Jun 10, 2009

Wedding

Adehhh dehhh....sakitnya hati bila time nak upload gambar-gambar ni. Semua ni lah yang melambatkan proses entry aku. Tak tau ler sebab apa?...server yang slow ke atau PC ni memang nak kong...tak mampu nak kerja kuat-kuat dah... But wait! wait!...no komplen-komplen ha!..all this while aku memang menggunakan rete opis ni for my personal use. Bukan apa, since aku ni start keje 15 tahun dulu, sememang nya kerja aku very light work (seldom busy - if have adhock work la!!!) ...Ye r..PA, what do you expect mehh?...Keje pon assist bos, and bos plak, all the time in the meeting, day to day + outstation....so most of the time, goyang kaki mehhh!!!...unless you keje bursa saham ke?..padan ler sebok....So meanwhile, apa aku nak buat??...dari keluar dari sarang and gossipping here and there, might as well i stay at my place and surfing and blogging and bla bla bla......heheheh...salah etika ke?....And yet, bos aku pon tak kisah aku nak surfing or blogging as long as don't leave my place unentertain...welll, dah dapat lampu hijau, ok ler kan I'm blogging during my work time rather than I mengular tak tentu arah.......as long as i'm here and ensure my works all done....Agree?????.....

Jadi nyer, moh tengoh gambor...sket je la..gambor ni masa gi wedding sepupu mak. Kitaorang rombongan lelaki dari Bentong ke Janda Baik. Lebih kurang 20 min perjalanan. Aku terlupa plak nak ambil gambar pengantin. Sebab beria-ria ambil gambar sesi bertemu sedara. Tu pun tak banyak boleh upload. Kalau tunggu seme upload mau aku jadi mereng sebab memanjang kuar "Internet Explore cannot display the webpage". So apa yang ada je la.......
Emak dan adik serta sepupunya......

left pic: Mak and Maklong Senah right pic: Mak and OP

me and long and sebelah tu with hubby kat rumah mak pengantin lelaki...

Sebahagian dari rombongan kitaorang...


Muka-muka lapar yang tunggu nak makan tengahari....

Dah sampai Janda Baik ni, rugi ler plak tak singgah ke Pulau Santap...mandi-mandi sungai, sejuk sangat...aku tak mandi sebab dengan baju kurung nyer...tak plan pon nak pergi..kalo plan, macam-macam bawak ler...


Jun 3, 2009

Cuti Sekolah Bermula Part 3: Jom Tengok Gajah....

Dah lama sebenarnya nak pergi tengok gajah di Kuala Gandah ni. Tempat untuk menjinakkan gajah. Ni semuanya last minute punya plan. Dah pukul 3 petang baru keluar rumah. Perjalanan dari Bentong lebih kurang 1 jam. Sampai Kuala Gandah tepat jam 4 petang. Gajah semua dah berikat. Pukul 2.00 hingga pukul 3.30 petang ada show bersama gajah-gajah di situ, tapi ini tak sure hanya weekends sahaja atau weekdays pon ada (kena call tanya). Antara aktiviti-aktiviti nya ialah 'Gajah Rides', mandi bersama gajah dan ada a few aktiviti lah. Ini seperti yang diberitahu oleh kaunter disitu. So, sapa nak join show, kena call dulu sebab hanya 120 orang pengunjung sahaja dibenarkan berada pada setiap show.. Lebih-lebih tak boleh sebab takut gajah naik minyak...tu aku lah yang kata....


Kitaorang sampai-sampai je, gajah dah siap mandi, dah hensem dah. Dah berikat, mungkin tunggu waktu nak tidor...hehehe...kitaorang dah terlambat...dah terlepas show ngan gajah-gajah tu.... Bersih je tempat ni...ada 6 ekor gajah yang berikat, rehat time.....1 kaki je berikat...tali pun halus je, cuak jugak...buatnya, dia nak merayau-rayau ke!!!...aku ni semuanya cuak.... Right pic tu, ada ala-ala pondok untuk rehat gitu, boleh la buat berkelah-kelah...ada lebih kurang dalam 5 6 pondok ada disitu...sebelah nya ada sungai yang digunakan untuk mandikan gajah...nt lah next time pergi awal sket..
Berdepan je...gajah tu main sembur-sembur serbuk tebu yang dorang makan....nakal jugak ek!!!... babap kang!!!!.....


Ada 2 ekor gajah besar dan macam gajah tua je, dok luar dari kawasan....2 ekor ni tak berikat, tak tanya plak penjaga kat situ, kenapa dia di isolated jauh 2 ekor ke dalam hutan.... mungkin dia liar kot, atau yang dah dijinakkan atau dia dah tua, atau ada penyakit...dan bermacam-macam lagi lah.... right pic..adib dan aqel....suka dorang dapat tengok giant animal ni dari jarak dekat...
Mak dan makngah berehat di pondok yang disediakan...

left pic : Our group...
right pic : adik and family
Tak puas pergi sebab tak dapat tengok show...next time nak pergi lagi...taman ni dalam kawasan kampung orang asli... ada sungai dan anak-anak orang asli seronok bermandi-manda sambil berbogel walau umur dah macam 12 tahun gitu...x amek pics nya.......lupasssss.....
Ni alamat Taman Gajah Kuala Gandah, sapa-sapa yang minat boleh ler pergi, aku dok Pahang pon aku tak tau bila tempat ni dibuka untuk orang ramai. Masuk percuma.... 2 km dari sini ada Taman Rusa. Ada entrance fee. Tapi tak sempat nak pergi sebab tutup pukul 5 petang. Next time ler........ Kalau nak ke Lanchang, follow LPT, keluar exit Lanchang dan heading Kuala Gandah....All the way memang ada signboard. Senang dan takkan sesat.....

Jun 2, 2009

Cuti Sekolah Bermula Part 2 : Naik Cable Car

Kami memilih naik cable car ke Genting...saja nak bagi budak-budak ni rasa how does it feel?...thrill kan...ekceli, aku ajak long and famili sekali ke Genting, guna skyway....dengar je skyway, long terus tak mau ikut...tergelak pulak aku, dia kata sampai bila-bila pun dia tak akan naik cable car tu....dia memang gayat....tak pe la, dah dia takut..nak buat macam mana

Aku pun takut jugak, tapi relax la....aqel pulak tetiba je keluarkan boombastic statement, "ibu agak-agak tali dia ni putus tak???"...arkkkk...apa nak jawab???.....kalo putus, we die lorrrr.....


View from inside the gondola.......


Senyum kecuakkan..hehehehehhe

Qeila ketakutan...dia peluk ayah kuat-kuat sebab takut jatuh...

So, macam mana?..tak nak cuba, hala turun sikit cuak, sebab dari tinggi ke rendah...ooohhh...so scaryyyy.....naik skyway, RM40 per famili...RM10 per head.....
Moh ler cuba......

Cuti Sekolah Bermula Part 1 : Kota Keriangan Genting Highlands

Cuti sekolah dah mula, apa lagi..jom jalan-jalan...this time pergi Genting Highland. Destinasi dekat je sebab baru awal cuti, lagipun on the way nak balik Bentong, naik Genting sat. Ingat nak naik kejap je, tapi bila dah sampai sana, biasalah kan!!!....yang kejap jadi lama....

Baru tiba, cuaca panas, Genting pun dah tak sejuk like those were the days......cuaca time tu adalah dalam 17 - 19 C...lebih kurang la.....

Mulanya, sampai di First World Indoor Theme Park, ingatkan nak bagi budak-budak ni je main tapi tengok permainan semua RM8 per ride, kalau kali dua kanak-kanak, dah RM16...tu baru 1 permainan. So bila pikir-pikir balik, lebih menguntungkan kalau beli package all rides, baru RM28 for children and RM30 for adult. Dan ada family package of RM109.00 (2A 2C). So senang cerita beli yang ini, boleh main apa sahaja. Tu yang jadi lama kat atas tu......Abang yang mula malas nak naik apa-apa pun, terpaksa ikut gelagat budak-budak tu, dah bayarkan, rugi la kalau tak main......All indoor theme park tu semua mesra kanak-kanak, so tak de apa yang membimbangkan sangat.....



Yang ni paling thrill kat situ, Euro Express.... Lama dah wo!, aku tak naik benda-benda yang thrill ni, cuak jugak rasa, tapi dorang ni relax je!...akak takut ler....nasib baik tak diserang sakit jantung... gambar ni diambil oleh camera yang memang dah on standby kat situ...pas tu dia jual ler kat sapa yang nak, sekeping RM12...memang buat duit betol!!!......


Dalam monorail, bawak pusing-pusing to see all the theme park, indoor and outdoor, wish to come again for the outdoor theme park, look more thrill tp not children friendly...tapi to enjoy the outdoor, kena stay 1 night kat Genting, baru betul-betul enjoy....all fun games ada di situ.....

Reindeer Cruiser


Di dalam Ferris Wheel.....slow je yang ni....


Antara outdoor games yang ada, yang outdoor nya nampak lagi thrill dan menakutkan, kurang sesuai untuk kanak-kanak..... tapi next time, nak masuk sini dan main semua games yang ganaz2 tu.......
Sebelum tu....

Isi gas dulu di Taman Warisan Pertanian Presint 16. Best jugak nasi lemak kat sini.....Dah kenyang baru berjalan......

May 28, 2009

Terkenang Dolu-dolu

School holiday just in the corner, maka ramai ler umat manusia yang menamatkan zaman bujang. Maka banyak jugak lah jemputan kahwin yang nak dipenuhi kan... Macam kitaorang jugak, pilih cuti sekolah...pejam celik, pejam celik, dah 10 tahun... ehhh kejapkan waktu berlalu. Kalau 10 tahun tu dah dapat jubli apa ek?...jubli gangsa....ke belum layak lagi..... heheheh... well, teringat saat-saat manis ni, saat naik pelamin. Aku gerenti, bagi semua orang inilah antara saat-saat paling manis dalam hidup, yang akan menjadi kenangan for the rest of our life.... Well, selama 10 tahun mengharungi hidup bersama yang penuh dengan kasih sayang, suka duka, pahit manis, saat-saat gembira, saat-saat getir, malah pernah juga berada di saat yang sangat-sangat genting...(tak payah cerita) namun syukur kepada Allah, jodoh itu kekal hingga kini....Semoga segala yang ditempuhi lebih mematangkan dan mengeratkan lagi kasih sayang kita....



Once upon a time........so sweet..




hhhmmmmmm........
HEPPY 10TH ANNIVERSARY TO US........memory in hearts....
29-30 Mei 1999

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...