Mar 23, 2012

Buku ASB hilang

Ye. Aku kehilangan buku ASB. Sejak bila?. Aku sendiri tak tau. Tetiba aje tiada dalam purse. Memang selalu simpan buku ASB dalam purse aje. Senang bila-bila nak taram keluar heheh. Pendek cerita a.ka. malas nak cari merata-rata, aku call ASB. Dia kata datang je ke ASB, fotostat IC depan belakang 1 salinan. Duit RM20. Oh!!!! Senang aje. ASB pon tak jauh mana!... Selang beberapa bangunan aje dari tempat keje aku nih.

Well, isi borang, ambil nombor. Q. Submit. Sangat senang.

Yeay! Yeay! Dah dapat buku baru. Ni dah bajet time ni. Lepas ni nak terus pergi Maybank pulak nak kuarkan 10k nak bagi kontraktor reno umah. ASB kat sini terhad boleh kuar takat 5k aje. Lebih2 kena gi cawangan. Nak lebih jugak bagi cek berpalang. Apa daaaaa....

Sebelum blah. Mamat tu cakap, "Account suspended 10 hari ye bila report hilang dan buat buku baru. Selepas 6 haribulan nanti baru boleh online. Kalau terjumpa semula buku lama dah tak boleh guna dah".

Mak aii, lamanya 10 hari. Aku nak draw hari ni. Alamak!!!!...... Nampaknya tidak sesenang yang aku bajet tadi..... Tu la tanya tak abeh. Kena cari solution lain ler nampaknya......
sila garu kepala yang tak gatal...

sampai hati kau conteng arang ke muka mak nak.

Hari ni office sunyi sepi sebab ramai orang outstation. Saat-saat nk PRU ni kebanyakkan penjawat awam sibok la. outstation every weekend. Ada-ada aje hari bertemu pelanggan. Hari Bersama Rakyat la. Sepatutnya orang politik ni kumpul penyokong atau rakyat beramai-ramai. Bukan nya mengerah penjawat awam. Kalau dalam berita TV nampak lah macam ramai-ramai tu bagi sokongan tapi rupa-rupanya kerah penjawat awam datang kerja hujung minggu. Bak kata bos aku ni pergi nak meramaikan orang. Pergi takat nak tepuk-tepuk tangan aje. tsk tsk.... nasib ler ye..... opppssss,..kisah benar ni. hahaha.....ampun saya tak salah.

Mesti kita semua amek port kan kisah anak dara yang kononnya kena culik aleh-aleh lari ikut bopren. Nauzubillllah.... Nape lah gitu. Kesian kat mak dia kan. Bayangkan lah. Beria-ria mak dia panggil press datang rumah nak mintak tolong carikan anak dia. Kot-kot lah orang bawak lari anak dia nak jadikan pelacur ke. Maklum ler anak dara. Tapi rupa-rupa malu yang dia dapat. Sampai hati anak yang disayang dibelai menconteng arang ke muka mak ayah nyer... Macam-mana ye jadi macam tu. Takkan mak bapak tak ambil tau apa yang terjadi pada si anak dara ni.. Macam tak mungkin lah pulak sebab emak dia mendakwa dia ngan anak dia macam kawan. Andaian saya bila si emak tahu anak daranya yang masih bersekolah ini bercinta, sudah mesti emak tidak senang hati. Mestinya ini tak boleh itu tak boleh. Sedang anak dara remaja ni mula rasa dirinya terlalu dikongkong atau terlalu diawasi. Memanglah sedang umur belasan tahun ini begitulah sepatutnya ye tak?... banyak benda jangan.

Budak mentah. Kena pulak penangan asmara. Issyyy... Risau sungguh hati saya ini. Saya pun punya anak gadis yang bakal meningkat remaja. Seingat saya lah masa zaman remaja saya dulu, emak dan abah pun terlalu banyak restrictions. itu tak boleh ini tak boleh. Kadang-kadang darah remaja tu ada juga rasa fed up. Kengkadang, sampai menangis saya bila time nak berjimba dengan kengkawan disekat abah. Nak pergi berkelah tak bagi, outing tak bagi. Semua tempat-tempat tu mesti pergi dengan keluarga bukan kengkawan yang tak cukup umur tu. Apatah lagi kalau outing tu kawan-kawan lelaki turut serta. JANGAN HARAP LA!. Namun begitu. Sebagai anak saya akur!. Takat membentak dalam hati aje. Paling-paling taknak makan. Tak lalu lah. Kengkawan bersuka ria. Awak???... Walaubagaimanapun, TAK PERNAH SEKALI TERNIAT dihati untuk lari dari rumah.

Sekarang ni dah sampai masa untuk saya menjaga anak gadis pula. Sekarang 10 tahun. Sedang sunti. Menuju remaja setahun dua lagi. Tak tahu lah keadaannya macam mana. Tapi saya sudah mula menunjukkan padanya contoh-contoh anak derhaka. Perkara-perkara yang dilarang. Saya harap dia faham tujuan ibubapa menyekat anak-anaknya kerana mereka amat sayangkannya. Kata-kata dan doa saya titipkan untuk anak gadis saya. Saya mohon pada Allah beri perlindungan buat anak-anak perempuan. Ye! Dia kecil lagi, baru darjah 4. Jauh lagi perjalanan. Harap-harap saya mampu mendidiknya sama seperti emak mendidik dan mengambil berat terhadap saya dan kakak. Insya-Allah...

Mar 8, 2012

SBPA batal...

Assalammualaikum...

heheh...penyudahnya batal. hehe... memang dah agak dari mula. banyak kepincangan. buat semborono. syok sendiri. nak kembungkan poket sendiri. tu some of feedback yang saya dengar di ujung2 telinga. ramai tak suka pon. saya juga. awak?

tapi sekurang-kurangnya, pengumuman yang terbaru pagi tadi, melegakan sket kan. fair and square la ye tak. 13% untuk gred 1 - 54. oklah tu nak dibandingkan dengan SBPA masa mula-mula umum hari tu. keliru. nak sain ke tak nak. nak ke tak nak? memang tak jujur sain memula dulu. main ikut orang je.

saya antara orang yang tak hepi. mana tak nyer, saya punya kenaikan tak sampai pon 100 hengget. ye la kalau sikit kau memang naik hangin. Ce kalau banyak. Kau senyum lebar. junior plak boleh dpat lebih banyak dari senior yang mana lepas tu no more seniority. dah jadi 1 level plak.

well, bila guna percentage sebegini, saya hepi. saya nampak semua orang pon hepi. paling hepi kalau dapat backdated nanti. sungguh hepi. rezeki tu......

ada satu lagi rezeki terpijak. nanti saya cerita sini ok.

apa-apa pon Alhamdullillah. Syukur kepada Allah Maha Pemberi Rezeki.

(Ya Allah, kau bukakanlah pintu rezekiku seluas-luasnya dan pertingkatkan keimananku. Amin)


# tahun ini juga saya nak jadi lebih sopan, sebab itu saya guna 'saya'...
T_________________T

Mar 1, 2012

jadual harian

Saya bz sekarang ni. sangat-sangat. macam-macam benda nak buat tahun ni.
macam-macam dah dirancang. macam ada bisnes ribu riban lak kan.
hidup saya sekarang ini tak ubah macam minah yang dalam iklan radio Sinar tu.

5 pagi dah bangun. siapkan sarapan pagi.
masak untuk tengahari sekali.
ye lah kang anak nak balik senang la.
tak payah tanggal2 baju sekolah terus makan.
walhal mak pesan puluh2 kali dah, tukar baju putih tu dulu
baru makan. walawehhhh!. ngaper ler tak ingat2.
arkkk...kan dah melalut jauh.
sambung balik tadi.

siapkan diri. subuh. 6.50 semua keluar rumah.
hantar anak pergi sekolah.
hantar anak pergi taska.
terus ke pejabat.

4.30 petang. balik dari pejabat.
ambil anak dari taska.
sampai rumah. asar. kemas rumah lebih kurang.
start prepare makan malam.
basuh baju. sapu-sapu.

7.00 mlm mandi. maghrib. makan makan. tengok homework anak.
tidorkan anak. paksa anak tidor. takde rayu-rayu dah.
tak larat merayu. tengok tv.
tertidor depan tu...
ZZZZZZ

esok...start lagi....

huahhhhh....letih.....

tolong bagi saya 30 jam sehari......

Feb 17, 2012

hi blog....

hi blog...

lama tak update.

ada orang kesah?????...


heheh....

Feb 2, 2012

Birthday Mak Abah & Bowling @ Bukit Tinggi Resort, Pahang

Assalammualaikum.

Ini kisah berminggu-minggu sudah. baru hari ni nak masuk entry. takpe la noks!. janji isi. untuk tidak kelupaan tarikh kejadian, ni dia hari dan waktunya. hari selasa 24/1/2012 besamaan raya cina yang kedua. biasanya cuti raya cina ni kitaorang bercuti seisi keluarga. tapi tidak tahun ini disebabkan tak tahan bercuti time seme orang pon nak bercuti macam ko juga. 2 tahun berturut-turut terperangkap dalam jem yang super duper terokss!.. urggghhh...memaksa kitaorang tak merancang ke mana-mana pon pada cuti raya cina tahun ini, 2012. mujur aku ada kampung halaman. maka balik aje kampung halaman. tapi tidak bagi adik beradik aku yang semenya bermastautin di Bentong. kekdahnya pada dorang ialah cuti panjang dok umah.

Tapi penat noks dok umah je!. leteh mulut asek mengunyah. perut pon leteh asek kena isi. seme leteh la pendek kata. bukan panjang kata. ok. makanya, pepagi selasa tu tetiba je ada orang raised out, moh kita ke bukit tinggi men bowling. seme setuju plak tu. wah!. baik punya cadangan. tanpa berlengah bersiap. cuaca sangat baik. mud pon sangat baik. tempat sangat cantik. satu orang pon takde cuma anak beranak kitaorang aje. boleh ler buat giler. eh!..giler-giler. tpi lane bowling tu tak berapa nak best. macam tak well menten aje. tapi boleh la.....dari takde!!!... oh ye, bukit tinggi dari rumah cuma dalam 30 minit aje. dekat la dari nak ke KL men bowling. ye!...bentong takde bowling. mmmm bentong aper yang ada???....
eh ada ada, macam-macam jugak beb!..secret receipe & old town white coffee...ha ni the newest restaurant yang ada kat bentong....



ooiii...abng macho baling bola bowling....









Pemenang of the day. hehehe...sapa sangka. My BIL yang malu-malu kucing leh lak lompat-lompat ala kanak-kanak riang bile strike... bila tak strike juga..... bila masuk longkang jugak... hahahahha...... aneh-aneh perangai hari tu...



berat ke ringan???

tu kisah main bowling..... 2 hari sebelum itu ialah sambuatan hari lahir untuk emak dan abah. ahad 22/1/2012. berlangsung di rumah long. mak punya besday memang confirm 14/1/1950. itu tarikh lahir sebenar kata mak. abah pulak. main agak-agak aje bulan 1 sebab tak boleh ikut IC. sebabnya kata abah masa IC tu siap dia dah besar. sebesar mana tu aku tak tau. pendek kata lagi, umur dalam IC tu kena plus dalam 6 7 tahun gitew.



waah riang mak dan abah. kek dari secret receipe. bukan sumbangan dari secret receipe ye! beli dari secret receipe.... T_____T



dikelilingi anak cucu. seronok rasa hati bila semua orang seronok.




eh, cam sama lak gambar ni. Cari perbezaan dengan gambar di atas. tiada hadiah.


my bros....


my lil gadis.....sedang menakal...

LUV U ALL much..much....


Jan 17, 2012

tahun baru dah kita...

Assalammualaikum.

Lama dowh tak hapdate. dah nk sampai ujung bulan satu baru sedor dah tahun baru. hi hi hi. nampak benor tak de azam. mestikah aku? ada azam itu? terok kah aku ? tanpa azam itu? ....wahhh!!!!!... banyak gitew tanda soal. x reti dah nak berazam noks. nk jadi yang baik-baik aje lah. jadi mak yang baik. kurangkan marah. kurangkan menjerit kat anak-anak. kurangkan dengki kat laki. hi hi. ye!... ngan laki pon ada rasa dengki-dengki gak gitu. bila kamu masak, laki tengok tv. bila kamu lipa kain, laki tengok tv. bila kamu kemas rumah, laki tengok tv. bila kamu tengok tv, laki kamu ajak masuk bilik. mak ai!. tak dengki gitew. time orang keje, dia releks, time kita nak releks, time tu ajak 'buat keje'. urrrgghhh........

tapi laki akak tak gitew dik non!. kang akak citer lelebih kang, kome kata akak puji laki plak. ha la!.. kira nak memuji dia la ni. laki akak rajin noks. buat keje x yah suruh2. dia tau akak letih. akak pon kuar carik duit untuk famili jugak wat!!! pergi pagi balik petang. petang balik umah bukan boleh rehat terus pon. nak kena setel anak-anak plak. memang yang kecik kena asuh tu ada sorang je. tapi si besor 2 orang tu lagi kena jaga berkali kali ganda beb. kalau bagi arahan kang, sekali cakap tak dengor, 2 kali buat pekak je. dah keluar sumbu kat kepala mak nyer ni ha, baru lah bergerak. naik malu kat orang kiri kanan. terjerit-jerit cam ko sorang aje beranak aikhhh!!...

kena plak tahun ni abang aqel nk UPSR. lagi lah akak ni seawal tahun dah kecot-kecot perut. macam mana lah nanti ruper keputusan abang aqel ni. anto gi tuisyen. pergi kelas tambahan. beli bukan latihan banyak-banyak. buat latih tubi. kurangkan berleter. kurangkan suruh-suruh dia. kalau boleh akak taknak dia tertekan. biarlah akak yang tertekan. naik blood pressure. takpe. tahun ni kasi can kat dia. kasi dia all out untuk belajar baik-baik. selebihnya akak berdoa banyakkkk... banyakkkk.... akak buat selagi boleh apa yang dia perlu. kata orang, tak payah anta tuisyen, kalau dah malas, malas situ la.... it's a big NO NO. akak akan usaha selagi boleh. selebihnya terpulang pada diri dia. jangan esok-esok dia kata akak yang taknak bagi dia extra sedangkan ibu mampu. yang penting tanggung jawab akak lepas. namun dalam hati keibuan akak ni tak lepas siang malam akak doa terangkan lah hati abang aqel dan semoga Allah limpahkan kurnia kepada abang aqel untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Itu lah gamaknya azam tahun ni. harap-harap apa yang diingin dimakbulkan Allah. Oh ye!..tahun ni tahun akak enjoy cukup-cukup berada di 30 an. tahun depan akak dah masuk 4 series. huwwaaa....upgrade 1 score... hi hi.....ala.....pusingan kehidupan. mana lagi nak lari.
semoga akak dapat menjaga kesihatan akak dengan baik. ........

Nanti jumpa lagi ye!!!....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...