Salam. Dah lama aku tak tepek apa-apa entry. Bukan tak masuk blog ni, tapi mencari waktu yang sesuai yang tulis-tulis apa yang patut disini. Seperti yang aku dah cerita sebelum ni, so aku sekarang ni dah pun berada di department baru, ikut bos.... dept baru ni jauh sangat berbeza dengan dept terdahulu. Kat sini dept besar dan banyak deal dengan pemborong dan pengilang beras...dan menurut bos aku kat sini dia kena lebih berhati-hati sebab disini sangat terdedah dengan perbuatan hulur-menghulur ni... harap-harap bos aku tak terjebak. Aku no hal la, tak terbabit pon...Well, abaikan cerita-cerita pasal kerja yang mebosankan dan memenatkan. Blog ni untuk bersantai, untuk meringankan kepala dan hepi-hepi....
Walau macamana pun aku tetap nak masukkan entry birthday anak sedara aku, Shahmin. Ya lah, blog ni cerita pasal sedara-mara aku je la sebab aktiviti kitaorang cuma antara famili-famili je. FYI, hubungan kami sekeluarga ni sangat la rapat, baik adik-beradik, ipar duai, anak2 sedara..pendek kata semuanya lah...tu la mak selalu pesan, berlebih berkurang la dengan adik beradik, jangan mudah berkecil hati dan paling tak mau ialah berdendam. Well, kitaorang akan ingatla pesan mak tu.... panjang plak jadi nyer citer ni..... ok la....jom kita tgk gambar:
Birthday Muhammad Shahmin Hani yang ke 1......Dia macam takut plak kat kek dia tu...3 biji kek yang dicantum menyerupai mickey mouse... itu je kretiviti yang ada di kedai kek Bentong... abeh kreatif dah tu.....
Antara kanak-kanak yang hadir. Ni main panggil-panggil je. Nampak je ada budak-budak yang main-main kat situ semua dipanggil. Apa-apa pun dorang still cucu-cucu jiran mak. Ada yang berpeluh-peluh, ada yang comot....lantak korang la...
Time buka hadiah pulak. Hadiah-hadiah datang dari mak pak sedara je.....tapi orang lain pulak yang terlebih sibuk nak buka...biasa la kan...nama pun kanak-kanak...
Sebelum tu, ada majlis kenduri marhaban untuk Qaseh Nur Sufya.. ekceli, kenduri aqiqah dah pun dibuat di rumah opah Qaseh, tapi Wan nak juga buat marhaban dan cukur jambul di rumah kami. So, buat hi-tea aje lah. Qaseh yang sedang nyenyak tidur sementara tunggu untuk dicukur....
Round time. Dari pengalamana aku yang sudah-sudah, baby akan tidur je time nenek-nenek marhaban.... best kot marhaban nenek-nenek tu
No comments:
Post a Comment