Well anyway....'alah bisa tegal biasa'... (betul ke ni???), aku sekarang ni belajar berfikiran positif, bila usia dah meningkat paling penting kena jaga kesihatan, sentiasa hepi dan belajar mengawal stres. Tutup citer tu, skang mari bukak cerita baru. Hari ini, hari terakhir dalam tahun 2008. Banyak kenangan yang ditinggalkan, begitu lah bila tahun baru menjelma, macam-macam kenangan yang ditinggalkan. Dan sekarang memulakan azam baru. Aku jarang berazam yang luarbiasa, melainkan aku sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, hidup lebih gembira dan tenang, dikurniakan suami yang baik dan anak yang soleh dan solehah. Amin...
Sambil2 tu ada beberapa babak-babak cerita yang tak sempat diceritakan disini...Semuanya adalah kenangan-kenangan yang indah-indah belaka bersama keluarga....
Semalam hari orientasi murid tahun 1. Pendek kata kebanyakan sekolah memulakan orientasi tahun satu. Seronok qeila pakai uniform sekolah. Uniform tu buat sendiri, so itu pun menyumbang kesibukan aku lately. Aku sendiakan baju kurung putih 5 helai dan kain biru 3 helai untuk qeila. Untuk aqel aku beli je!!.....
Sempat beritahu qeila macam mana nak berbelanja di kantin. Kantin sekolah pun dah mahal sekarang ni, nasi lemak tu je RM1.50 sebungkus. Air tu standard la RM1.00. Belanja sekolah sekarang ni kurang-kurang RM3.00. Tu pun boleh dapat dua benda ni jes. Kalau rajin boleh ler bawa bekalan dari rumah. Pagi ni qeila bangun awal sangat sebab dia kata dia nak pergi sekolah. Ehh!!!....semalam je sekolah la qeila, hari ni belum start sekolah lagi. Tunggu 5hb baru sekolah. Macam tu la bila mula-mula nak masuk sekolah. Teringat aku mula-mula masuk darjah 1 dulu, tak tidur malam beb!!!!...........
Ni kitaorang punya famili day ke Sunway Lagoon, 13 Disember yang lalu. Kelihatan, Atok and the cucus bermain air. FYI, masa ni water park ni belum buka lagi, jam 10.00 tepat baru bukak, tapi kanak-kanak ni memang tak sabar-sabar nak main air. Seronok nya dorang hari tu, tak naik-naik sampai kembang muka masing-masing dek air yang tinggi kandungan klorin ni......
Uda and famili...sikecik ni pun sampai biru-biru muka main air...
Ni kitaorang punya famili day ke Sunway Lagoon, 13 Disember yang lalu. Kelihatan, Atok and the cucus bermain air. FYI, masa ni water park ni belum buka lagi, jam 10.00 tepat baru bukak, tapi kanak-kanak ni memang tak sabar-sabar nak main air. Seronok nya dorang hari tu, tak naik-naik sampai kembang muka masing-masing dek air yang tinggi kandungan klorin ni......
Uda and famili...sikecik ni pun sampai biru-biru muka main air...
Gambar kenangan masa balik Hari Raya Haji baru ni ke kampung abang di Kota Bharu, Kelantan. Bergambar beramai-ramai lepas makan daging korban. Raya this time, tak kemana-mana sangat sebab hujan. Tak kuasa nak berjalan dalam hujan-hujan nih......
For the first time setelah banyak kali mencuba, aku berjaya buat donat yang sangat lembut. Aku impressed sangat dengan donat ni sebab ianya sangat gebu dan lembut......aku dapat resepi dari FP mana ye!!!....aku lupa la, tp resepinya aku masih ingat di kepala aku lagi...
Resepinya:
Rebus kentang sederhana besar, blend dengan secawan air suam
1/2 paket yis kering mauripan
1/2 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum
Gaul semua bahan diatas dan jadikan doh yang lembut. Lagi lembut doh lagi lembut donat tu... Well selamat mencuba....
Tu la dia seadanya posting aku kali ni. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, Selamat jugak Maal Hijrah Baru ni. Moga-moga kita akan dirahmati semuanya dari Nya....