Malam minggu baru ni, bawa budak-budak tu pergi tengok movie di GSC, Alamanda Upin dan Ipin - Geng Pengembaraan. Punya la lama kami suami isteri tak jenguk panggung, sejak kami berkahwin memang dah tak tengok wayang lagi. Hampir 10 tahun, lama ya bang!!!!..... Ingat lagi dulu-dulu masa mula-mula berkawan dan bercinta, lepas satu, satu movie yang kami tengok. Kadang-kadang tu dalam satu hari tu sampai dua movie kami tengok. The best part ada satu movie tu sampai tiga kali aku tengok kat panggung, citer Titanic. Naik hafal dah dialog masa tu..... Lagi best, movie hindustan pon aku layan, citer paling top masa tu, Kuch kuch hota hai...... siap nangis tuuuu!!!....sampai hubby aku (boyfriend masa tu!!), terpaksa la layan juga walhal dia memang tak minat tengok hindustan.... hanya selepas kitaorang kahwin baru dia buat pengakuan sebenarnya dia tak minat lansung movie hindi........ ha!!!....ni la dia satu contoh masa bercinta lain (palsu) dan keadaan masa sudah kahwin lain (ha!..this is the true colour)....
Well, berbalik movie Upin dan Ipin : Geng Pengembaraan tadi. Anak-anak aku siap buat countdown lagi nak tengok movie ni. Memang best movie ni, cerita animani Malaysia yang paling hebat dan setanding dengan movie animasi omputeh.....ada sket2 cacat cela tu biasa la, the first one kan....yang best nyer kat panggong memang havoc...full house!!!!......dan paling respect dalam filem ni tak de satu pon nama artis yang popular yang boleh kasi naik filem ni tapi apa-apa pon filem ni tetap boom!!!.. Aku rekomen sangat-sangat ler engkome pergi panggong tengok movie ni. Memang puas hati. Plak tu rasa cam bangga je sebab yang tukang buat filem ni rata-ratanya anak-anak muda bangsa kita. Bangga siottt!!!!!.......Walau baru sekali tengok Aqeila dah hafal dialong dan asyik ulang itu je..."ye-ye kita dah sesat, kita dah sesat. Sesat tu apa, sesat tu kita tak boleh balik la"...... Dorang memang enjoy sangat-sangat dan ajak tengok lagi. Tapi cukup la tu nanti kita beli DVD. Boleh tengok banyak kali...so tunggu DVD Original keluar. Target org yang buat filem tu 10 juta..... kalau la dorang berjaya, kitaorang anak beranak la antara penyumbangnyer...ngeh..ngeh..ngeh......
Feb 16, 2009
Jan 29, 2009
What a gud newsss!!!!!!.........
Ada berita baik nampaknya hari ni. Apatah lagi tuan badan yang menerima berita gembira ini. Permohonan Ija, adik ipar aku (isteri uda), untuk menempatkan dirinya ke KPLI telah pun diterima. Wah!!!...ko!!!....abeh seme org ditalipon nya, terkikik2 ketawa. Seronok benor kamu!!...Well Tahniah, kak ngan sekeluarga pon tumpang gembira yang amat sangat. Moga impian menjadi pendidik yang berwibawa tercapai...Tahniah lagi sekali...
Ija dan Shahmin.... tinggal ler ko shahmin........mama nak 'back to school'.......
Entry 2 - Selamat Hari Lahir Mak & Abah / Cuti Raya Cina
Cuti raya Cina baru ni memang la berangan nak outing, nak cuti-cuti, rehat kan fikiran. Tapi bila buat call hotel dan nak buat reservation semuanya fully-booked. Kalau available pun, harganya mak aiiii!!...step father!!!!!!....double up!!!!......Aku ingat kalau pergi pun bercuti time raya cina ni mesti kepala hotak akan lebih berserabut. Dengan jalan yang jem + hotel yang fully-booked, just imagine la how the swimming pool looks like........ kalo ikut pengalaman tahun lepas waktu kitaorang bercuti ke Trengganu masa raya cina, jalanraya memang damn bloody....all the way long from Trengganu jem towards KL.... all hentian rehat memang penuh sampai nak beratur ke bilik air pun macam S curve......memang tak boleh lupa la time tu...so, learned from last year, this year kitaorang plan buat aktiviti indoor je, maksud aku buat yang berdekatan je, yang tak perlu travel jauh-jauh. Nampaknya plan tu very enjoyable..... Kitaorg buat suprise party untuk mak dan abah punya birthday. Kebetulan kan, kedua-dua mak dan abah sambut birthday bulan Januari cuma tarikh je tak sama. Mak 14/1 dan abah 23/1.........mak yang 59 abah yang ke 60++ (according to abah, tarikh lahir dalam IC dia tu tak tepat, seingat dia, dia dah besar baru buat surat beranak, maklum la, abah aku lahir time huru-hara Jepun dulu...)
Kek Secret Receipe...suprise for Mak & Abah...Sponsored by US.......

Tuan rumah sediakan mi sup hari tu...memang Superb!!!.....
Kek Secret Receipe...suprise for Mak & Abah...Sponsored by US.......
Emak dan abah nampak terharu dengan sambutan birthday kali ni... tu la pun kitaorang buat kecil-kecilan je!...

Dengan cucu-cucu..Ada 6 orang dah kesemuanya.......Round clock: Emak pegang Qaseh Nur Sufyia, abah riba Nur Aqeila, Haziratul Husna, Muhammad Adib, Muhammad Aqel dan terselit Muhammad Shahmin Hani.
Tuan rumah sediakan mi sup hari tu...memang Superb!!!.....
Keesokan hari nya, kitaorang pergi berkelah ke Hutan Lipur Lentang. FYI, hutan lipur ni just bersebelahan Hiway KL-Karak di sebelah kiri menuju ke Kuala Lumpur dan dah tentu-tentu lah di sebelah kanan ke Karak ye tak...Oh!!! What the!!!..... Kitaorang sampai lebih kurang pukul 10 pagi..sampai-sampai je mak aiiiii!!!!. kereta dah penuh dan khemah-khemah pun dah penuh di kiri kanan tebing sungai...mujur ada 1 port yang terakhir dapat jugak kat kitaorang. Kami ambil sungai yang landai, kurang batu-batu, kurang thrilled dan memang sesuai untuk kanak-kanak. Bapak kanak-kanak memang rasa sikit bosan la......
Entry 1 - Cerita Sebulan Yang Lepas
Salam. Dah lama aku tak tepek apa-apa entry. Bukan tak masuk blog ni, tapi mencari waktu yang sesuai yang tulis-tulis apa yang patut disini. Seperti yang aku dah cerita sebelum ni, so aku sekarang ni dah pun berada di department baru, ikut bos.... dept baru ni jauh sangat berbeza dengan dept terdahulu. Kat sini dept besar dan banyak deal dengan pemborong dan pengilang beras...dan menurut bos aku kat sini dia kena lebih berhati-hati sebab disini sangat terdedah dengan perbuatan hulur-menghulur ni... harap-harap bos aku tak terjebak. Aku no hal la, tak terbabit pon...Well, abaikan cerita-cerita pasal kerja yang mebosankan dan memenatkan. Blog ni untuk bersantai, untuk meringankan kepala dan hepi-hepi....
Walau macamana pun aku tetap nak masukkan entry birthday anak sedara aku, Shahmin. Ya lah, blog ni cerita pasal sedara-mara aku je la sebab aktiviti kitaorang cuma antara famili-famili je. FYI, hubungan kami sekeluarga ni sangat la rapat, baik adik-beradik, ipar duai, anak2 sedara..pendek kata semuanya lah...tu la mak selalu pesan, berlebih berkurang la dengan adik beradik, jangan mudah berkecil hati dan paling tak mau ialah berdendam. Well, kitaorang akan ingatla pesan mak tu.... panjang plak jadi nyer citer ni..... ok la....jom kita tgk gambar:
Birthday Muhammad Shahmin Hani yang ke 1......Dia macam takut plak kat kek dia tu...3 biji kek yang dicantum menyerupai mickey mouse... itu je kretiviti yang ada di kedai kek Bentong... abeh kreatif dah tu.....

Antara kanak-kanak yang hadir. Ni main panggil-panggil je. Nampak je ada budak-budak yang main-main kat situ semua dipanggil. Apa-apa pun dorang still cucu-cucu jiran mak. Ada yang berpeluh-peluh, ada yang comot....lantak korang la...
Time buka hadiah pulak. Hadiah-hadiah datang dari mak pak sedara je.....tapi orang lain pulak yang terlebih sibuk nak buka...biasa la kan...nama pun kanak-kanak...
Sebelum tu, ada majlis kenduri marhaban untuk Qaseh Nur Sufya.. ekceli, kenduri aqiqah dah pun dibuat di rumah opah Qaseh, tapi Wan nak juga buat marhaban dan cukur jambul di rumah kami. So, buat hi-tea aje lah. Qaseh yang sedang nyenyak tidur sementara tunggu untuk dicukur....
Round time. Dari pengalamana aku yang sudah-sudah, baby akan tidur je time nenek-nenek marhaban.... best kot marhaban nenek-nenek tu
Dec 31, 2008
Selamat Tinggal 2008 dan Selamat Datang 2009....
Lama tak masuk blog... Lately sibuk sangat, pasal kerja, pasal personal, seme sekali lah... Dua tiga hari ni keadaan di ofis ni tak berapa nak stabil. Rentetan dari moment perselisihan faham bos aku dengan 'bos' dia, keadaan agak stress jugak. Mungkin juga sebagai hukuman bila bos aku 'terpaksa' dan 'dipaksa' bertukar bahagian dengan notis 24 hours. Kalau dulu dia 1st man in the dept, la ni dia kena jadi 2nd man....walau gred jawatan masih sama tapi authority dikurangkan. Begitu la seadanya...kadang-kadang walaupun kita akui yang kita ini punya prinsip dan pantang kalo ada yang mengganggu gugat a.k.a. melanggar prinsip hidup kita itu, maka kita pun dengan lantang suara bertindak melawan walau kadang kita tahu orang yang kita bersuara itu yang sangat besar 'power'nya. Well, bila bos aku diarahkan pergi ke dept baru, secara tak langsung yang PA2 ni pun turut bertukar-tukar. Mana yang bos mahu dia ikut, maka ikut la, jika tidak, bersedia lah serve boss baru...Begitu lah seadanya kalau kita ni makan gaji, tak boleh buat kepala sendiri......kalau tidak, ada 2 je pilihan, stay or leave.....sementelah pulak slogan disini ialah SYMP - SAYA YANG MENURUT PERINTAH....so, no hal la, awal2 lagi dah ikrar kan...
Well anyway....'alah bisa tegal biasa'... (betul ke ni???), aku sekarang ni belajar berfikiran positif, bila usia dah meningkat paling penting kena jaga kesihatan, sentiasa hepi dan belajar mengawal stres. Tutup citer tu, skang mari bukak cerita baru. Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2008. Banyak kenangan yang ditinggalkan, begitu lah bila tahun baru menjelma, macam-macam kenangan yang ditinggalkan. Dan sekarang memulakan azam baru. Aku jarang berazam yang luarbiasa, melainkan aku sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, hidup lebih gembira dan tenang, dikurniakan suami yang baik dan anak yang soleh dan solehah. Amin...
Sambil2 tu ada beberapa babak-babak cerita yang tak sempat diceritakan disini...Semuanya adalah kenangan-kenangan yang indah-indah belaka bersama keluarga....

Sempat beritahu qeila macam mana nak berbelanja di kantin. Kantin sekolah pun dah mahal sekarang ni, nasi lemak tu je RM1.50 sebungkus. Air tu standard la RM1.00. Belanja sekolah sekarang ni kurang-kurang RM3.00. Tu pun boleh dapat dua benda ni jes. Kalau rajin boleh ler bawa bekalan dari rumah. Pagi ni qeila bangun awal sangat sebab dia kata dia nak pergi sekolah. Ehh!!!....semalam je sekolah la qeila, hari ni belum start sekolah lagi. Tunggu 5hb baru sekolah. Macam tu la bila mula-mula nak masuk sekolah. Teringat aku mula-mula masuk darjah 1 dulu, tak tidur malam beb!!!!...........
Ni kitaorang punya famili day ke Sunway Lagoon, 13 Disember yang lalu. Kelihatan, Atok and the cucus bermain air. FYI, masa ni water park ni belum buka lagi, jam 10.00 tepat baru bukak, tapi kanak-kanak ni memang tak sabar-sabar nak main air. Seronok nya dorang hari tu, tak naik-naik sampai kembang muka masing-masing dek air yang tinggi kandungan klorin ni......
Uda and famili...sikecik ni pun sampai biru-biru muka main air...
Gambar kenangan masa balik Hari Raya Haji baru ni ke kampung abang di Kota Bharu, Kelantan. Bergambar beramai-ramai lepas makan daging korban. Raya this time, tak kemana-mana sangat sebab hujan. Tak kuasa nak berjalan dalam hujan-hujan nih......
For the first time setelah banyak kali mencuba, aku berjaya buat donat yang sangat lembut. Aku impressed sangat dengan donat ni sebab ianya sangat gebu dan lembut......aku dapat resepi dari FP mana ye!!!....aku lupa la, tp resepinya aku masih ingat di kepala aku lagi...
Well anyway....'alah bisa tegal biasa'... (betul ke ni???), aku sekarang ni belajar berfikiran positif, bila usia dah meningkat paling penting kena jaga kesihatan, sentiasa hepi dan belajar mengawal stres. Tutup citer tu, skang mari bukak cerita baru. Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2008. Banyak kenangan yang ditinggalkan, begitu lah bila tahun baru menjelma, macam-macam kenangan yang ditinggalkan. Dan sekarang memulakan azam baru. Aku jarang berazam yang luarbiasa, melainkan aku sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, hidup lebih gembira dan tenang, dikurniakan suami yang baik dan anak yang soleh dan solehah. Amin...
Sambil2 tu ada beberapa babak-babak cerita yang tak sempat diceritakan disini...Semuanya adalah kenangan-kenangan yang indah-indah belaka bersama keluarga....
Semalam hari orientasi murid tahun 1. Pendek kata kebanyakan sekolah memulakan orientasi tahun satu. Seronok qeila pakai uniform sekolah. Uniform tu buat sendiri, so itu pun menyumbang kesibukan aku lately. Aku sendiakan baju kurung putih 5 helai dan kain biru 3 helai untuk qeila. Untuk aqel aku beli je!!.....
Resepinya:
Rebus kentang sederhana besar, blend dengan secawan air suam
1/2 paket yis kering mauripan
1/2 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum
Gaul semua bahan diatas dan jadikan doh yang lembut. Lagi lembut doh lagi lembut donat tu... Well selamat mencuba....
Tu la dia seadanya posting aku kali ni. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, Selamat jugak Maal Hijrah Baru ni. Moga-moga kita akan dirahmati semuanya dari Nya....
Dec 5, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Salam. Petang ni berpusu-pusu le kot orang bandar ni keluar dari ibu kota bagi menyambut Hari Raya Korban. Maklum ler, apa-apa perayaan pun, memang lebih seronok meraikannya dikampung. Sementelah pulak cuti-cuti sekolah ni. Lebih ramai rasanya yang balik ke kampung esok, Sabtu. Kalau hari ni balik kerja rasa macam kelam kabut la pulak nak buat itu ini, lebih-lebih orang yang berkeluarga besar. So balik nanti boleh packing segala baju dan esok baru lah tenang sikit dalam perjalanan. Tu pun kalau tiada kesesakan jalanraya. Tapi rasanya jalan pasti sesak lebih-lebih lagi jalan-jalan utama yang menghubungkan pantai timur dan utara semenanjung. Well, tahun ni aku akan menyambut Aidil Adha di kampung hubby di KB, Kelantan. Esok balik rumah mak dulu diBentong. Pagi-pagi Ahad kami akan bertolak ke KB. Mungkin kami ikut Terengganu kot. Suka ikut jalan tu sebab menyusuri pantai, tidak lah jemu sangat perjalanan. Kiri kanan jalan pun ada banyak tempat nak berhenti. Senang nak ke tandas ke atau ke gerai-gerai makan dan makanan di sepanjang jalan. Berbanding jalan Gua Musang yang agak sunyi dan keadaan jalan yang kurang selesa. Biar pun jauh dan kos yang lebih tapi demi itu untuk keselesaan kami sendiri la (kami rasa). Apa-apa pun aku mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk anda semua datang singgah sini. Nanti kita bercerita pasal balik kampung raya korban plak ye di next posting. Salam.
Nov 25, 2008
Selasa, 25 nov
Cuti sekolah dah masuk minggu kedua. Minggu lepas seminggu mak abah datang lepak rumah aku. Long and uda pon join sekali kecuali adik. Jenuh la juga pusing-pusing Putrajaya sampai pening....Seronok je ramai-ramai ada dirumah....Skang ni semua dah balik.....Abang Aqel pon ikut jugak wan balik ke Bentong. Boring dok taska katanya. Memang la boring sebab dia takde kawan baya-baya dia yang tinggal kat taska. Kebanyakan nya semua kanak2 yang belum sekolah dan babies. Aku pon kena izinkan dia ikut wan dan atok balik kampung sebab kesian kat dia. Bila dia tak de ni, rasa sunyi la pulak.... ye la!!...kawan bergaduh takde. Mujur Aqeila ada, boleh teman-temankan. Itupun dia selalu merajuk, bila merajuk mula lah dia menangis dan ulang ayat "baik qeila ikut wan".......hmmmm....
Cam tu ler selalunya, kalau ada selalu nak marah-marah anak... dah jauh-jauh ni rasa sunyi dan rindu la pulak..hu! hu!....tu baru anak kecik lagi, bila dia dah besar, keadaan pun pasti turut berubah kan!!.... bila makin membesar mesti lama-lama org tua akan ditinggalkan jugak kan?... pasti dia teruskan dengan kehidupan dia jugak..ni dengar khabar aqel ikut Ayah De dia ke Cameron Highland. Seronok la dia!!!.........hmmm... apa nak buat!!!....Macam tu la jugak agaknya yang mak abah rasa dulu kan??!!!.... bila dah dewasa nanti pasti mereka pun ada kehidupan mereka sendiri...tak per la, pujuk je la hati dan selalu berdoa agar anak-anak yang dibesarkan sentiasa mengingati kedua ibu bapa nya walau dimana mereka berada...(macam kitaorang adik beradik..hmmmm...).......Amin....
Cam tu ler selalunya, kalau ada selalu nak marah-marah anak... dah jauh-jauh ni rasa sunyi dan rindu la pulak..hu! hu!....tu baru anak kecik lagi, bila dia dah besar, keadaan pun pasti turut berubah kan!!.... bila makin membesar mesti lama-lama org tua akan ditinggalkan jugak kan?... pasti dia teruskan dengan kehidupan dia jugak..ni dengar khabar aqel ikut Ayah De dia ke Cameron Highland. Seronok la dia!!!.........hmmm... apa nak buat!!!....Macam tu la jugak agaknya yang mak abah rasa dulu kan??!!!.... bila dah dewasa nanti pasti mereka pun ada kehidupan mereka sendiri...tak per la, pujuk je la hati dan selalu berdoa agar anak-anak yang dibesarkan sentiasa mengingati kedua ibu bapa nya walau dimana mereka berada...(macam kitaorang adik beradik..hmmmm...).......Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)