May 16, 2012

Hari Lahir Abang Aqel ke 12

Assalammualaikum

Sempena hari lahir Aqel ke 12, kitaorang buat bbq.  Adik beradik aje.  Aqel kata dia dah besar.  Seganlah nak buat tiup-tiup kek.  Eh! apa pulak?... Lagi satu dia segan nak ambil-ambil hadiah.  Eh!, pelik la dia ni. Orang suka apa dapat-dapat hadiah. Pelik betol.
 
Kebetulan bulan kelahiran Aqel sama dengan Ayah Teh (adik gua).  Tu sebab di kek letak dua nama.  Aiteh tu, adalah ejaan Aqel untuk ayah teh nya. 

BBQ udang..


Ayam BBQ hitam legam.  Yang itam legam adalah dari gambar yang tak clear ni.  Ye lah, guna handfon camera je.

Rezeki of the day.  Hadap adik beradik je.  Tak de majlis besar-besaran nya..

Ada mi hun jugak

ni akak punya portion....


Jom makan. Baca doa dulu!!!....

Macam tak bes je entry ni.  Banyak na entry sekali masuk.  Ambek ko.


Sepupu bertunang....

 Assalammualaikum.

Ini kisah berbulan-bulan sudah. haha..baru ni nak masuk entry.  Untuk rekod peribadi.  Masuk je la.
 
 Orang sekarang punya bertunang, berbagai-bagai.  Siap berpelamin bagai.  Sebelum tuan majlis merasmi, aku tumpang sekilo dulu.  Aku dulu tak de tunang beria-beria.  Pakai baju biasa-biasa je, pas tu sarung selendang.  Done!.

 Dia ni pun nak tumpang sekaki jugak.  Hei!.. jangan berangan tau.  Lambat lagi.




 Sepupu aku, Ima dan 2 dari 3 orang anak nya.  Yang menyelit tu hazira, anak sedara aku.

 Ni ler sepupu yang bertunang tu.  Baru grade dari UTM, Skudai.  Terus nak kawen. Skang ni dah sebulan lebih dapat kerja as Engineer.  Syukur.  Mudah dia dapat kerja.

 Ima a.k.a. Ebak. Nick name tu sempena kemantulannya.  heheh

 Ha...orang sekarang.  Bukan takat ada pelamin je.  Siap bersanding lagi u..... mmm..
elok nikah ke terus, baru jimat belanja.  Ni pun datang dari jauh ni, nun dari Kelantan.  Akan disatukan Ogos ni, seminggu lepas raya. Insya-Allah. 

 Yang tadi tu sepupu perempuan.  Yang ni sepupu lelaki pulak.  Banyak lah kenduri tahun ni. Yang ni bertunang dengan orang dekat2 aje.  Maka satu rombongan kami datang.


 Tu, adik ipar aku and long.  Ramai sungguh rombongan kitaorang sampai duduk pon berhimpit-himpit.  Dah lah panas gedegek.  Pakai plak baju ketat.  Huisyy, sungguh tidak selesa.  Rasa nak balik je dah..


 Ni ler tunang sepupu jantan aku tu.  Lawa budaknya.  Pelamin pun cantik juger.  

 Tapi sepupu yang ni, tidaklah bersanding bagai.  Segan katanya.  
Bagus!.  Reti rasa segan.  

Hantaran orang sekarang pon melampau-lampau mahalnya ek.  Mcam tak padan dengan kerja.  Kan ke jenuh nak mengumpul duit berbelas-belas ribu.  Tak cukup duit mulalah nak buat loan.  Loan plak kena tanggong bertahun-tahun.  Anak darjah 1 pon loan baru abeh kot.  Mmmm.... cam ner nak elak ni?.  Dah trend kot.  Kang malu plak nak tawar menawar.  Takut pulak tempelak dek orang, "kalau nak memeluk gunung biar panjang-panjangkan tangan".........

Hmmmmm......*confius*....

Ke kedai lampu kita........

Assalamualaikum.

Beberapa minggu lepas aku ke kedai lampu.  Untuk rumah baru nanti.  Heaven!.  Seronok betol ke kedai lampu yan gini.  Penoh lampu kat siling, dinding.... merata.  Cantik-cantik. Murah-murah.  Ramai orang.  Macam ada 'jumbo sale' hari-hari.  Pendek kata, naik sakit ler tengkok dok mendongak kat situ.  Kejap kang petik yang ni, kejap kang petik yang tu.  Tak tahu nak beli mana satu sebab semua cantik-cantik belaka.

 Tengok tu.  Mana satu nak ni???


 Beraneka. siap bertanglung lagi.

 Yang berbunga 3 ni salalh satu pilihan aku.  Ingat nak letak di dinding tangga naik ke tingkat atas.  Baru RM79 u.... murah kan!!!!..

 Yang ni tak jual. hehehe.....model aku aje...

 Ini pun pilihan hati ku.  Ingat nak letak di dining hall.. Ingat je...

 Model yang sama.

Suka sangat kat batang support lampu dia ni.  

Ada banyak lagi pilihan yang tak dapat bergambo hari tu.  Best la kedai sebab price dia semua reasonable dan meets budget aku.  Kalau teringin pergi lah ke kedai LIGHTING HOUSES di tepi jalan LDP dari Putrajaya ke Puchong.  Jus tepi jalan belah kiri.  Kalau dari Putrajaya lepas bayar tol RM1.60, tak payah toleh-toleh kanan dah....tengok kir je.  Kalau yang memandu tu jangan lupa pandang depan lak...kang jadi citer lain la pulak....hahaha...

Random Aqeisa

 Assalammualaikum.

Kisah trauma hilang anak untuk beberapa saat itu sudah mula hilang.  Hehe.... trauma siot!!!... lepas ni SUMPAH takkan jadi lagi. SERIK u... Tapi bayi genap 18 bulan pada 19/5 ini semakin menjadi-jadi pulak nakalnya.  Kena pulak kali ni abang kakak ada untuk memanjakannya.  Kan beruntung jadi anak bongsu.  Semua orang manjakan.  Semua orang sayang. Memang patut pun bila sebut anak bongsu, tipikal  kan berkait dengan manja, mengada and so on.. ye lah pon.  Adik kecil.  Tu lah satu-satunya yang boleh buat timang-timang, sakat-sakat bagi menangis.  Walau kengkadang tu bingit gak telinga dok kena sakat je.

 

 Ni time dia dok mengacau ayah tidor.  Baru lepas mandi balik berjalan.  Dia taknak tidor lah dah sebab dalam keter sepanjang perjalanan dia tidor.  Balik rumah dia kacau orang.

 Suka makan kerepek bawang ni. Walhal kerepek ni punyalah keras.  Tak dibagi nanti tak berenti pulak merengek.  Ha! ambek....Gigi pun dah banyak. Cuma takut gelojoh je lah makan tu.  Nanti takut tercekik.



Hepi tak dia dapat lepas merayau sana sini di pejabat pendaftaran masa hantar abang buat IC.  Remaja dah abang kita.  Dah ada IC.
 
 Muka merajuk sebab kena HEP!... ye lah, berlari sana sini.  bila orang suka dan ketawa, lagi lah dia tunjuk kelaku.

 Tengok tu dia dok mengacau anak cina tu.  Dia sebok memegang botol budak tu.  


Ayah kena cepuk.  Sebab tidor lama sangat. Kena penampor dia perit jugak ooo...
 



 Makan apa saja.  Beri apa saja, semua ngap.  Pantang nampak orang makan suka minta..'nak, nak'!..

Suka main air jugak....heheheh abaikan perut ayah yang macam tembikai tu....hahaha...

May 2, 2012

Aku trauma. Aku cemas.

Assalammualaikum

Ye. Aku trauma. cemas. takut. runsing. dan macam-macam rasa.  selagi aku masih trauma selagi tu semua rasa ini takkan hilang.  kenapa aku trauma? aku trauma sebab anak kecil aku hilang. tak lama. 5 minit aje. tapi 5 minit tu lah buat aku trauma hingga hari ini. 2 hari sudah.

Malam tu kami ke downtown The Mines.  saja jalan2. malam cuti kan. oh ye! kejadian 30/4 malam lebih kurang kurang  pukul 10.30 malam.  sampai sana 9.30 malam. orang sangat ramai.  pusing 3 4 kali baru dapat parking. biasanya waktu2 begini keadaan masih lengang. tapi tidak malam itu. maklumlah malam cuti.

Ayah dukung Aqeisa yang mulanya dok dalam stroller.  Budak besar tu cepat sangat bosan dok dalam stroller.  Rasa macam nak jual aje stroller tu.  Ye lah, mula2 bawak budak. Tapi kurang 30 min.  Lebihnya jadi tempat isi barang. masa nak bayar satu barang yang dibeli, ayah pas Aqeisa pada abang Aqel.  Aqel pulak, nak belek barang, diletaknya kejap adik kat bawah. di celah-celah kakinya. itu satu kecuaian yang sangat-sangat,,,,,,,,,, huurrrhhhh...... ni aku tak tahu ni.  Tak sampai 2 minit Aqeisa takde di kaki abangnya.  Apa lagi la... kelam kabut masing-masing mana Aqeisa, mana Aqeisa....

Aku sangat-sangat cemas masa ni.  rasa tak tentu arah sangat.  orang ramai.  kedai rapat-rapat. Mana nak cari adik ni Aqel.  Kenapa lepaskan adik ni Aqel.  Memang aku merintih malam tu. aku tak tahu, mana nak celah.  Aqel berlari keluar dari situ.  cari di celah2 kedai makan.  ni budak kecik, mesti tunduk bawah kalau mencari.  tak boleh pandang ke depan. kering darah masing masing.  Yang Aqeila sebok menjerit nama adiknya.  Dia baru 1 tahun 5 bulan.  Dia takkan tahu dan takkan perasan. 

Mujur Aqel lari ke jalan yang sama dengan laluan Aqeisa.  Terjumpa adiknya di depan gerai  makan tengah garu kepala. Dia sendiri tak tahu yang dia tu lost.

Walau apa pun syukur Alhamdullillah.  Allah masih nak panjangkan umur kita bersama. kurang-kurang aku dan famili dapat pengajaran yang sangat2 besar dari kejadian itu.  

Ini kali kedua terjadi namun kali pertama tidak seteruk ini sebab terjadi di Alamanda.  Bukan peaktime dan orang tak ramai.  Issyyyy...tak boleh diigat2.  berderau jantung.

Mungkin selepas ni aku nak consider Baby leash/harness.  Memanglah nampak mcm tak berapa nak best. biarlah orang nak kata apa. itu tak penting. yang penting anak aku selamat.


lepas ni berjalan in crowd terpaksa begini.  kecuaian memang tak dapat dielakkan.  Budak baru dapat kaki suka bebas tak mahu berpegangan.  ini lebih baik.

Apr 23, 2012

Progress Renovate Rumah II

Assalammualaikum.


Ni kali ketiga aku dok berulang ke Bandar Saujana Putra sejak rumah aku ni direnovate. Namun ketiga-tiga kalinya aku SANGAT, SANGAT, SANGAT terlupa nak ambil gambor. Sedangkan itulah tujuannya aku berulang ke sana. Boleh aku tengok progress kerja disitu. Terkadang alangkah sakitnya hati dengan perbuatan sendiri yang SANGAT-SANGAT pelupa.

Semalam pergi juga ke sana. Namun hanya ambil gambar progress pagar. Lain2 tak ambil sebab TAK INGAT. Bila dah ada dalam kereta menuju ke luar tol baru perasan. Arghhhh....boring tau dan SAKIT HATI.

Well untuk rekod, reno dah 80% complete. Boleh tahan kontrak ni buat kerja. Dari segi masa, aku suka. Kekemasan aku suka. Tapi aku ni bukan cerewet mana pun. Janji tiada cacat cela di mata kasar, aku hepi. Aku ni tidak seteruk sesetengah orang, nak kerebet satu-satu. Itu CONFIRM bukan aku. Atas bawah dah siap plaster. Bilik dah ada, bilik air dah siap. Cuma tiang lama belum hack lagi. Famili hall atas boleh tahan besar. Bilik air pon pon boleh tahan besar. Pendek kata famili hall kat atas sama besar dengan hall flat aku ni. Tapi kontraktor tu ada bagitau yang dia dah fulfil aku punya requirement tu pasal aku tak komplen banyak.


Dapur dan bilik air pon dah siap plaster dinding. Seminggu dua lagi nak lekat mosek pula. Dapur tu sedikit sempit sebab aku besarkan dining hall. Boleh la tu. Aku pun tak berkenan dok ramai-ramai kat dapur. Aku selalu jadi tak tentu arah kalau orang sama-sama memasak kat dapur aku. Aku jadi tak reti. Tu sebab orang kalau datang umah aku, aku suka masak siap-siap. Atau kalau ada orang dalam rumah, aku soh dia dok depan ke tengok tv. Biar aku masak sengsorang, takpe. Aku tak kesah mana pun.

Tangga pun dah siap. Pendek kata semua dah siap simen ler, tinggal lagi nak buat lantai dan tukar pintu.



Ha, ni je gambor yang aku teringat snap. Dinding pagar.


Ni dinding pagar aku di jiran sebelah kanan. Jiran aku ni dok sini sejak mula dapat kunci. Dia dah siap pagar dah. Jadinya, terpaksalah aku menanggong sebelah pagar lain sebelah lagi lain. Nak buat cam ner. Kontraktor tu soh aku bincang dengan jiran sebelah nak minta runtuhkan dinding pagar dia tu dan bina yang baru. Sebab orang dah tak pakai pagar botol tu dah. Eh! macam senang-senang aje kan aku nk ckap kat orang cam tu lebih2 lagi ngan jiran yang aku nak kena hadap berhari-hari nanti. Rasa idak ler aku nak cakap gitew kat jiran tu. Biar ler dinding sebelah lain sebelah lain janji harmoni. Bukan apa, aku letak kan diri aku ke dalam kasut jiran tu. Sebab nak cantik umah kau, aku plak yang kena sebelah lain sebelah lain. Mana leh jadi. Dah tentu2 dia buat dulu. Mmmm, rasanya betul kot tindakan aku ni.

Dinding yang buruk tu kalau di cat nanti mesti jadi cantik kan....

Tu je la seadanya.......





















Apr 16, 2012

Ini cerita saya


Assalammuialaikum.

Minta maaf. Hari ini saya nak bercerita pasal saya. Tiada kisah ibu kali ini tapi kisah saya. Saya sudah 1 tahun 5 bulan. Yeayy. Cepatkan waktu berlalu. Sikit waktu aje lagi pada tahun ini saya sudah pun 2 tahun. Wah!. Sudah semakin besar saya dan mesti ibu benarkan saya buat lebih banyak perkara yang boleh menaikkan darah ibu. Yeayyy.



Pada satu petang, ibu sedikit terkejut bila lihat kepala saya ada toncit. Yeayy. Walaupun dengan rambut yang sedikit, saya berjaya ditoncitkan. Sungguh comel saya kelihatan. Masakan tidak. Sesapa yang lihat saya mesti kata, ala tomei, tomei. Ciput nyer toncit ye!!!....



Mereka hanya kata saya comel tanpa mereka tahu yang saya sedang keperitan. Cikgu telah menarik rambut saya setegang-tegang nya untuk dijadikan toncit ini.



Tapi takpelah, untuk kelihatan comel, saya rela. Kan ibu kan!!!... Sebab saya lihat ibu sangat gembira semasa ambil saya pulang. Sikit pun ibu tak tanya, tak sakit kah?...mmm.. apakah??



Di satu pagi, abang telah membawa saya ke taman permainan. Saya suka sangat. Abang telah membawa saya naik buai ini dan membuainya perlahan-lahan. Sungguh nyaman bersama dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Sungguh berhati-hati abang menolak saya supaya saya tidak jatuh. Sebab kalau saya jatuh pasti ibu akan naik hantu pada abang. Oh!...saya tak rela ibu marah abang. Saya sayang abang saya.



Sungguh mengantok rasanya dibuai sebegini. Seronok tak terkata. Kepala saya pun seperti berbuai-buai dan seperti hendak tidur ketika itu jugak.



Saya hampir tertidur. Lamunan saya terhenti bila kak ngah kidnap saya untuk main permainan yang lain pula. Eh!... seronok saya berganda-ganda.......



......bila saya dapat main jongkang jongkit pula.




Saya hampir tidak dapat mengawal diri sehingga saya menjerit keseronokan sekuat-kuat hati. Makin kuat saya ketawa semakin kuat kakngah menhenjutkan jongkang jongkit itu. Saya tahu kakngah sangat sayang saya sehingga kakngah sangat gembira melihat saya gembira.




bukan saya dan kakngah aje yang seronok ketika ini tapi..........









ayah jugak....










dan ibu jua........hahahah.....


Hari itu adalah hari yang sungguh seronok sebab sepanjang hari saya dibawa bermain. Pada petang hari yang sama, kakngah telah membawa saya ke mesin permainan ini. Dia bergerak sendiri menggunakan elektrik. Tak perlu masuk duit. Maka saya bermain sorang-sorang tanpa mempedulikan kanak-kanak keliling saya yang jeling-jeling saya. Mungkin mereka suruh saya turun. Tapi saya tidak peduli. Sapa yang paksa saya turun, saya akan jerit sekuat-kuat hati saya. Cuba lah!!!!.....




Kakngah setia menemani saya sebab bimbang saya akan jatuh dari kereta yang tidak berpintu ini. Sebab kalau saya jatuh, selain saya sakit, kak ngah juga akan sakit kena taram dengan ibu.... hhehhhheeee...alangkah seronoknya jadi adik!!!......




Main tanpa henti. Itu yang saya buat petang itu.




Petang itu akhirnya berakhir jua. Namun saya pulang ke rumah dengan hati yang sangat-sangat puas dan hepi. Besok kita pergi main lagi ye ibu!!...

Terima kasih kepada yang sudi baca cerita saya ini.
Sayang U all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...