever ler doc, as long as it's gud to me, i will do what ever.

Doc minta aku keep track my BS, my best range was 4mmol - 8 mmol. bagi aku cantik dah, tapi doc tak puas hati beb. Dia tak mo angka 7...nak buat macam mana doc.. i was diabetic mom since so long, its so hard for me to avoid highs.......well...i'll try to manage more better than that doc......

So, wait for story at Combined Clinic k...

# I tell you out there, i am very strong and brave lady....
am not really scare what i'm facing now...
and of course am really felling fed up with up and down of BS....~sighhh~

Apr 11, 2010

Macam-macam Jadi

Selamat hari minggu. Mana nak pergi hari ni yek? pehal dok umah aje...berserabut. Semalam dah mengukur 1 KL. first time in ever aku pergi 3 shopping complex. Yang best sikit pun tak rasa penat. FYI, RM EPF yang aku draw dah online..ahakss...memang efisen la EPF...5 hari aje dah online...tu sebab akak steady je jalan sampai 3 shopping complex....hahahha...segar gua.....

Semalam...dlm kol 9 pergi Shah Alam just nak pergi breakfast kat satu kedai Kelantan ni. Yang pernah aku ceritakan dalam blog ni. Lepas dari situ pergi la ke PJ, kononnya nk skodeng kedai yang jual barang electrik 2nd item. Not bad. Suka jugak cuma tak de apa yang berkenan dihati nak dibeli semalam. From there, terus ke Sogo, jalan-jalan window shopping aje..tak ada apa yang berkenan pun. Dari situ pergi pulak ke Suria KLCC. Series beb, KLCC bukan tempat gua la, so asing la berada disitu. Nak shopping pon macam tak reti. Jauh lagi best shopping di Alamanda. Kecil tapi melengkapi. Pusing-pusing pas tu tak tau mana nak pergi....tak sampai 1 jam kitaorang blah dari situ...gi Midvalley pulak.....hmmmmm...sama aje...cuma lunch di Manhattan Fish Market. First time masuk, no bad la...rege pon leh tahan la.......tak de jiwa betul nak shopping... Ke jiwa tengah kacau!!!...

Memang la jiwa tengah kacau ni bawa lah bergembira ke mana, tetap kacau beb!!!...... Ekceli akak ni baru je +ve UPT....pehal kan...2 minggu delay peot -ve, aleh2 minggu ke3 +ve... what is the????.... Memang lah jauh disudut hati tu mmg teringin nak tambah bilangan keluarga tapi tak tahu la kenapa aku ambil masa yang lama sangat untuk itu. Tiba-tiba aje this time terjadi lah pulak.... Sumpah! akak memang tak plan dan memang amek precautions....Adakah ini yang dinamakan rezeki dari Allah?... Ada jugak niat jahat aku ni tak mahu continue tapi setelah mendengar nasihat beberapa orang termasuk puan-puan doktor, ok lah aku akan teruskan. Tapi ada jugak kegusaran sebab aku ni lebih 35 tahun so aku harap aku akan kuat sama seperti 'time' aku yang lepas-lepas. Buat hari ini aku sangat sihat dan kuat dan ikut experience aku yang dulu-dulu aku mmg tak reti dengan all the sickness. Yang aku tau aku sangat malas dan akan malas. Bak kata kakak aku ni 'kau tu memang pemalas, jadi macam ni lagi la mengada-ngada'....hahahha... sori ler aku mmg cam tu... Plak laki aku pon manjakan aku...hap hap horay ler.....

Satu kemusykilan aku kali ini ialah, kalu ikutkan LMD aku dah 7 weeks tpi disebabkan UPT aku lambat +ve aku sendiri jangkakan bahawa aku dalam stage 2 3 weeks... Jadinya masa buat vaginal scan memang tiada apa yang kelihatan. Cara doc tu cam suspen aje. Siap bagi pesanan nanti kalau sakit-sakit perut terus datang ke hospital dan jangan tunggu-tunggu. Alamak! apa kes ni doc???....

Balik-balik umah aku tya pakcik google, maka aku terbaca banyak mengenai Ectopic Pregnancy. ISyyy ngeri gak kan!...mintak dijauhkan.....what ever kali ni aku lebih terbuka lebih cool dan tak tension-tension macam aku terpreggy pada tahun 2007 kelmarin. Ye lah dengan keadaan kesihatan aku dan faktor umur ni agak ketakutan untuk melalui proses-proses pregnancy...tapi setelah banyak survey-survey, its common for 37 year old lady getting pregnant...Anyway bes jugak pregnant this time sebab anak-anak dah besar dan lebih faham dan seronok..but as of now, dorang tak tau lagi..malas bagitau awal-awal kalau tak itu aje yang disebut walhal nak keluarnya lambat lagi...sometime in Nov nanti...

Disebabkan scan baru ni tak nampak apa-apa, doc buat blood test and the result will be on Tuesday nanti. So tengok aje apa cerita nanti....... Anyway, Klinik Kerajaan dan Hospital Kerajaan di Putrajaya ni servis doctor & kakitangan memang tip top....cuma waktu menunggu tu suffer sket la sebab org mmg ramai... So this time, aku akan merasa servis from gov hospital instead private hosp. Ye r dulu comp byr sebab kerja private, skang keje ngan gomen, biar ler gomen yang bayor kan...mujur dok Putrajaya...seme 'class' disini...... harap-harap semua dipermudahakan dan selamat...Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...