Showing posts with label Aqel. Show all posts
Showing posts with label Aqel. Show all posts

May 16, 2012

Hari Lahir Abang Aqel ke 12

Assalammualaikum

Sempena hari lahir Aqel ke 12, kitaorang buat bbq.  Adik beradik aje.  Aqel kata dia dah besar.  Seganlah nak buat tiup-tiup kek.  Eh! apa pulak?... Lagi satu dia segan nak ambil-ambil hadiah.  Eh!, pelik la dia ni. Orang suka apa dapat-dapat hadiah. Pelik betol.
 
Kebetulan bulan kelahiran Aqel sama dengan Ayah Teh (adik gua).  Tu sebab di kek letak dua nama.  Aiteh tu, adalah ejaan Aqel untuk ayah teh nya. 

BBQ udang..


Ayam BBQ hitam legam.  Yang itam legam adalah dari gambar yang tak clear ni.  Ye lah, guna handfon camera je.

Rezeki of the day.  Hadap adik beradik je.  Tak de majlis besar-besaran nya..

Ada mi hun jugak

ni akak punya portion....


Jom makan. Baca doa dulu!!!....

Macam tak bes je entry ni.  Banyak na entry sekali masuk.  Ambek ko.


Jul 8, 2011

Anak Jantan...

Hari ni Aqel mengadu, beberapa orang budak senior tahun 6 telah bergaduh dengan beberapa orang budak tahun 5 yang mana salah seorang nya adalah Aqel. Mula dari tepis menepis tolak menolak dah siap bertumbuk bagai ko. Tapi sayangnya anak aku ni tak pandai bertumbuk. Takat-takat lawan mulut tu reti la kot. Tu pasal dapat hadiah sebijik betul-betul kat bawah bijik mata.


Camner ek kalau anak korang balik aje dari sekolah ada kesan cenggini??




Isyyhhh...panjang tu ek. mujur tak kena bijik mata.








aku selalu pesan dengan anak aku ni. janganlah bergadoh di sekolah. risaulah kalau pergaduhan boleh jadi besar. aku kenal sapa yang bagi penumbuk kat aqel ni. geram aje nak jumpa mak pak budak ni. tapi tak mau la pasal anak nanti mak pak yang tak bertegur pulak. setau aku aqel ni memang tak reti bergadoh secara fizikal. Kalau takat lawan kata-kata tu ada lah. bukan nak menang alek anak tapi aku kenal perangai budak yang tumbuk aqel ni. boleh tahan jugak. mulut pon boleh tahan. cikgu-cikgu pun tau kenakalan budak tu siap merokok bagai. tu nampak dengan mata sendiri tu.


tapi tadi aqel kata dorang dah setelkan dengan cikgu. cikgu tu pun ada bagitau yang aqel tak salah. dan cikgu takut mak aqel marah bila tengok calar kat mata tu. tapi aqel dengan konfiden bagitau cikgu yang ibu kita tak marah.


tapi aku memang marah. pertamanya aku marah sangat2 bila dia involve bergaduh kat sekolah. tak kiralah dia salah ke betul. aku kurang gemar benda-benda ni. sekali-kali aku tidak menyebelahi anak. aku tau anak lelaki tak de yang tak nakal. aku selalu pesan jangan mengusik orang. jangan campur urusan orang. silap haribulan jadi lah macam ni. nasib tak teruk sangat. aku pun cukup takut kalau-kalau cikgu-cikgu panggil aku laki bini datang sekolah dan nak cerita pasal kenakalan anak. mujurlah takat ni belum ada lagi. harap-harap tidak akan ada panggilan itu.


cikgu pun pesan dengan aqel tadi perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. baiklah. kali ni kasi can. esok2 kalau ada masalah lagi dengan budak yang sama, terpaksa bersemukalah.

harap2 selepas ini tiada kejadian yang tidak diingini lagi.



# ps - tadi aku tanya aqel. kenapa tak tumbuk dia balik. dia kata " kita dah tumbuk dia banyak kali tapi tak kena"


hmmm...ko memang tak pandai bergaduh aqel. takat badan aje besor.

May 4, 2010

Muhammad Aqel's 10th Birthday

1 Mei 2010 hari tu, sambut hari lahir Aqel yang ke 10 tahun. Ekceli hari jadinya 30 haribulan April tapi dah 1 Mei tu seme orang cuti kan senang sambut hari tu aje. Sementelah pulak hari Sabtu kan...senang lah nak plan. Mula nak buat kat Putrajaya aje tpi bila mak nak sekalikan dengan baca Yasin dan ajak kawan-kawan nya, maka aku pun setuju la. Lagipun buat rumah mak lebih mudah sebab banyak kemudahan dan ruang pun lebih luas.

kek tempah dari kawan long. Pandai dia buat kek dan rasa pun sedang. 2kg RM70...quite cheap..kat Secret Rec siap lah RM120 macam ni....Tapi memang bes....


Aqel bukak hadiah. Sapa aje lah yang rajin bagi hadiah kat anak2 kitaorang ni melainkan, umi + ayah long, ayah de + mama, ayah teh + mami. Suka lah dia tu, dapat kasut futsal brand umbro, dapat handphone dari ayah teh, ayah long bagi syaidina and umi bagi buku latihan UPSR... itu yang patut jadi hadiahnya...hehehhe lepas ni kena rajin buat latihan....


Aqel and the geng tiup lilin

Sebelum tu, mak buat bacaan Yassin yang dihadiri kawan-kawannya. adalah dalam 30 orang gitu. Juz buat minum petang kecil-kecilan tapi yang best nya ada banyak sangat kueh melayu tradisional. Aku suka sangat sebab lebih kurang 8 jenis kueh yang ada. Kebanyakkan nya ditempah dari kawan mak. Malas nak buat la...tak de sapa yang larat dah skang ni... Order aje. Bukan nak banyak pun. Kuantiti aje yang banyak. Ada....
Kueh bakar dan karipap..hmm bestnya...

Talam tepung dan bubur pulut hitam. Tak sempat nak makan bubur sebab dah penuh sangat-sangat. Plak tu mak dah sediakan plastik untuk kawan-kawannya. Apalagi...licin beb!..rezeki dorang...

Cucur badak dan kueh kaswi. Kaswi tu buat sendiri. Mak buat. Kueh mudah macam kaswi rugi plak kalau nak beli kan.....

Apam pisang tu kawan mak yang bagi dan kueh koci..pun mak yang buat...kitaorang makan aje...

Last but not least....serimuka...tu mak ija yang sponsor...beli jugak kot...Skang ni mana ada orang rajin buat-buat kueh dah...Seme main beli aje. 1 loyang besar baru RM20. Nak buat sendiri bapak lah lecehnya. Kanan tu mak ngan kawannya Cikgu Fauziah dan makngan Siah. Cikgu Fauziah tu pernah mengajar long and Uda. Aku tak pernah belajar ngan dia. Masa zaman dia mengajar, leh tahan jugak vokalnya cikgu ni. Dan menjadi minatnya match2 kan orang.... pendek kata dia suka menjodohkan anak2 muridnya tapi takde sepasang pun yang menjadi...Juz for fun...

Kawan-kawan mak sedang menjamu selera
# Terkilan dengan sikap seseorang. Tak terlampau kiranya jatuh tahap menyampah bila dia suka mengandu domba, melaga-laga dan mereka-reka cerita. Tak perlulah cerita disini. Tak suka. Bila baca ayat ni..tau la apa maksudnya. Juz untuk diri sendiri....
~END~

Aug 18, 2009

Selamat Hari Lahir Aqeila

Malam minggu baru ni aku lepak temankan emak di IJN. Sian kat abah dari hari Selasa tidor atas lazy chair yang disediakan oleh wad IJN. Since Sabtu Ahad tidak bekerja, aku minta tukar lah dengan abah. Biar abah balik dan lurus-luruskan pinggangnya. Sejuk gila dalam wad IJN. Air cond dia centralized satu building so tak boleh lah nak adjust sesuka hati. Memang macam dalam freezer. Orang yang sihat pun boleh jadi sakit dengan suhu macam tu. Dah lah petang Sabtu tu hujan lebat sangat di Kuala Lumpur. Hmmmm....syok la tidor. Tapi sakit belakang gitu tidor duduk.....
Aqel di IJN, ikutkan budak bawak 12 tahun tak dibenarkan masuk ke wad. Senang-senang je kena kelentong sekurity tu sebab Aqel bersaiz besar. Percaya aje la dia kalo bgtau Aqel dah 12 tahun...heheheh bohong sunat.....

Ahad abang datang ambil lebih kurang pukul 5 petang. Lepak-lepak kat Taman Tasik Titiwangsa kejap. Lama dah tak kesitu. Lepak sekejap je tengok orang lumpa kereta control. Budak-budak ni suka la...busuk lah bau minyak..naik pening kepala hidu minyak tuh.........Jom balik lah......malas dok situ lama-lama...

Depan litar lumba kereta kontrol........
Sampai je ke umah baru perasan hari Ahad tu 16 Ogos...birthday Qeila rupanya....ibu termiss plak ler....ibu penat lah sayang ...bukan ibu lupa tapi tak ingat...............

Terus je soh abang gi beli kek untuk Qeila. Dapat tiup-tiup je jadi ler, bagi dia hepi....ingat nak beli Piza sekali, tapi perut kenyang lah pulak....baru je lepas makan kat IJN (mokde bawa lauk ayam masak merah, sup sayur + cendawan ngan singgang tenggirii....kenyang dah!!!!)..pas tu masa kat Titiwangsa tadi makan pulak rojak mamak ngan pekena cendol mamak tu.....memang kenyang siol...........


Selamat Hari Lahir yang ke 7 untuk Qeila...
Abang Aqel tumpang sekaki...sian dia tak kesampaian nak tiup kek Ben 10...........nanti ler tahun depan k........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...