Mar 1, 2010

Cuti Maulidur Rasul

Cuti Maulud Nabi baru ni, balik Bentong aje. Adik beradik semua ada kecuali suami aku ler, sebab dia kerja. Kerja dia tu tak kira public holiday ke apa ke, semuanya kerja kecuali Ahad aje off. Malas benor nak menaip, moh tgk gambor ler, sambil berceriter k....
Sabtu tengahari, adik aku ni a.k.a ayah teh kat bebudak ni rajin benor buat giler, melayan bebudak ni mandi kat luar rumah sambil memancut-mancut kan air. Memang sesekali buat giler ruper ni memang syok r jugak...buat sliding bagai..memang SEHWELLLL!!!..
Belah petangnya, kawan aku yang dah lama tak berjumpa, ada ler dekat belas2 tahun datang singgah di rumah mak. Punya lah syok, borak-borak sakan. Maklum ler lama bebenor tak berjumpa. Mati kutu ler kejap laki dia, tpi baik la laki dia, relex je, kitaorang borak mmg tak ingat sesapa dah. Oh ye!..namanya Kuda, ha, tu ler nick name dia masa sekolah2 dulu. Nama penuhnya Norhaslina Mohd Yusof, tpi seronok dengan panggilan kuda tu. Call Aida, terus member datang join, maklum ler lama x berjumpa kan!!...Aku sempat amek gambar sekeping ni aje. Ni ler kawan aku yang betul2 baik dari time sekolah dulu...hmmm.bes nya kalo boleh balik ke zaman sekolah2 dulu kan!!!!...
Ahad pagi, tetiba aje plan nak berkelah. Kalau plan sokmo tak menjadi, so this time takde plan-plannya. Dan biasa r, kalau tak plan adalah itu tinggal ini x de..macam-macam la......Anyway, dah lama tak berkelah, seronok lah, especially bebudak tu....

Sampai-sampai terus soruu dolu...

Macam kat tepi pantai pulak, tapi bes r mandi sungai, sejuk yang amat. Dengan cuaca panas berdengit....kena sejuk memang nyaman sekali.

Coli bikini budak ini dah tanggai...kelakar tol, terketar-ketar si qaseh kesejukan

terus bermain dengan gayanya yang seksi, ni pun berapa kali ntah tersembam atas batu-batu nan licin tuh...kalo salah step memang boleh membunuh...bahaya! bahaya!...
Berjemur jap, sebab kesejukan

Penat mandi-manda makan lagi...urrrgghhhh...berapa kali makan daaa.....

Bergambar sebelum meninggalkan Air Terjun Chamang

Pose to kill....

Cantik air terjun tp AWAS sangat bahaya tau!!!!


Sesat plak gambar ni kat sini.....ok ler tu...malas nak delete
Info sket Air Terjun Chamang, Bentong.
Dekat aje dengan rumah aku lebih kurang 8km. Dan rumah aku plak 1 km dari Bandar Bentong. So sesapa nak ke sana, bila sampai ke Bandar Bentong, ada signboard ke Air Terjun Chamang, masuk simpang tu pas tu terus aje x de simpang2 dah....
Ada plak kem PLKN kat situ, baru aje wujud kem tu, adalah 3 4 tahun ni....jalan agak sempit, so pada sesiapa yang kali pertama sampai, hati-hati dan sentiasa bunyikan hon bila ada corner.
Sampai di Air Terjun, hati-hatinya sebab banyak sangat tempat yang bahaya.... tapi masih banyak spot yang selamat yang sesuai untuk kanak-kanak...apapun jaga keluarga anda ok.....

Feb 22, 2010

Balik KB, Ayah Kembali ke Rahmatullah

Jumaat 12/2/2010, hari yang sepatutnya aku packing untuk pergi bercuti ke Kuantan bersama adik-beradik aku. Plan kami untuk pergi ke Bukit Gambang Resort City. Punyalah anak-anak tidak sabar nak bercuti ke sana. Tapi kadang-kadang sesuatu yang datang tu tak pernah kita tahu, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.`Lebih kurang jam 3.30 petang, kami dapat panggilan dari kampung mengatakan ayah (mertua) sakit tenat. Maka bergegas lah kami balik KB petang itu jugak.. Dah la jalan jem giler, org KL berpusu-pusu keluar dari KL ni. Cuti panjang beb!. CNY. Sampai KB lebih kurang pukul 4.30 pagi, terus ke hospital nak tengok keadaan ayah. Ayah tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Doktor pun mengatakan ayah sedang tenat dan minta kami semua tidak tinggal jauh darinya. Alhamdullillah, semua anak-anaknya (adik beradik abang) balik untuk melihat ayahnda tercinta meskipun ada juga konflik adik beradik yang timbul. Aku pun malas nak masuk campur sangat hal dorang ni adik beradik. Ada aje yang tak kena, org ni nanti iri hati kat orang ni dan macam tu la seterusnya. Malam minggu tu abang meluangkan masa menemani ayah sepanjang malam dan tukar giliran dgn adik beradik yang lain. Doktor mengesahkan ayah mengalami acute eschamic stroke and uncontrolled DM. Bagi aku ayah mertua aku tu sedang sakit tua, dah 80 tahun. Menurut kata ipar2 aku itu dalam IC. Kalau ikut cerita ayah sendiri umurnya 10 tahun lebih tua dari yang tertera di Mykad nya. Maknanya ketika ini, beliau berumur 90 tahun.Orang zaman dulu, dah besar2 baru nak pergi daftarkan!..standard zaman dulu. Kurang kemudahan.

Ayah ketika di wad.

anak-anak sedara. sempat bergambar dalam lif. sarat dengan anak-beranak kitaorang aje.
Well, Isnin tu, walaupun berat hati, kami terpaksa balik sebab abang kena kerja pada Selasa 16/2 tu. Aku dan budak2 masih lagi bercuti. Aku turut aje...kalau lah itu abah aku, aku sure tak bergerak lagi. Yelah, kita tak tahu kan apa yang akan terjadi nanti walau kata akal menunjukkan ayah tak mungkin bertahan lama. Tapi sekiranya lama, kitaorang terpaksan juga balik untuk teruskan komitmen kami. Itu kata akal, kata Allah tiada siapa yang tahu kan!!..
Singgah Bentong rumah mak dah lewat malam. Terasa sangat penat. Bila celik mata pagi Selasa tu, abang rasa penat sangat nak pergi kerja, so off hari tu, igt nak balik Putrajaya tapi jalan mak aii, very the jem. Ye la, esok kebanyakan orang akan memulakan kerja termasuk la aku. Disebabkan keadaan jalan yang tiada tanda2 nak kurang jem nya, so pk2 baik gerak pagi2 subuh esok.
As early as 4.30 kitaorg gerak balik Putrajaya. sampai lebih kurang 6.00 pagi. Rumah ku mak aiii, bersepahnya macam tongkang pecah. tak berkemas, maklum la ditinggalkan dalam keadaan emergency. Pon begitu, aku sangat tak larat nak berkemas pagi2 buta tu, so aku pk balik keje nanti lah baru aku setelkan semua kain2 baju dan kemas segalanya. So off to work, budak2 masih lagi cuti, esok baru sekolah. Tapikan lebih kurang kol 12tengahari, Rabu 17/2, abang call, mengatakan Ayah telah kembali ke Rahmatullah. Alamak!!!...leteh blom abeh lagi, kena balik lagi pulak. Mula-mula abang nak balik sorang2 naik flite tp tiket pukul 6.25 petang. Maka kami pun putuskan balik la drive. Memang tak sempat nak tengok jenazah arwah ayah. Ye la, takkan nak tunggu ktorang kan, perjalanan aje dah 8 jam. Lepas Asar arwah dikebumikan. Memang tak sempat nak berjumpa dengannya, mujur 2 hari lepas dapat jugak bertemu dan kami dapat mengucup dahinya. Ini lah ketentuan. Kami redha dengan pemergiannya walau pun sangat sedih kehilangan orang tersayang...

Kami hanya pergi ke kubur keesokan hari. Kebetulan ada ustaz yang sudi membawakan bacaan yassin dan doa di sana.

Ketika tiba di KB, majlis tahlil sedang diadakan. Jamuan roti cecah teh aje, maklumlah baru aje kehilangan takkan nak berjamu beria bagai kan!....2nd day tahlil jamu mi goreng. 3rd tahlil, masing2 dah buat 'taik' sket. Orang ni harap kan orang ni, vice versa. Aku pon tak paham la adik beradik dorang ni. Patut-patutnya, baru kematian orang paling dekat bapak dorang sendiri, sepatutnya dalam mud berkabung tu dorang sepatutnya berada di rumah arwah menemani mak dorang, duduk ramai-ramai, mengaji, baca yassin tak henti. Anak cucu punya lah ramai. Tapi masing2 pakat buat hal masing-masing. Lengang aje rumah, dari malam arwah masuk liang lahad, lepas bertahlil, masing2 terus cabut balik rumah masing-masing. malam kedua pun begitu. Hari ketiga lebih teruk lagi bila dorang berancang nak buat jamuan makan nasi tapi sorang pun tak datang-datang nak memasak.

2nd day jamuan. Makan mi
Sepatutnya pagi-pagi dah pergi pasar membeli lauk pauk apa yang patut. Nak kenduri ni kan. Tapi masing2 buat derk aje. Bila laki aku call bagitau bila nak datang rumah mak ni nak masak2, boleh pulak orang ni kata orang tu yang buat, orang tu kata orang ni yang buat. Tak ke kecoh. Masa tu dah pukul 4.30 petang. Dah meninggi2 suara. Arwah baru aje meninggal, anak2 dah menujuk-nunjuk sangat hati yang tak bersatu. Patutnya kenduri ni pakatan adik beradik, bua sama-sama. Ini tidak, sorang buat yang lain pakat larikan diri. Tu pun ada hati nak buat makan 7 hari 7 malam. Isssyyyy...Rentikan ler....ilang nak dpt pahala, terus dapat dosa. Tapi aku nampak banyak sangat perbezaan antara keluarga aku dan keluarga abang. Memang sangat2 berbeza. Tak yah la citer r...tak reti nak mengatur bahasa..
Kami balik hari Sabtu 20/2 dari KB.. Tinggallah emak dorang dok sorang2 di rumah tu. Yang aku pelik takde sorang pun anak yang nak bawak mak dorang tinggal dengan dorang. Aku dah offer tp tak mungkin orang tua tu nak tinggal dengan aku di Putrajaya nun jauh dari kampung halamannya. Aku tak tahu apa masalah dorang adik beradik, banyak sangat konflik. Aku ni takat ipar aje, plak tu pangkat adik-adik aje. So dengar tengok aje la.....

Feb 8, 2010

Selamat Hari Jadi Ayah

Hari ni Aqel dan Qeila sangat teruja sebab nak menyambut hari lahir ayah dorang. Aku pun tumpang seronok sebab sepanjang hidup dorang inilah kali pertama anak-anak aku ini ada idea sendiri macam mana nak celebrate hari lahir ayah dorang. Walau pun benda yang sama tiap-tiap tahun tapi kali ini lain sebab Aqel dan Qeila yang beria-ria nak belikan ayah dorang kek. Bukan itu aje, malah anak-anak aku ni pun sanggup ambil sedikit duit tabung mereka untuk dikongsi membeli kek yang kecil tapi kiut ini untuk ayah mereka. Oh sungguh terharu!!...Keknya cuma 1/2 kg..American chocolate with choc toping. Infact Qeila siap minta 40 batang lilin nak dicucuk atas kek tu....Mak aii...leper lah kek tu ngan 40 batang lilin. Tapi salesgirl tu bagi 4 batang lilin yang besar sket...means 1 batang tu represent 10 tahun la....Ekceli ni bufday dia yang ke 44...tua dah laki aku...aku jugerkk!!!!...ahaks..






Ni dia kek yang dibeli oleh anak-anak ku untuk ayang mereka yang tersayang... Ikut dan aje dorang cucuk lilin tu.... Standby atas meja tunggu ayah dorang balik. Hmmmm tak sabar-sabar nampaknya dorang menunggu....


Sampai aje rumah, terus disuruh ayah tiup lilin. Tukar baju pon tak sempat lagi. Dorang yang lebih teruja nak meniup lilin tu...Siap dinyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"..hehehheheh....seronok.

Aqeila bagi ayah hadiah. Siap bungkus lagi....tpi kelakar sungguh hadiah yang Qeila beli. Senaskah majalah kanak-kanak "ASUH" keluaran Februari 2010. Itu yang dibeli untuk ayahnya. Ok ler tu...Katanya kat sekolah xde jual apa-apa, cuma majalah tu aje. Nasib dia tak beli 'pensel tekan' atau ruler ke.... hik hik...qeila! qeila!...

Anak manja ayah. Aqel tak sempat beli apa-apa cuma pembalut hadiah tanpa hadiah....tak mau diambil gambarnya...Malu sebab tanpa baju...



Aku plak, tak de hadiah untuk abang tahun ni. Belanja makan jen la ek. Lagipun nak bagi hadiah bukan kira time hari jadi ke, time raya ke....no hal punya kan...masuk buku dulu ek..nanti esok2 kita gi beli hadiah ok...Jo makan...

Aku order Domino's Pizza. Ok gak. Kat Putrajaya ni Domino's aje buat delivery. Pizza Hut cuma dining di restaurant aje.. No delivery...No hal la....Domino's pon ok jugak. Cuma Aqel tak berapa suka, katanya tak sedap. Best lagi Pizza!!!...hm mmm... watever lah.....

Feb 3, 2010

Bengang!!!!....

Hari ni 3/2 jam 5.07 minit petang, setibanya aku di sekolah, budak-budak ni terus hulurkan aku kertas. Kata dorang kelas tuisyen tahfiz dorang terpaksa dipindahkan ke tempat yang lain yang lebih kurang 10minit berkenderaan dari sekolah. Terus mood aku swing dan jadi sangat bengang. Aku baru aje daftar budak2 ni ke kelas tuisyen ni sebab pertamanya aku fikir aku penat berulang alik dari tempat kerja hari-hari nak ambil dorang dari sekolah dan balik rumah dan keduanya dari budak2 ni melangok tengok tv tanpa henti, ada jugak aktiviti berfaedah yang boleh dorang ni buat bilamana aku daftarkan dorang ke tuisyen tahfiz ni. Biar bayar mahal pon aku sanggup demi dua sebab ni tadi. Walaupun dekat je sekolah dengan tempat kerja aku tu tapi leteh oi hari-hari nak kena pergi mari, pergi mari....org nampak kerja nya mudah tp letih. Pulak tu, kalau dah keluar parking payah benar nak dapat balik. Tu lagi satu sebabnya. Dan2 aku call PIBG (di kertas tu tercatat no. PIBG kalau ada pertanyaan bercakap dengan En Zainuddin -[ Pengerusi PIBG kot ]). Dia bagitau ada lak mangkuk yang dengki beritahu ke Kementerian Pendidikan Malaysia yang kelas tuisyen tu tidak mendapat kelulusan dari KPM. Memang lah PIBG tidak membuat sebarang permohonan sebabnya ini dikira tuisyen dan ianya salah satu inisiatif PIBG bila KAFA pun tidak diluluskan. Nak buat KAFA, kerajaan perlu keluar duit untuk bayar gaji ustaz/ustazah. Murid masih tidak ramai jadi yuran tak dapat menampung gaji ustaz/ah. Jadinya PIBG buat ler inisiatif sendiri buat kelas agama tapi dibiayai oleh ibubapa. Pendaftaran aje RM180 sorang, bulanan RM100, deposit Nov - Dec RM200. Jubah RM58 sorang. Kira je la duit aku dah keluar untuk 2 orang. Aduhhh...rabak tau...tp demi anak-anak aku ikhlas kan aje hati aku ni. Yang penting diaorang berjaya dan aku tak akan dipersoalkan nanti kenapa kenapa kenapa??...Disamping tu jugak ianya untuk kesenangan diri aku. Aku tak perlu keluar dari pejabat waktu tengahari yang terik, ada masa lah sket nak bersosial dengan kawan-kawan, tak perlu nak berebut parking. Kira win-win situation la...anak2 dan aku sama-sama dapat benefitnya. Tapi bila perkara macam ni timbul aku jadi bengang sangat sebab menurut En Zainuddin tu tadi kononnya mangkuk yang komplen tu persoal kenapa budak-budak perempuan kena pakai jubah hitam, yang lelaki pakai jubah putih, ustazah pakai purdah...tutup atas bawah serba hitam....apa ke bodohnya lah dorang ni. Itu kelas tuisyen tahfiz lah, ustaz/ustazah yang datang tu dari Akademi Tahfiz..tempat orang x de buat benda lain melainkan mengaji dan menghafal AlQuran, lagipun pakaian dorang sopan apa?...kalau pakai tak semenggah tu x de pulak orang nak komplen ke apa ke?...Tensen lah gua...lebih2 tensen bila mengadu dengan laki aku boleh lak dia kata, tak pe lah, keluar aje lah tengahari hantar budak2 tu.....makkkk lagi berapiii beb!!!!!!....memang lah ndak x ndak, tanggungjawab aku nak pastikan anak2 aku selamat tapi kenapa mesti ada masalah macam ni?....tensen la.......

Jan 25, 2010

Sunday @ Zoo Negara

Minggu lepas kitaorng pergi zoo. Lepas pekena roti canai kat kedai mamak biasa, mulanya plan nak berjalan ke Shah Alam sambil beli barang dapur di Giant. Alih-alih dalam kereta, sapa ntah sound jom kita gi zoo, terus buat u-turn, patah balik ke Serdang, ikut jalan Mines ke Ampang. Nasib belum masuk tol Elite tu, buat u-turn pon juz before sampat ke toll gate tu. Sampai zoo lebih kurang pukul 10.40pagi. Cuaca pun sangat baik dan sangat-sangat nyaman. Bayarang masuk zoo, dewasa RM20, kanak2 RM6. Ni semua harga dengan Mykad ok a.k.a. warganegara Malaysia. Kalau korang takde mykad, kena bayar lebih ok.


Ni kolam berdepan dengan kandang gajah dan zirafah. Kebetulan kitaorang sampai-sampai je adalah time makan bangau-bangau ni. Meriah lah tempat tu dengan kawanan bangau...syok sangat. Dengan angin yang bertiup di bawah pepohonan. Redup sangat, terasa macam berada kat kampung halaman gitu...

Depan kolam ada tempat bersantai, tak reti nak cerita suasana masa ni. Seronoklah... Zoo pon dah beza sangat sebab bayar pon dah mahal kan, plak tu dia macam bersih sangat-sangat dan indah dari biasa. Tempat duduk pon dah banyak, one stop kiosk pon ada banyak.

Masih berposing dengan bangau-bangau. Qeila cuak jugak sebab bangau kat belakang terlompat sana terlompat sini. Besar-besar jugak. Ada yang sama saiz je dengan qeila.



Lagi.

Zirafah. Jangankan budak-budak, aku yang tua ni pon kagum tengok the real binatang. Cantik zirafah kat belakang tu. Tinggi jangan cerita la...


Tak tahu sejak bila sebab dah lama pun tak masuk zoo, tapi sekarang dah ada animal feed. Pihak zoo dah sediakan makanan dan orang ramai boleh membelinya untuk diberikan kepada binatang-binatang dalam zoo. Macam di tempat gajah ni. Disediakan tebu untuk diberi pada gajah-gajah yang ada. You can feed the animal yourself. Harga RM3. Tak pasti pulak RM3 untuk berapa kerat tebu. Taknak aku bagi makan gajah tu...takutt......



Ini Puma. Garang bro ni kehulur kehilir. Sesekali dijelingnya kitaorang. Ngeri beb sebab dia selaras je dengan kitaorang. Cuma pagar ni je yang memisahkan kitaorang ngah puma ni. Agak2 kalau dia dapat keluar apa akan jadi ak???


Ni antara benda baru kat zoo. Replika keluarga singa. Look nice kan.


Feed rusa dengan karot dan keledek. Rm3 satu plastik. Qeila seronok dapat feeding rusa-rusa ni. Aqel tengok dari jauh aje. Dia tu...memang penakut sket...


Ni pun benda yang baru dan fun yang ada dalam zoo. Akuarium. Macam-macam ikan sungai dan laut yang ada. Kenapa lah budak Aqel ni terngnga.

Apa nama ikan ni yek?
Inside the akuarium


beraninya qeila pegang ular tu...Ular Batik Malaysia...ntah apa ke nama nya hari tu, lupa lak. Kalau boleh dia nak ular tu belit kat tengkok dia macam dia biasa tengok, tapi ular tu berat gila beb...60kg.....


Sebelum balik, sempat lagi qeila berposing dengan poney yang berada di main entrance.

Seronok jugak bercuti unplanned ni. Macam perfect gitu, feelling pon so gud... tapi jarang dapat buat macam ni, terlintas aje terus pergi. Lepas ni nak berjalan kemana pulak ye?.. Anyway we really had fun di Zoo Negara.
~Adios~

Jan 17, 2010

Hallluuuuuu....

Lama dah tak masuk blog aku ni. Bukan takde masa tapi macam malas je gitu. Banyak perkara yang berlaku 2 3 minggu di tahun 2010 ni tapi malas benar nak menulis. Pagi tadi dah siap satu karangan aku kat sini, tup tup internet connection terputus. Tak tahu lah kenapa. Mungkin suis dia terlonggar, bila tersentuh terus disconnect. Hangin lah jugak sebab punya lah lama tak menulis, bila sesekali idea ada menulis punya lah panjang, tetiba terpadam semuanya, punya lah sakit hati. Pulak tu, sepatutnya blog ni autosave tapi yang peliknya, tidak disave pulak apa yang aku dah tulis. Betul-betul mematikan mud aku, terus tutup notebook and layan TV, dari Melodi TV3, terus ke Hindi di Zee108, sambung pulak kat B4u 134. Memang panas ler TV tu.. La ni ada mud balik nak tulis-tulis.

Masa Melodi tadi aku ada nampak muka Linda Onn masa dorang cover cerita mamat poyo Alim Semang tu...ntah apa-apa minah sorang tu, dia kata dia ketinggalan masa kat Sinar sampai dia buat statement, tak pernah dengar lagu Aizat-Kau Pergi ngan lagu Yuna - Dan Sebenarnya. Kononnya, masa AJL tu lah kali pertama dia dengar kedua-dua lagu tersebut. Piirraahh.....Poyo tol!!!...Kalau lagu Aizat tu aku memang akui lah, lagu tu memang jarang dengar. Infact aku pun kali pertama jugak dengar masa di AJL baru ni, tapi lagu Yuna tu rasanya dah lama dan aku pernah dengar lagu tu di SinarFM. Kalau gitu lah memang dia ni tak peka lah, cakap je bagus.... Tu lah yang aku rasa kat minah sorang ni, dah memangnya dari mula dia tak minat join SinarFM tu, ye lah kat Sinar tu kan ke orang retro je..lagu pon retro...dia nak org nampak dia muda aje, nak ranggi...tak main ler rock-rock kapak ni kan!!!....Pirrahh mabuk....gitu ler tanggapan aku pada cik Linda tu...aku bukan kenal dia pun, tapi statement dia tu buat telinga aku geli..hehehhe...lantak kau la.... tapi dalam melodi tadi ada cam sebut Suria bayar dia RM25,000 sebulan...Wehhh kira banyak jugakkan gaji jd DJ ni ek...wooisssshhhh...rezeki orang...

Sebut pasal rezeki, syukur Alhamdullilah, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah diupgradekan ke skim PPT Setiausaha Pejabat N27. Alhamdullillah, akhirnya dapat jugak pengiktirafan dari JPA. Memang patutpun PA dapat gred N27 ni sebab kitaorang pun ada diploma tak kiralah dip tu kami dapat setelah 2 tahun atauu 3 tahun belajar. Yang penting memang kitaorang layak. Dan sesapa yang dengki @ cemburu pasal PA yang kerja senang dapat gaji yang lebih. Nasiblah kan, Diploma Kesetiausahaan ni dari belajar sampai kerja memang mudah je.....so memang tak rugi aku belajar course ni dan kerja bidang ini.....Di swasta PA ni memang post yang grand, aleh-aleh di gov PA sama gred je dengan kerani..hu hu...... tapi lepas pengiktirafan ni, harap-harap akan ada perubahan...Itu aje le...ikutkan banyak lagi nak mengulas ni tapi cukup-cukup lah sambung len kali ok!!!...

Jan 1, 2010

Tahun Baru 2010

Berada di tahun baru dah kita ye!...Level Up!!!!....maknanya korang dan aku dah bertambah tua!... amacam azam tahun sudaih..tercapai ke?...aku pun dah lupa apa azam aku tahun lalu. Aku jarang berazam..heheheh...pecah rahsia. Kalau ada pun, aku selalu berazam nak jadi manusia yang lebih baik dari semalam, lebih berfikiran positif dan menjaga kesihatan dengan baik. Ya la am approaching 40 in another couple of years. So, have to more appreciate my health, my sweet time in life and watever ever.... walau pun penutup 2009 baru kurang menarik untuk keluarga aku tapi Insya-Allah, kami muhasabahkan diri dan mendekatkan diri kami denganNya lebih banyak lagi....

Malam tadi tidak lah plan nak gi countdown ke mana-mana..Plan asalnya nak pergi buat urutan kaki setelah direkomen oleh kawan sekerja dekat Downtown Cheras yang dikendalikan oleh beberapa orang buta. Tu yang lepas sampai ke sana. Tiba di sana pun dah agak lewat malam , dah de kat 11 malam(tapi kira awal lah tiba di tempat itu sebab katanya downtown dibuka pukul 10 malam). Sampai terus buat urut kaki, murah sket la nak banding kat Putraja ya ni. Caj cuma RM20 untuk setengah jam. Memang sakit sikit lah sebab kali pertama cuba, tapi bila dah selesai rasa ringan sangat kaki. Memang ada beza. Memang bagus buat urutan ni untuk melancarkan peredaran darah. Takde gambar la, dah selesai baru teringat nak bergambar, hi hi....

So, juz pics tale je la ek...gambar ni terbalik l pulak.....boley. je la kay.....

Supper time. Lepas habis tengok bunga api.. Kitaorang jarang supper sebab jarang tidur lewat....
Berderet gerai menjual steamboat......the taste no bad!!!....x ambil banyak sebab dah kenyang lagipun dah lewat malam...almost 1 am...

mmmm...nyum..nyum...dia x yah kira lah...lapar sokmo....padahal chic chops sepinggan dah dumb dalam tangki dia.....issyyy...nak besar mana lah anak aku ni esok.....control makan kang merajuk......camner tu???

makan memang bes....



gelap gambar...dorang tengah pasang bunga
api...

bunga api....merasa jugak budak2 tu countdown...tak pernah lagi bawak dorang
sambut nu yer di mana-mana. ini pun kebetulan jugak....

downtown cheras....selesa jalan2 disini...


muka budak merajuk sebab x dapat mainan...sekolah nak buka, tak habis-habis nak mainan...

Our dinner just before depart to downtown to our urut kaki session....

having our dinner at Chops & Steak, Sri Serdang.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...