Showing posts with label TAILORING WORKS. Show all posts
Showing posts with label TAILORING WORKS. Show all posts

Oct 30, 2010

Peasant Blouse for Aqeila

Terasa giannya nak menjahit-jahit la.... gatal sangat tangan-tangan ni. Walau pun badan kurang larat, tapi sebab hati punya pasal, digagahkan jugak. Tu ler kuatnya kata hati. Lagi pun aku memang tercari-cari cara nak buat peasant blouse ni. Kebetulan pulak ada tutorial berkenaan dengannya terus aku print dan buat sendiri. Beli kain koton yang murah-murah aje yang banyak terdapat di Nagoya. Aku rekomen sangat sesapa yang beli koton, pergilah Nagoya. Kotonnya lebih murah dan banyak berbanding store yang lain. Aku buat untuk Aqeila. Buat masa ni tak boleh buat untuk diri sendiri, tengah mengembang kan ni...Kalu tak???....hmmmmm, lebih baik buat baju akak aje...


Taraaaa...ni lah hasilnya. Yang besnya aku siapkan dalam 1 jam setengah aje. hahaha...nak punya pasal. Disebabkan aku guna koton yang murah so jadikan dia baju tidor aje....puas hati buat sendiri. Ni koton yang rm2.50 semeter untuk percubaan. Aku ada beli 5 helai koton yang mahal sket, rm8 semeter. Ni dah jadi ni boleh lah buat lagi untuk baju jalan-jalan pulak.....
Ok kalau ada sesapa yang teringin boleh ler google sendiri Tutorial Peasant Blouse.....

Jun 23, 2009

1 Rejab............

Hari ni bermulanya 1 Rejab... ada ke yang tak perasan????.... bulan sunat berpuasa tau, dituruti dengan bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan..bermakna ada 2 purnama aje lagi untuk semua umat islam menjalani ibadah puasa. So 2 bulan ni kira testing month la...for those yang blom habis-habis ganti puasa, this is the rite time to finish it...kalo tak fidyah berganda. Walau pun Rejab baru je muncul hari ni, tapi aku dah mula sibuk dengan aktiviti menjahit baju raya. Tapi this time around aku tak ambil tempahan dari kawan-kawan pun, cukuplah setakat menjahit baju makcik-makcik dan adik-beradik aku aje. Itu pun aku dah suruh dorang cari tailor lain tapi nampaknya dorang tak mau, takper la takat 2 3 pasang sorang tu ok lah, tapi kalau lambat-lambat sangat hantar confirm aku tak ambil..........Kalau dihitung tak de la banyak sangat, campur baju sendiri lebih kurang 30 pasang jugak aku nak kena jahit..... kalau boleh aku nak kasi siap sebelum tiba bulan Ramadhan. Seboleh-bolehnya aku nak cuba buat lebih banyak tarawih Ramadhan kali ini...Insya-Allah, semoga dipanjang kan umur dan diberi kesempatan lagi.

Ni kerja yang aku buat Sabtu hari tu. Siapkan jahit mata lalat leher baju mokde. Kali ni dia hantar banyak kain lining. Jenuh jugak, sampai cepat jemu bila nak menjahit.... Ni lah salah satu dugaan tukang jahit bila mud hilang disebabkan kain tu sendiri... Tak boleh oooo menjahit bila tak de mud, nanti sure baju tu tak menjadi....

Siap jahit matal lalat dileher, lekatkan piping pulak.....lepas siap piping terus cantum, so siap satu baju......
Disebabkan adik beradik aku dah siap shopping baju raya, maka aku pun nak lah jugak membeli-beli baju raya. Aku pun tak mo ler nanti, baju orang siap, baju aku tak siap-siap - ni biasa terjadi pada tukang-tukang jahit, jahit baju orang untuk raya, awak anak-beranak pakai baju lama...oh no!..it's was never happened to me, seboleh-bolehnya aku akan siapkan jugak baju-baju aku sebab priority is to me and famili........

Aku dah dapat 3 pasang baju untuk aku...tak per la aku masuk kat blog ni...ada kawan aku kata, basi la baju ko tu dah kasi orang tengok...tak per....ni baru kain, blom dok kat badan lagi...dah dok kat badan lain plak rupernya..... Tahun ni kasi tema earth colour la plak. Long dah pilih orange coklat, Uda gold coklat, so aku ambil earth coklat pulak. Adik tak tau - dia ni brutal sket, sarung je apa ada...no hal......aku beli kain sifon medium - yang tak terlalu lembut dan tak pulak keras....kena lining, kalo idak, ya ampun jarang sesangat.....waima lengan-lengan pon memang kena lining kalo tak, segan ler nak bawak gi masjid pagi-pagi raya tu.....
Lagi 2 pasang tu aku beli di Jakel Kuala Lumpur, cost RM125 sepasang but i was so lucky hari tu sebab masa aku tiba kat sana dorang tengah buat 30 min sales...memang gempak dan berebut-rebut orang sebab masa aku tiba tu tinggal 10 min je lagi....kain-kain yang cost RM88 sepasang diturunkan ke RM50 dan yang RM125 tu diturunkan ke RM80 sahaja dalam masa 30 min. Apa lagi, akupun rembat ler 2 pasang yang rege Rm125 tu...dah lumrahnya rg kita ni memang suka berebut-rebut sampai benda yang tak plan nak beli pun dah terbeli.... Mujur aku ambil 2 pasang je, kalau ikut hati mau aku rembat 3 4 pasang...isyyyy...nasib baik!!!....

Bright colour, oren gituuu!!!.... I like!!!...
Sebelum tu.......Sabtu lepas menjahit, break pulak buat nasi ayam kuning, permintaan anak-anak....lagipun barang seme ada di rumah, dan menu paling mudah, so apa lagi, layan nasi ayam ler kita..........
Sedapnya menjamu selera.....
Bawah ni muka boring qeila snap gambar sendiri, dia ajak ibunya berjalan ke alamanda, tapi ibunya tersangat lah malas.....so dengan seronoknya dia snap gambar dia sendiri, dekat 20 shots tu.. mcam tu aje rupernya.......



Jul 29, 2008

Selasa - 29 Julai 2008


Aku puasa hari ni.. hari kedua dah untuk minggu ni. Melepek betul aku rasa hari ni, dengan cuaca yang panas....hmmmm... tapi hari ni hari last untuk aku ganti puasa, lepas hari ni lega rasanya... Bukan senang nak bayar hutang puasa ni. Lebih-lebih lagi maghrib cam lambat je, pukul 7.30 baru bunyi azan. Dengan keadaan sekeliling yang makan, ketar la gigi nak menghabiskan puasa ni... Whatever, tamat je hari ni selamat ler sudah aku melunaskan semua hutang-hutang puasa aku. Kome cam ner?....
Minggu lepas sempat jugak aku menyiapkan baju kawan aku. Baju moden pendek, ala-ala blaus la. Ekceli aku memang malas nak jahit baju selain baju kurung, bukan apa, nanti tak kena, aku cukup malas nak buat alterations....aku memang tak minat kerja-kerja meng'oter' ni. Tp disebabkan kawan aku ni insist nak jugak, aku buat kan jer la. Dan aku suka sangat sebab dia pun suka kat baju yang aku buat tu... Siap jahit manik lagi... Tengok ler kat bawah ni...
Sejak 2 menjak ni dan akan datang seterusnya, kalau kome masuk blog aku ni, kome mesti akan baca citer-citer menjahit aku je, maklum ler dah dekat-dekat nak raya ni, aku memang sibok sangat menjahit. Aku nak kejarkan cepat-cepat sebab bila time puasa je aku dah siap menjahit baju-baju orang, tinggal baju-baju keluarga aku je nanti. Aku ingat nak tukar langsir tahun ni, nanti nak kena jahit langsir ler pulak.


Hijau bebenor ye tak baju dia ni...ada macam baju PAS kan..he he he...jgan marah ek!..


Close up!!!.......

Jul 18, 2008

Turn The Hobby To Money....

Biasa la..dah masuk bulan Rejab ni, time sibuk aku bermula la balik. Dua minggu sudah, mokde dah siap-siap hantar sebeban baju dia untuk raya. Mulanya aku malas nak menjahit dah tahun ni, tapi dia macam merajuk je, siap kata tahun ni dia malas nak berbaju raya sebab aku tak mau jahit baju dia. Kesian la pulak, ok la mokde, takpe la, tahun ni aku jahit jugak la baju awak. Tu yang dia hantar sampai 15 pasang tu...kain lining je 7 pasang...... mak aiii, betul2 punya nak raya nih............... since aku je tailor yang sedap dia pakai, dengan aku je la dia berani hantar banyak-banyak gini.... dekat2 nak raya sok baru aku hantar ke dia. Aku bukannya apa, aku ni ikut mood, kalo mood baik siap cepat la baju2 tu, bila berjumpa mood tak baik tu yang payah sket. Tapi aku suka menjahit sebab menjahit ni hobi no. 1 aku sejak bertahun-tahun lamanya. Yang membuatkan aku lebih suka ialah bila aku boleh tukar hobi aku ni to making money. Lebih-lebih lagi aku dapat galakan yang baik dari emak dan suami. Kalau ikutkan aku ni memang takde langsung asas menjahit ni. Aku sekadar tengok emak je menjahit. oh ye!, mak aku dulu full time tailor - kiranya mak dulu home maker la.....Hari-hari aku tengok mak menjahit, menimbun-nimbun sekali mak potong baju. Mungkin sebab minat dan terang hati, dengan tengok macam tu je aku dah boleh tangkap macam mana nak potong kain tu jadi baju... well, sekarang ni aku pun dah jadi part time tailor. Memang dulu aku ada niat nak buat full time tailoring tapi aku dah biasa keluar bekerja dan makan gaji + aku blom ada self confidence yang tinggi, rasanya part time ni pon dah cukup buat aku seronok. Aku pun tak ambil dalam kuantiti yang banyak, cukup sekadar dari saudara terdekat dan kawan sekerja.


Kain dari mokde, aku keluarkan sebab esok (sabtu) aku nak operasi memotong baju. Ni kain dari dia je, blom campur baju raya aku and famili lagi + kawan-kawan aku yang dah booking tu..... Cadangnya ahad ni aku nak pergi beli baju raya untuk anak-anak dan suami. Baju melayu suami dan anak aku pon aku buat sendiri je...Banyak jimat kalau kita pandai menjahit ni... kira je la kalau nak upah dah berapa, upah menjahit bukan murah sekarang ni...... Untuk raya ni, awal-awal buat takper, bulan puasa nanti boleh releks je!!!....
Ni baju kawan office. 3 pasang yang siap dipotong, ready untuk hantar kedai jahit tepi.

Final touch-up, baju mokde jugak, janji dgn dia weekend ni nak kena siapkan... nak collect dah....wahhhh!!!...banyak tol assignment aku weekend ni...terlarat ke??????......

Aku ingat nak buat siri memotong kain untuk dibuat baju kurung kanak-kanak. Kalau korang minat, rajin-rajin la jengah kat sini. Nanti aku buat part by part.... Ok till meet you again.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...