Showing posts with label Syawal 2009. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2009. Show all posts

Oct 13, 2009

Raya Selepasa Puasa 6

Ni cerita 2 minggu lepas, walau dah lama, tapi nak jugak masuk entry...Ye la, esok-esok boleh tengok-tengok balik, buat kenang-kenangan. Buat sambutan raya selepas puasa 6. Mak, Abah dan asben semua dah selesaikan puasa sunat 6 Syawal. Buat la makan-makan sikit. Dalam sikit-sikit tu jadi banyak lah pulak. Orang tu buat ini, orang ini buat itu, dah jadi penuh satu meja. Abah siap order sate lagi. Nak mengembalikan keseronokan sambutan raya pertama hari tu. Ye la, masa raya tu hari, tetamu ramai datang, plak tu kitaorang kelam kabut berkemas-kemas sebab sebelah petang nya dah bertolak ke rumah Opah di Sungkai Perak. So, kali ini, selepas masak-masak, kitaorang ada banyak masa di meja makan dengan famili semua. Sambil makan-makan tu borak-borak. Kejap tu, Cu dan keluarga dengan makngah datang join sekali, borak-borak dan makan-makan. Pendek kata kita orang makan sampai ler ke petang. Ngadap makan itu aje, tak perlu dah hidangan tengahari.....



Di meja makan. Long sampai terlopong, sedap sangat mengadap hidangan. Gambar kanan uda tengah memangku Qaseh yang tengah menarik rambut Shahmin. Dasat lah gegirl ni, suka sangat menganiayakan abangnya...Amin memang cuak je nampak Qaseh....

Atok tak pandang kiri-kanan makan....Apa yang Amiin terkejut tu???...
Antara juadah pagi itu
Lemang yang atok beli di pasar dan rendang ayam mak buat. Memang best rendang tu...Mak masak!!!!...sapa tak mengakukan emak sendiri is the best cooker in the world...Korang???..

Lontong ni pon mak buat....
Kue-teaw tomyam, special dari long...hmmm nyum-nyum.....menu pertama yang habis...


Ha...ni akan yang buat...nasi dagang + ikan tongkol + jelatah...
Best jugak ni....heheheheh (puji diri sendiri)


Yang ni atok order...........
Sekian.....

Oct 5, 2009

Syawal 2009 - Di KB, Kelantan

Seterusnya, jelajah raya ke KB Kelantan ler pullokkk.... banyak tol tempat beraya... Since citer pun yang dua minggu sudah punya, so biar gambar je la bercerita....




Ni di rumah Zani, sori gambar tak ikut turutan hari raya... main 'boh' je.. Ni tengah senyum-senyum kelat sebab aku sedang sakit perut.. Tiap kali balik KB, aku sure sakit perut sebab aku memang ada masalah 'membuang' bila kat sana. Makan banyak, top-up, top-up, tpi sukar ke tandas...so sakit hati la....

Ni di rumah kawan kakak ipar... dimana ye?...ntah, lupa tanya apa nama tempatnya..

Mimi sebelah kiri, amelin sebelah kanan

with mimi anak sedara asben ku...


Ramai-ramai ler bergambar...


Ni semasa di rumah tok mek dorang, ada banyak kucing. lebih kurang 6 7 ekor gitu...qeila suka sangat kucing, siap minta bawa balik lagi kucing-kucing tu. Tapi sori lah, bukan aku tak suka kucing tapi aku kurang minat sebab tak de sapa nak amek tau pasal kucing tu nanti, nak cuci berak dia, nak mandikan dia, bagi makan lagi. Semua orang pun keluar rumah pagi dan balik petang. So memang takde sesiapa nak mengelolakan kucing tu nanti. Lebih-lebih lagi Aqeila ada asma, lagi la tak digalakkan ada kucing dalam rumah kan....
Rojak keropok

Rojak popia

popia
Sempat jugak pergi makan popia ni, kebetulan dia buka bisnes dia hari Khamis 5 hari raya tu... nak makan sangat. Aku rekomen sangat you all cuba popia ni... dekat bangunan gerai-gerai makan dalam compound Stadium Kota Bharu tu...memang best.... Cuba lah...
End of citer di KB, tak banyak tempat pergi, sebab jalan ya ampun~!!!.....very bad jam...kena lak umah mertua aku tu betul-betul tengah bandar, tolong weh...aku tak lepas ke mana-mana. Nak ke che yeh tersumbat, nak ke Rantau Panjang pon tak boleh.... Ramai betol org Kelantan yang dok luar rupanya....Sekali balik, abeh penuh jalan raya.......
Jadinya, aku pendekkan hari balik kampung, patut plan balik Sabtu, dipendekkan ke pagi Jumaat dah calo.........selain dari perut aku yang meragam bloated dengan angin.......
itulah raya yang seadanya......

Oct 2, 2009

Syawal 2009 - 2nd day of raya

Petang raya pertama lebih kurang pukul 3 petang kitaorang berkonvoi 4 kereta ke rumah Opah. Kira dah set lah masing-masing dengan keluarga masing-masing. Lebih kurang pukul 7 petang kami tiba. Sampai-sampai je, terus buka juadah yang kami bawa dari Bentong. Kira bawak dan makan sendiri punya la. Ye la, takkan orang nak sediakan makanan banyak-banyak untuk kitaorang. So purpose masak banyak-banyak pagi raya tu adalah meant for us......
Pagi-pagi raya kedua siap-siap nak calo....nak balik ler, sebab aku dah ada program lain pulak hari kedua tu...nak cabut balik Kelantan, tu pun hubby aku dah tolerate la nak jumpa Opah dulu baru jumpa mak bapak dia... Ye la, kampung dia jauh sket, takkan nak balik takat 1 hari, lain la jumpa Opah kejap je dah ok...JANJI tengok.. so jom tengok gambo......
Standard la, tetiap tahun pun ada gambar dua beranak ni kan..hehehhehhe... mak dan anak...bukan adik beradik tau!!!....

Aku ngan long dan ipar aku yang baik-baik dua orang nih.....berposing tepi tangga yang glamer kat umah Opah tuh.....

Semua yang ada, ramai lagi ekceli tp semenya malu-malu lah plak...Huh!!...malu-malu sangat tak payah. Bukan nak masuk majalah mangga ke....Qaseh tengah bengang sebab orang paksa dia bergambar....dia lah salah sorang yang tak mo bergambar tuuhhhh....isyyyy...isyyy...isyyy...apa bentuk paksaan la.....

Menantu dan mertua...ngam ke ni?.....NGAM hoooo..............

The evergreen couple....hehehhehhe...Insya-Allah..
Balik dari Sungkai, betul-betul kat Exit Slim River, Ima call soh singgah kat kampung Opah dia di Kampung Balun. Cam ner ruper kampung ni wallahualam sebab aku tak pernah singgah. Tapi disebabkan Uda dahmeluncur laju melepasi dari Exit Slim River, maka tak jadi lah singgah ke umah Opah Ima. Sian Ima, dengan ceritanya, mak Yong dia dah siapkan air sejuk bagai tunggu kitaorang datang. Ni la namanya tak de rezeki. Biasa dari umah Opah kitaorang akan ikut Genting Highland untuk balik ke Bentong. Lebih dekat dan jimat. Dah lalukan, maka singgah ler pulak umah mokde kat Bukit Beruntung. Boleh gak makan tengahari. Memang dia dah call awal-awal minta singgah ke rumah nya.... Dia dah siap memasak waktu kami tiba...

Bergambar dengan long di rumah mokde...

Makan time......memang baik punya pulun hari ni. Mokde rajin memasak, Biskut raya dia buat sendiri je dekat ngan 25 jenis. Belum campur kerepek-kerepek yang dia beli. Siap kuarkan segala jenis coklat hari tu..... memang kenyang giler ler tengahari tuh....sian kat drebar je la, sebab mengantuk........

Sebahagian dari sedara-mara aku...Semua ni rapat-rapat belaka.
Belakang kanan sekali, itulah mokde ku yang tersayang.....

3 dara...Aisyah, Along Saiyidah dan Nana ke tu????.....

Aisyah diapit oleh aku dan long...ni time nak balik dah....
Tu ler sebahagian dari gambar yang dapat dikongsi kat sini. Banyak lagi beb gambar...tp sian kat aku yang nak upload gambar-gambar dengan line yang menyakitkan hati...kejap ok kejap tak ok, kejap hang...aduuhhh!!!....paham-paham je la kan......

Sep 30, 2009

Syawal 2009 - 1st Raya

Macam biasalah 1st daya raya kitaorang semua berkumpul di rumah mak. Untuk sesi bergambar kali ni, tangga jadi pilihan, hik! hik!...glamer tangga tahun ni.. bukan apa, situ tempat paling luas nak bergambar. Lagipun bergambar dalam rumah, cahaya tak cukup nanti gambar jadi gelap dan lesu jerk. K lah, ni pun dah raya yang keberapa baru nak update blog. Baru hari ni aje ada kesempatan nak bukak blog. So tengok gambar je la ek!!...

Anak-beranalk. Tema koko

Atok, Wan and the cucus


Bersalaman dan bermaaf-maafan


Ima and the famili. Ima kemudian beraya ke rumah ibu mertuanya di Temerloh.

Pakteh ada datang singgah ke Bentong, sebelum bertolak ke Bentong, kitaorang pon nak chow balik kampung abah di Sungkai Perak.

Bergambar beramai-ramai di beranda rumah mak. Sejuk sikit. Lepas siap bergambar seme, baru makan-makan.

Lagi satu, atok wan and the cucus...

Homade raya cookies. No tunjuk-tunjuk and beli-beli tau. seme buat sendiri. Ni tak masuk chips yang x de dalam gambar. Chips seme beli sebab tak kuasa ngadap kuali panas-panas. Cookies kat atas combine ngan long. Long buat 6 jenis, aku 4 jenis. Selebihnya ihsan dari mokde. Terima kasih daun keladi mokde bagi kueh rayer, kalau ada lagi boleh bagi lagi....


Ni antara juadah pagi raya. tak sempat nak snap semuanya. Ada rendang daging, rendang ayam, nasi impit and kuah kacang, sate daging dan sate ayam, lemang, nasi minyak, mi goreng ngan acar. Seawal pukul 3 pagi aku, mak dan long bangun nak masak-masak. Disamping nak menjamu sedara-mara yang dah pun berjanji nak datang, juadah tu pon untuk packkan bawa balik kampung opah belah petang tu. So, end of 1st raya...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...