Jan 29, 2009

What a gud newsss!!!!!!.........

Ada berita baik nampaknya hari ni. Apatah lagi tuan badan yang menerima berita gembira ini. Permohonan Ija, adik ipar aku (isteri uda), untuk menempatkan dirinya ke KPLI telah pun diterima. Wah!!!...ko!!!....abeh seme org ditalipon nya, terkikik2 ketawa. Seronok benor kamu!!...Well Tahniah, kak ngan sekeluarga pon tumpang gembira yang amat sangat. Moga impian menjadi pendidik yang berwibawa tercapai...Tahniah lagi sekali...

Ija dan Shahmin.... tinggal ler ko shahmin........mama nak 'back to school'.......

Entry 2 - Selamat Hari Lahir Mak & Abah / Cuti Raya Cina

Cuti raya Cina baru ni memang la berangan nak outing, nak cuti-cuti, rehat kan fikiran. Tapi bila buat call hotel dan nak buat reservation semuanya fully-booked. Kalau available pun, harganya mak aiiii!!...step father!!!!!!....double up!!!!......Aku ingat kalau pergi pun bercuti time raya cina ni mesti kepala hotak akan lebih berserabut. Dengan jalan yang jem + hotel yang fully-booked, just imagine la how the swimming pool looks like........ kalo ikut pengalaman tahun lepas waktu kitaorang bercuti ke Trengganu masa raya cina, jalanraya memang damn bloody....all the way long from Trengganu jem towards KL.... all hentian rehat memang penuh sampai nak beratur ke bilik air pun macam S curve......memang tak boleh lupa la time tu...so, learned from last year, this year kitaorang plan buat aktiviti indoor je, maksud aku buat yang berdekatan je, yang tak perlu travel jauh-jauh. Nampaknya plan tu very enjoyable..... Kitaorg buat suprise party untuk mak dan abah punya birthday. Kebetulan kan, kedua-dua mak dan abah sambut birthday bulan Januari cuma tarikh je tak sama. Mak 14/1 dan abah 23/1.........mak yang 59 abah yang ke 60++ (according to abah, tarikh lahir dalam IC dia tu tak tepat, seingat dia, dia dah besar baru buat surat beranak, maklum la, abah aku lahir time huru-hara Jepun dulu...)


Kek Secret Receipe...suprise for Mak & Abah...Sponsored by US.......






Acara potong kek, kelihatan Aqeila menyelit kat situ..dia memang suka enterframe pun......
Emak dan abah nampak terharu dengan sambutan birthday kali ni... tu la pun kitaorang buat kecil-kecilan je!...

Dengan cucu-cucu..Ada 6 orang dah kesemuanya.......Round clock: Emak pegang Qaseh Nur Sufyia, abah riba Nur Aqeila, Haziratul Husna, Muhammad Adib, Muhammad Aqel dan terselit Muhammad Shahmin Hani.


Tuan rumah sediakan mi sup hari tu...memang Superb!!!.....


Keesokan hari nya, kitaorang pergi berkelah ke Hutan Lipur Lentang. FYI, hutan lipur ni just bersebelahan Hiway KL-Karak di sebelah kiri menuju ke Kuala Lumpur dan dah tentu-tentu lah di sebelah kanan ke Karak ye tak...Oh!!! What the!!!..... Kitaorang sampai lebih kurang pukul 10 pagi..sampai-sampai je mak aiiiii!!!!. kereta dah penuh dan khemah-khemah pun dah penuh di kiri kanan tebing sungai...mujur ada 1 port yang terakhir dapat jugak kat kitaorang. Kami ambil sungai yang landai, kurang batu-batu, kurang thrilled dan memang sesuai untuk kanak-kanak. Bapak kanak-kanak memang rasa sikit bosan la......


Kitaorang berbarbeque, kelihatan hubby aku bertungkus lumus menghidupkan api.






Tak tunggu seminit pun, terus terjun...












Our BBQ........






Syoknya bersantai......










Berendam sampai lebam










Tunjuk skill...memang seronok la diaorang nih








Adib pun tunjuk. Mula-mula, takut-takut je dia nih, lama-lama, 'aku la hero'





-END-


Entry 1 - Cerita Sebulan Yang Lepas

Salam. Dah lama aku tak tepek apa-apa entry. Bukan tak masuk blog ni, tapi mencari waktu yang sesuai yang tulis-tulis apa yang patut disini. Seperti yang aku dah cerita sebelum ni, so aku sekarang ni dah pun berada di department baru, ikut bos.... dept baru ni jauh sangat berbeza dengan dept terdahulu. Kat sini dept besar dan banyak deal dengan pemborong dan pengilang beras...dan menurut bos aku kat sini dia kena lebih berhati-hati sebab disini sangat terdedah dengan perbuatan hulur-menghulur ni... harap-harap bos aku tak terjebak. Aku no hal la, tak terbabit pon...Well, abaikan cerita-cerita pasal kerja yang mebosankan dan memenatkan. Blog ni untuk bersantai, untuk meringankan kepala dan hepi-hepi....

Walau macamana pun aku tetap nak masukkan entry birthday anak sedara aku, Shahmin. Ya lah, blog ni cerita pasal sedara-mara aku je la sebab aktiviti kitaorang cuma antara famili-famili je. FYI, hubungan kami sekeluarga ni sangat la rapat, baik adik-beradik, ipar duai, anak2 sedara..pendek kata semuanya lah...tu la mak selalu pesan, berlebih berkurang la dengan adik beradik, jangan mudah berkecil hati dan paling tak mau ialah berdendam. Well, kitaorang akan ingatla pesan mak tu.... panjang plak jadi nyer citer ni..... ok la....jom kita tgk gambar:


Birthday Muhammad Shahmin Hani yang ke 1......Dia macam takut plak kat kek dia tu...3 biji kek yang dicantum menyerupai mickey mouse... itu je kretiviti yang ada di kedai kek Bentong... abeh kreatif dah tu.....
Antara kanak-kanak yang hadir. Ni main panggil-panggil je. Nampak je ada budak-budak yang main-main kat situ semua dipanggil. Apa-apa pun dorang still cucu-cucu jiran mak. Ada yang berpeluh-peluh, ada yang comot....lantak korang la...



Time buka hadiah pulak. Hadiah-hadiah datang dari mak pak sedara je.....tapi orang lain pulak yang terlebih sibuk nak buka...biasa la kan...nama pun kanak-kanak...

Sebelum tu, ada majlis kenduri marhaban untuk Qaseh Nur Sufya.. ekceli, kenduri aqiqah dah pun dibuat di rumah opah Qaseh, tapi Wan nak juga buat marhaban dan cukur jambul di rumah kami. So, buat hi-tea aje lah. Qaseh yang sedang nyenyak tidur sementara tunggu untuk dicukur....




Round time. Dari pengalamana aku yang sudah-sudah, baby akan tidur je time nenek-nenek marhaban.... best kot marhaban nenek-nenek tu







Antara nenek-nenek yang marhaban. Gelaran nenek la untuk Qaseh, kalo aku ni mak cik la......




Well, majlis hi-tea ni adalah penutup untuk tahun 2008 yang lalu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...