Feb 16, 2009

Upin & Ipin : Geng Pengembaraan

Malam minggu baru ni, bawa budak-budak tu pergi tengok movie di GSC, Alamanda Upin dan Ipin - Geng Pengembaraan. Punya la lama kami suami isteri tak jenguk panggung, sejak kami berkahwin memang dah tak tengok wayang lagi. Hampir 10 tahun, lama ya bang!!!!..... Ingat lagi dulu-dulu masa mula-mula berkawan dan bercinta, lepas satu, satu movie yang kami tengok. Kadang-kadang tu dalam satu hari tu sampai dua movie kami tengok. The best part ada satu movie tu sampai tiga kali aku tengok kat panggung, citer Titanic. Naik hafal dah dialog masa tu..... Lagi best, movie hindustan pon aku layan, citer paling top masa tu, Kuch kuch hota hai...... siap nangis tuuuu!!!....sampai hubby aku (boyfriend masa tu!!), terpaksa la layan juga walhal dia memang tak minat tengok hindustan.... hanya selepas kitaorang kahwin baru dia buat pengakuan sebenarnya dia tak minat lansung movie hindi........ ha!!!....ni la dia satu contoh masa bercinta lain (palsu) dan keadaan masa sudah kahwin lain (ha!..this is the true colour)....

Well, berbalik movie Upin dan Ipin : Geng Pengembaraan tadi. Anak-anak aku siap buat countdown lagi nak tengok movie ni. Memang best movie ni, cerita animani Malaysia yang paling hebat dan setanding dengan movie animasi omputeh.....ada sket2 cacat cela tu biasa la, the first one kan....yang best nyer kat panggong memang havoc...full house!!!!......dan paling respect dalam filem ni tak de satu pon nama artis yang popular yang boleh kasi naik filem ni tapi apa-apa pon filem ni tetap boom!!!.. Aku rekomen sangat-sangat ler engkome pergi panggong tengok movie ni. Memang puas hati. Plak tu rasa cam bangga je sebab yang tukang buat filem ni rata-ratanya anak-anak muda bangsa kita. Bangga siottt!!!!!.......Walau baru sekali tengok Aqeila dah hafal dialong dan asyik ulang itu je..."ye-ye kita dah sesat, kita dah sesat. Sesat tu apa, sesat tu kita tak boleh balik la"...... Dorang memang enjoy sangat-sangat dan ajak tengok lagi. Tapi cukup la tu nanti kita beli DVD. Boleh tengok banyak kali...so tunggu DVD Original keluar. Target org yang buat filem tu 10 juta..... kalau la dorang berjaya, kitaorang anak beranak la antara penyumbangnyer...ngeh..ngeh..ngeh......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...