Mar 28, 2012

John Carter - GSC Alamanda

Assalammualaikum




Setelah sekian lama, semalam kami tengok movie... kami EL semalam. Ada orang datang umah. Abang asben dan keluarga. Aband ipar ke PICC ada urusan kerja. Keluarga nya ke Kuala Lumpur. Urusan shopping.. haha..malas kami ikut. Lebih baik kami buat rancangan sendiri. Pada mulanya nak tengok berdua aje. Nak hantar Aqeisa ke Taska. Tapi tak sampai hati la pulak dia terkedek-kedek seronok sangat dapat berjalan. Abang Kakak sekolah okay. Sure kakak bengang. CONFIRM.

Tengok citer kat atas semalam. Tak survey ke benda, ntah citer ni bes ke tak ke. Main redah aje. Dalam panggong pon tak ramai orang. Time keje kan. Byk seat kosong. Semua orang pon memilih seat yang belakang. Last-last aku berganjang ke seat yang tengah sekali. Lega. Kosong kiri kanan.



Risau sebenarnya takut bayi ini meragam. Beli popcorn sekotak besar. Gasak dia makan popcorn tu tak berenti.





Tengok tu ralek giler mamam popcorn



Movie blom start tp dia dah cam nak bosan main2 popcorn tu. Yang mana akhirnya dia memekak jua. Tu yang ktorang pindah ke tengah. panggong pon kosong. Tak de hal. Korang ingat aku berani bawak dia kalau aku tau panggung tu penuh orang??




The popcorn. Ada yang tak kenal? muahaahaaa



Akhirnya bila tranfer ke tengah sket, bagi dia susu dan dia tidor sepanjang kami tengok movie. Alhamdullillah. Boleh tengok movie dengan tenang. hahah. Kalau baik cam ni boleh lah bawak lagi.

Movie John Carter tu menarik lah jugak. Akhirnya balik senang ati la. Yang tak besnya, si dia ni tak tahan molot dah cerita kat kakak Qeila. Apa lagi?... member moncong sampai ke malam. Terpaksa tabur janji....lagi...mmmmm..


BSP - House Renovation Part 1

Assalammualaikum.

Berbulan-bulan aku google, kalau ada sesapa yang ubahsuai rumah sekitar Bandar Saujana Putra. Kurang berjumpa. Aku nak tahu kontraktor mana dorang engage. Kontraktor dari situ atau luar. Takde. Susah nak carinya.

Mukadimah sket.
Aku beli rumah ni sekitar 2003. Rumah baru. Bandar baru. Aku beli unit Fasa 1 lagi. Fasa 1B. Kiranya rumah tertua lah. Bila rumah siap dan dapat kunci sekitar 2006, takde apa yang ada membuatkan aku taknak dok kat situ. Jalan buruk dan teruk giler. Paling menakutkan kena lalu betul2 tebing Sg. Langat bawah hiway. Aku selalu terbayang yang kereta aku tercampak tepi sungai tu. Lalu kampung dulu baru dapat masuk jalan elok sket kat Puchong. Pendek kata perjalanan masa tu memang tril giler r.... tak silap aku nama kampung tu Kampung Sungai Lombong. Tapi exit tol dah siap cuma belum dapat kelulusan dengarnya.

Taknak lah aku nak bersusah payah pulak. Risk my life dan anak2 plak. Sementelah aku ada flet di Putrajaya yang lebih dekat dengan tempat kerja, maka aku buat keputusan sewakan. Dengan sewa serendah Rm450 aku dapat penyewa dalam bulan oktober 2007. Bayangkan separuh aje dari installment bank aku dapat. Takpe lah dari xde orang nak duduk.

Hanya sekitar awal 2011 aku menjenguk tempat tu. Wow!... banyak giler perubahan. Ada 2 hiway attached. Of course la bertol. Hati berbunga2, dan tak sabar2 nak duduk pulak kat situ. Hujung jan 2012, penyewa pon keluar. Kebetulan pulak dia pon dapat rumah baru. ok ler tu.

Panjang mukadimah aku. So sebelum duduk nak lah reno umah sket. kasi elok. cat baru bagai. ni tengah dalam proses ubahsuai la. Cari punya cari, dapat la kontraktor bangla yang dah kaya raya buat ubahsuai rumah orang yang kebanyakkan ada di BSP ni. Nampak macam OK. Tak tau la esok2 KO plak. 4 hari lepas sign aggrement dengan dia, aku tengok kemajuan kerja dia sangat laju..... ni ha mcam kat bawah ......









Untuk minggu pertama ni aku puas hati la dengan kemajuan kerja dorang. Masa ni aku baru bagi dia Rm5k.. minggu kedua aku tambah RM4k lagi. Dah dia kata suka ati aku lah nak bagi berapa so aku bagi ikut progression yang aku pikir je la...

Hari entry ni ditulis dah masuk akhir minggu ke 3. Semalam aku pergi, tengok dinding tingkat atas dah naik. dah hari senin hari tu saya dah masukkan lagi RM10k. Semuanya dah RM19k la.

Nanti tunggu lagi reno works part yang seterusnya. Aku harap sangat2 tak akan ada masalah dengan kontraktor ini. ..


Mar 23, 2012

Buku ASB hilang

Ye. Aku kehilangan buku ASB. Sejak bila?. Aku sendiri tak tau. Tetiba aje tiada dalam purse. Memang selalu simpan buku ASB dalam purse aje. Senang bila-bila nak taram keluar heheh. Pendek cerita a.ka. malas nak cari merata-rata, aku call ASB. Dia kata datang je ke ASB, fotostat IC depan belakang 1 salinan. Duit RM20. Oh!!!! Senang aje. ASB pon tak jauh mana!... Selang beberapa bangunan aje dari tempat keje aku nih.

Well, isi borang, ambil nombor. Q. Submit. Sangat senang.

Yeay! Yeay! Dah dapat buku baru. Ni dah bajet time ni. Lepas ni nak terus pergi Maybank pulak nak kuarkan 10k nak bagi kontraktor reno umah. ASB kat sini terhad boleh kuar takat 5k aje. Lebih2 kena gi cawangan. Nak lebih jugak bagi cek berpalang. Apa daaaaa....

Sebelum blah. Mamat tu cakap, "Account suspended 10 hari ye bila report hilang dan buat buku baru. Selepas 6 haribulan nanti baru boleh online. Kalau terjumpa semula buku lama dah tak boleh guna dah".

Mak aii, lamanya 10 hari. Aku nak draw hari ni. Alamak!!!!...... Nampaknya tidak sesenang yang aku bajet tadi..... Tu la tanya tak abeh. Kena cari solution lain ler nampaknya......
sila garu kepala yang tak gatal...

sampai hati kau conteng arang ke muka mak nak.

Hari ni office sunyi sepi sebab ramai orang outstation. Saat-saat nk PRU ni kebanyakkan penjawat awam sibok la. outstation every weekend. Ada-ada aje hari bertemu pelanggan. Hari Bersama Rakyat la. Sepatutnya orang politik ni kumpul penyokong atau rakyat beramai-ramai. Bukan nya mengerah penjawat awam. Kalau dalam berita TV nampak lah macam ramai-ramai tu bagi sokongan tapi rupa-rupanya kerah penjawat awam datang kerja hujung minggu. Bak kata bos aku ni pergi nak meramaikan orang. Pergi takat nak tepuk-tepuk tangan aje. tsk tsk.... nasib ler ye..... opppssss,..kisah benar ni. hahaha.....ampun saya tak salah.

Mesti kita semua amek port kan kisah anak dara yang kononnya kena culik aleh-aleh lari ikut bopren. Nauzubillllah.... Nape lah gitu. Kesian kat mak dia kan. Bayangkan lah. Beria-ria mak dia panggil press datang rumah nak mintak tolong carikan anak dia. Kot-kot lah orang bawak lari anak dia nak jadikan pelacur ke. Maklum ler anak dara. Tapi rupa-rupa malu yang dia dapat. Sampai hati anak yang disayang dibelai menconteng arang ke muka mak ayah nyer... Macam-mana ye jadi macam tu. Takkan mak bapak tak ambil tau apa yang terjadi pada si anak dara ni.. Macam tak mungkin lah pulak sebab emak dia mendakwa dia ngan anak dia macam kawan. Andaian saya bila si emak tahu anak daranya yang masih bersekolah ini bercinta, sudah mesti emak tidak senang hati. Mestinya ini tak boleh itu tak boleh. Sedang anak dara remaja ni mula rasa dirinya terlalu dikongkong atau terlalu diawasi. Memanglah sedang umur belasan tahun ini begitulah sepatutnya ye tak?... banyak benda jangan.

Budak mentah. Kena pulak penangan asmara. Issyyy... Risau sungguh hati saya ini. Saya pun punya anak gadis yang bakal meningkat remaja. Seingat saya lah masa zaman remaja saya dulu, emak dan abah pun terlalu banyak restrictions. itu tak boleh ini tak boleh. Kadang-kadang darah remaja tu ada juga rasa fed up. Kengkadang, sampai menangis saya bila time nak berjimba dengan kengkawan disekat abah. Nak pergi berkelah tak bagi, outing tak bagi. Semua tempat-tempat tu mesti pergi dengan keluarga bukan kengkawan yang tak cukup umur tu. Apatah lagi kalau outing tu kawan-kawan lelaki turut serta. JANGAN HARAP LA!. Namun begitu. Sebagai anak saya akur!. Takat membentak dalam hati aje. Paling-paling taknak makan. Tak lalu lah. Kengkawan bersuka ria. Awak???... Walaubagaimanapun, TAK PERNAH SEKALI TERNIAT dihati untuk lari dari rumah.

Sekarang ni dah sampai masa untuk saya menjaga anak gadis pula. Sekarang 10 tahun. Sedang sunti. Menuju remaja setahun dua lagi. Tak tahu lah keadaannya macam mana. Tapi saya sudah mula menunjukkan padanya contoh-contoh anak derhaka. Perkara-perkara yang dilarang. Saya harap dia faham tujuan ibubapa menyekat anak-anaknya kerana mereka amat sayangkannya. Kata-kata dan doa saya titipkan untuk anak gadis saya. Saya mohon pada Allah beri perlindungan buat anak-anak perempuan. Ye! Dia kecil lagi, baru darjah 4. Jauh lagi perjalanan. Harap-harap saya mampu mendidiknya sama seperti emak mendidik dan mengambil berat terhadap saya dan kakak. Insya-Allah...

Mar 8, 2012

SBPA batal...

Assalammualaikum...

heheh...penyudahnya batal. hehe... memang dah agak dari mula. banyak kepincangan. buat semborono. syok sendiri. nak kembungkan poket sendiri. tu some of feedback yang saya dengar di ujung2 telinga. ramai tak suka pon. saya juga. awak?

tapi sekurang-kurangnya, pengumuman yang terbaru pagi tadi, melegakan sket kan. fair and square la ye tak. 13% untuk gred 1 - 54. oklah tu nak dibandingkan dengan SBPA masa mula-mula umum hari tu. keliru. nak sain ke tak nak. nak ke tak nak? memang tak jujur sain memula dulu. main ikut orang je.

saya antara orang yang tak hepi. mana tak nyer, saya punya kenaikan tak sampai pon 100 hengget. ye la kalau sikit kau memang naik hangin. Ce kalau banyak. Kau senyum lebar. junior plak boleh dpat lebih banyak dari senior yang mana lepas tu no more seniority. dah jadi 1 level plak.

well, bila guna percentage sebegini, saya hepi. saya nampak semua orang pon hepi. paling hepi kalau dapat backdated nanti. sungguh hepi. rezeki tu......

ada satu lagi rezeki terpijak. nanti saya cerita sini ok.

apa-apa pon Alhamdullillah. Syukur kepada Allah Maha Pemberi Rezeki.

(Ya Allah, kau bukakanlah pintu rezekiku seluas-luasnya dan pertingkatkan keimananku. Amin)


# tahun ini juga saya nak jadi lebih sopan, sebab itu saya guna 'saya'...
T_________________T

Mar 1, 2012

jadual harian

Saya bz sekarang ni. sangat-sangat. macam-macam benda nak buat tahun ni.
macam-macam dah dirancang. macam ada bisnes ribu riban lak kan.
hidup saya sekarang ini tak ubah macam minah yang dalam iklan radio Sinar tu.

5 pagi dah bangun. siapkan sarapan pagi.
masak untuk tengahari sekali.
ye lah kang anak nak balik senang la.
tak payah tanggal2 baju sekolah terus makan.
walhal mak pesan puluh2 kali dah, tukar baju putih tu dulu
baru makan. walawehhhh!. ngaper ler tak ingat2.
arkkk...kan dah melalut jauh.
sambung balik tadi.

siapkan diri. subuh. 6.50 semua keluar rumah.
hantar anak pergi sekolah.
hantar anak pergi taska.
terus ke pejabat.

4.30 petang. balik dari pejabat.
ambil anak dari taska.
sampai rumah. asar. kemas rumah lebih kurang.
start prepare makan malam.
basuh baju. sapu-sapu.

7.00 mlm mandi. maghrib. makan makan. tengok homework anak.
tidorkan anak. paksa anak tidor. takde rayu-rayu dah.
tak larat merayu. tengok tv.
tertidor depan tu...
ZZZZZZ

esok...start lagi....

huahhhhh....letih.....

tolong bagi saya 30 jam sehari......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...