Oct 31, 2011

?

Published with Blogger-droid v2.0

Oct 22, 2011

from my new gadget

Assalammualaikum. Punya lah payah nk menggodek blog ni dr hp. Berpuluh kali try bru menjadi. Ekceli akak tukar hp bru. Ala yg murah2 je dek non! Tp yg bes akak blh mmblog sambil baring2, smbil dgr KSU membebel ms perhimpunan bululanan. Waima ms tgh dlm jamban pon bley dik oiii..... Adakah ahkak akan bertambah rajin lepas ni o camne, kt tgu sje la nr ek.

Hari ni cuti dewali, x kemana2 la. Laki keje. Nk blk kg mgu dpn dah nk blk lagi. Kan ke raya haji minggu depan je kan?. Tgu mgu depan aje la. Plan asal raya haji ni nak blk KB. Tp kita merancang, tuhan yg menentukn. 2 minggu lepas, 13hb/20 ibu mertua telah kembali ke rahmatullah. Hanya selepas beberapa bulan aje selepas kematian anknya. Kakak ipar akak la. Kelam kabut sangat rsnya mssa tu. Mlm ms dpt panggilan arwah sdg tenat, ktorg berada d wad kecemasan sbb aqeila d serang cirit birit sampai kelurangan air dlm bdn dan darah dah kena jangkitan kman. Qeila d tahan d wad mlm tu jugak (12/10). Maka x dpt blk kg mlm tu.

Pg2 lbh kurang pukul 7.30 dot panggilanmek telah pergi meninggalkan semua untuk selama-lamanya. Terpaksalah abang blk sorang nail flite. Akak tak dpt la blk menemankan qila.

Begitu lah ceritanya. Nk blk kg pun dah takde benda yg menarik bila dua2 orang tua da tiada. Blk jumpa adik beradik tunggu lah ada occasion nikah kawen ke nanti.

Penat gk weh menaip guna fon ni. Len kali citer lg la ek. Tata!.

Sep 20, 2011

Amboi!!!....sapa tu???


Assalammualaikum...




Ce tengok gambo saper tu?.... heheh....
Lama dah gambar ni...back in 1974, Disember.

tu ler akak, noks...hheheh.....
yang bayi kecik tu. masa ni umur akak baru 1 tahun lebih sket noks. sebelah tu kaklong akak. Comel kan???...... lagi tu mak dan abah yang masih muda belia.
hensem ko abah aku masa muda....

mak kata umur dia time ni baru 24 tahun dah anak 2 owang..... ko ada????
hahaahha.....kalau akak confirm r takde. akak kawen umur 25 noks......

gambar ni dirembat dari simpanan opah aku kat kampung Sungkai Perak. masa balik raya baru ni. aku main songlap aje. Seronok giler sebab dapat jugak tengok muka aku masa bayi-bayi. Innocent giler muka aku ngan kakak aku ek.... mak kata kitaorang masa kecik-kecik dulu baik-baik aje. tak macam anak-anak korang. seme degil2 belaka. ye la mak. zaman kitaorang dulu gambar pon itam puteh. mana nak sama ngan zaman anak2 ktorang dah zaman ipad ntah kejadah tablet semenya ado......hahhaa...

apa-apa pon aku ucap terima kasih le pada yang sudi baca blog aku yg ntah apa-apa ni. tepuk tok diri sendiri k. Bila earning nuffnang dah bertambah, terharu plak rasa. ada gak pembaca blog aku ni ek......very 10Q la ye!!!...Luv u all....hehehehe.....


Sep 9, 2011

Syawal datang lagi....

Asalammualaikum.

ha ha. hehe. hoho. hari ni dah 11 raya kome. aku baru tergedik-gedik nak masuk N3 raya. kalau ikutkan rasa malas memang tahap gaban. tapi bila pk-pk, nanti takde pulak kenangan raya. tu digagah-gagahkan jugak lah buat N3 ni. lagipun kena banyak berbanyak sabor ler nak buat N3. baik kat umah @ kat tpt keje ke server lembap bebenor. Aku ni pantang sungguh benda2 yang lembap-lembap ni. geram nak menghumbannyer je.

raya tahun ni tak tahu ler apa yang tak kena. tak berapa nak happening. dahlah bulan puasa berlalu sepantas kilat. tak sedar dah penghujung. rasa macam tak dan nak nak setel semua benda. raya pun gitu. macam tetiba aje udah sampai. cuti kemain lagi panjang. 12 hari tu. berkumpul adik beradik sedara mare cam biasa. tapi tak tahu ler ngaper cam x happening aje.

takat raya hari pertama je. petangnya cam biasa berkonvoi ke kampung abah jumpa opah kat Sungkai. tenghari ry ke2 balik bentong semula. singgah rumah sedara abah di behrang. ry ketiga dah dok umah aje. layan sakit tekak sebab tonsil bengkak. panas kot. pas tu sakit belakang sampai ke kaki. apa lagi melengkor je la kat atas katil. Adik beradik seme dah ke umah mertua memasing. ha! tu ler untung kawen ngan orang dekat-dekat. boleh pagi sini petang sana. bukan cam aku ni punya lah jauh. habis sehari waktu perjalanan. encik suami ni tak mo balik ler pulak. KB kan jem terok time rayer2 ni (apa-apa cuti je - memang sokmo jem)...

wah! panjang nya intro...meh-meh tengok gambo plak....




huah wah wah!!!!...ni ler gambar kami sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidil Fitri ye kome.....
Kuning terang pilihan kami tahun ni. Memang pening you sapa-sapa yang tengok. Kitaorang pon pening dek kesilauan kekuningan itu. hehehehe...




Satu lagi. Maaf Zahir Batin ye. halalkan makan minum (pada sesapa yang berkenaan).


ok bawah-bawah ni meh kita bercerita sket dengan gambar (bercakap dengan gambar)



ini adalah suasana dipagi-pagi raya. kat perkarangan masjid. nak gi sembahyang raya. ni tengah pujuk-pujuk budak tecit ni soh dok diam-diam. ibu nak solat raya k.



masih memujuk. tengok ler muka dia tu kelat je. dia x mo dilepaskan. nak berpeluk je.
mungkin dia ingat ibu akan tinggalkan dia kot.




dah boleh nak duduk kat bawah. bagi lah main apa-apa yang patut. mula-mula ok lah. aku pun sarung ler kain sembahyang. dok baris belakang sekali ni. kat rumah dah deal dengan aqeila. kalau adik nangis masa kita solat, qeila berhenti lah solat ok, confort kan adik. biar ibu je yang sambung solat. qeila kata ok.



weh, nangis lah pulok. tak nak dok ngan qeila. sore dia aje yang memekak kat situ. naik segan lah pulakkan. kang orang tak selesa lah pulak. sedangkan raya2 gini memang digalakkan bawa anak-anak ke masjid. betul ke?



penyudahnya ibu tak jadi sembahyang rayer. dah anak membising aje. kang marah dek orang. ni tengok ler hepi sebab ibu dok beradap dengan dia. makanya aku ni memerati aje le org bersolat. selesai solat, mak sengeh-sengeh kat aku. katanya takpe la. ye le nak buat cam ner lagi.





usai solat raya buat ske sambutan besday kat budak berdua ni. ye lah 2 tahun berturut tu besday jatuh bulan pose. sian punya pasai, sambut ler hr raya. meriah jugakkan. makan2 semea da kat dapur. angkut kek je bawa ke depan. juadah raya sama macam yang ada umah korang. lemang ketupat sate. cuma tahun ni ada extra nasi minyak ayam masak merah ngan mi goreng. Alhamdullillah.



Ima sekeluarga dengan makngah. sebelum berangkat ke temerloh rumah mertua, ke rumah mak kitaorang dulu.



tangga yang glamer tetiap tahun.
uda ngan famili. serba hijau. hijau ni adalah kelompok kuning jugak kan. so maka bila beratur tu ala-ala tone kaler gitu.



long & famili. kelabu asap tahun ni. heheheh....pilihan warnanya.


Kat bawah ni semua sekitar gambar hari raya kedua.
on the way balik rumah opah di sungkai.






eh sesat plak gambo ni...ni gambo balik dari masjid raya pertama.


itu aje lah raya tahun ini seadanya.
Moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan
Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Insya Allah.

Aug 19, 2011

Dia jatuh katil lagi,....




Salam.


Ha ha..tengok tajuk aje dah tau mesti jatuh lebih dari sekali an...yo...bukan sekali, bukan 2 kali dude!...5 kaliiii....hehehhe...tau dek mak aku masak kena leter.... heheh


alkesahnya termasuk malam tadi udah lima kali budak Aqeisa jatuh katil...memang kesian siot. Dia pun dah makin lasak skang ni. Dah payah ket nak kawal. Ibu dia pulak tidor tak menyedorkan diri. Dengar-dengar udah ber'ki'ak'.....

Masa kali pertama jatuh tu ingat lagi...terjun tiruk gitu...mujur jatuh atas kain selimut, tak lah sakit sangat gamaknya. gamaknyer le. sebab dia tak menangis pun, cuma 'hek' 'hek'. panggil orang ambil dia. kali kedua jatuh memang kesian. macam terjun tirun gitu. siap sujud lagi. heheh... lucu pun ada. benjol dude dahi dia.


Macam-macamkan. bahaya untuk bayi memang ada dimana-mana waima dirumah sendiri pun banyak bahaya kalau tidak berhati-hati. Kesiankan baby aku. So start from that nite. kitaorang amek precautions dah. buat benteng keliling katil. susun toto ngan letak teddy bear kat tetepi tu. dah naik semak bilik aku tu aku tengok. tapi kena lah. tak sanggup aku tengok dak Qeisa benjol sana-sini atau cedera. Kali ketiga keempat & kelima atau nasib nak kena lagi, insya-Allah AQeisa tak jatuh dalam keadaan sakit. Dia cool je la. Cam malam tadi, aku cari-cari dia tak jumpa atas katil, rupanya dah dok kena tindih ngan mis teddy. hehehe...... uh aah uh ah aje minta tolong ambilkan dia....lucu sekali lagi bila tekenangkan muka Aqeisa malam tadi. Oh Tuhan naper lah ibu tidor tak sedar diri nih...


macam kawan aku baru ni anak dia jatuh katil. lepas tu dok merengek aje. Tak sedap ati gamaknya, bawak gi klinik. lepas 2 ari tu. rupernya tulang bahunya patah ko.....ha!..ngeri jugak kan....hati-hati la kome ye!...tu pasal masak anak aku dulu2 aku wrap katil tinggal tilam aje. la ni malas la nak buat macam tu sebab budak2 semua dah besar dan dah ada bilik sendiri. umah aku ni plak kekurang store nak menyimpan benda2 tak guna. so jadi ler cam keadaan kat bawah ni hari-hari.



(kome abaikan ler ye yang bersepah-sepah kat situ. buat-buat tak nampak ler ye)

Cam ni ler ruper dibirai-birai katil bilik aku tetiap malam. Biar ler nampak bersepah sket yang penting anak aku selamat...hehehhe... kalau gini tiap-tiap malam nak jatuh pun tak ngaper...jgan esok2 jadi permainan dia pulak...ahahaha...


Terima kasih kerana membaca.

Aug 17, 2011

Dekat dah nak raya dah weh!!.

Salam.

Wah!!...lamanya aku masuk blog ni. dah 17hari puasa dah diknon oi!!!....
kejap je kan. pejam celik pejam celik udah 17 hari. maknanya lagi 13hari nak raya you. lagu raya pon dah berkumandang sejak senin hari tu. hamboi!!...sebok nak raya la pulak ye!!!...

persiapan nak raya belum lagi dibuat. masih lagi menjahit kain baju. ada yang belum berpotong lagi. tahun ni aktiviti menjahit slow sket ler. maklum ler ada baby. tapi memang tak amek tempahan banyak pon. takat jahir baju kawan satu dua. pas tu baju famili. famili tu confirm la memang tetiap tahun pon dorang 'pocha' aku..heheh...

hari ni selangor cuti. nuzul quran. so paknya ada ler tu dok umah. tidor ler. apa lagi. nak makan tak boleh. putrajaya tidak. maknanya krojer ler. mana yang sekolah tu sekolah ler.

K lah. kita citer-citer pendek2 aje. kasi touch and go. heheh. ekceli, akak ni kat bilik ICT, MOA. tengah kursus laman web. 2 hari you. so per agi.... melencong ler sket..... hehehe...sambil menyelam sambil minum ayor...opppssss.... puasa ler.....ahaks...


Aug 1, 2011

Salam Ramadhan...

Alhamdullillah. Syukur. Dapat juga menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan yang mulia ni. Semalam balik kampung. Menyambut malam Ramadhan bersama-sama keluarga. Berteraweh disana. Tapi tak sempat besahur bersama. Kena balik lorrr. Tak amek cuti maaaa.... (per kes tulis gini gayer)... hehehe. Saje je beb!. Pagi-pagi gini di hari pertama Ramadhan ni cam weng sket. weng tu apa?. ha! weng tu cam ting tong sket. apa? tak tau plak ting tong tu mender?.. arr...tengok contoh, tengok contoh ok.

Ye ler, hari-hari biasa kita bangun tidor kol 6.00 pagi atau kadang-kadang 6.30 pagi kan (aku tak pernah k). tapi bulan-bulan pose yang mulia ni kena lah bangun awal kan. macam pagi tadi. kol 4.30 aku dah bangun. la!...aku kan mak. SUPERMAK. kena la bangun pagi-pagi tenggek nasik. goreng ikan. wat sambal ikan. nak bagi anak laki makan. kalau tak bagi yang heavy, kang tak cukup plak tenaga nak menampung xtvt seharian ni. Bila dah bangun awal sangat-sangat, pukul cenggini sure kepala ni ala-ala weng gitu! macam ting tong ting tong sket. cam hanyut je kan. pendek kata mengantok ler. kalau dapat tidor kan ke best.

dan hari jugak la, cik baby Aqeisa demam tak kebah-kebah. sejak khamis tu. lama siot. mak ni mestilah bimbang. mak dah bawak pegi klinik dah. semalam (Ahad) demam tak jugak kebah-kebah. belek-belek badan cik baby. nampa ada ler cam bintik-bintik berair lah pulak. belek-blek lagi bukan sebijik bukan dua bijik tapi berbijik-bijik. oh no!. cik baby kena chicken pox....... halamak!!!... dalam paler hotak ni cuma ingat, abeh lah tak leh hantar ke taska. sure kena reject beb!. penyakit berjangkit tu. terpaksa lah gilir-gilir dengan cik ayah. ye lah. sian pulak kat cik wan ngan cik atok sebab kena datang sini. kan ke bulan ramadhan ni. cik wan banyak xtvt mentadarrus alquran. isyyy!!...sian plak kat cik wan.

Terkebetulan pulak. cik ayah tetiba aje bengkak bijik mata. nak kata ketumbil tak pulak. agaknya kena 'cium' dengan serangga ke apa ke. tak pun conjuntivitis. ha kalau yang itew tu pun berjangkit tu. Maka kejap lagi nak la ke klinik amek MC. kebetulan ler pulak ye. takyah mak amek cuti hari ni. cik baby duduk dengan cik ayah aje kat umah.

Hai!..apa lah dugaan yang mak dapat ni.. plak tu 1 Ramadhan. Eh!..tak...tak ngeloh (sket je!). tengok org lain dugaan lagi hebat. yang ni ciput aje kot. paling terok pun mak kena cuti jaga cik baby. kena lah kanbila cik ayah dah kena balik keje lepas MC nanti. Ni baru nak hantar cik ayah ke klinik. tak tau berapa hari MC dia dapat.

mohon pada Allah, jangan lah diberi pada mak dugaan yang besar2. bimbang nya mak tak mampu nak harungi nya.

motip guna kata ganti mak??....TIADA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...