Dec 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam. Petang ni berpusu-pusu le kot orang bandar ni keluar dari ibu kota bagi menyambut Hari Raya Korban. Maklum ler, apa-apa perayaan pun, memang lebih seronok meraikannya dikampung. Sementelah pulak cuti-cuti sekolah ni. Lebih ramai rasanya yang balik ke kampung esok, Sabtu. Kalau hari ni balik kerja rasa macam kelam kabut la pulak nak buat itu ini, lebih-lebih orang yang berkeluarga besar. So balik nanti boleh packing segala baju dan esok baru lah tenang sikit dalam perjalanan. Tu pun kalau tiada kesesakan jalanraya. Tapi rasanya jalan pasti sesak lebih-lebih lagi jalan-jalan utama yang menghubungkan pantai timur dan utara semenanjung. Well, tahun ni aku akan menyambut Aidil Adha di kampung hubby di KB, Kelantan. Esok balik rumah mak dulu diBentong. Pagi-pagi Ahad kami akan bertolak ke KB. Mungkin kami ikut Terengganu kot. Suka ikut jalan tu sebab menyusuri pantai, tidak lah jemu sangat perjalanan. Kiri kanan jalan pun ada banyak tempat nak berhenti. Senang nak ke tandas ke atau ke gerai-gerai makan dan makanan di sepanjang jalan. Berbanding jalan Gua Musang yang agak sunyi dan keadaan jalan yang kurang selesa. Biar pun jauh dan kos yang lebih tapi demi itu untuk keselesaan kami sendiri la (kami rasa). Apa-apa pun aku mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk anda semua datang singgah sini. Nanti kita bercerita pasal balik kampung raya korban plak ye di next posting. Salam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...