Sep 30, 2009

Syawal 2009 - 1st Raya

Macam biasalah 1st daya raya kitaorang semua berkumpul di rumah mak. Untuk sesi bergambar kali ni, tangga jadi pilihan, hik! hik!...glamer tangga tahun ni.. bukan apa, situ tempat paling luas nak bergambar. Lagipun bergambar dalam rumah, cahaya tak cukup nanti gambar jadi gelap dan lesu jerk. K lah, ni pun dah raya yang keberapa baru nak update blog. Baru hari ni aje ada kesempatan nak bukak blog. So tengok gambar je la ek!!...

Anak-beranalk. Tema koko

Atok, Wan and the cucus


Bersalaman dan bermaaf-maafan


Ima and the famili. Ima kemudian beraya ke rumah ibu mertuanya di Temerloh.

Pakteh ada datang singgah ke Bentong, sebelum bertolak ke Bentong, kitaorang pon nak chow balik kampung abah di Sungkai Perak.

Bergambar beramai-ramai di beranda rumah mak. Sejuk sikit. Lepas siap bergambar seme, baru makan-makan.

Lagi satu, atok wan and the cucus...

Homade raya cookies. No tunjuk-tunjuk and beli-beli tau. seme buat sendiri. Ni tak masuk chips yang x de dalam gambar. Chips seme beli sebab tak kuasa ngadap kuali panas-panas. Cookies kat atas combine ngan long. Long buat 6 jenis, aku 4 jenis. Selebihnya ihsan dari mokde. Terima kasih daun keladi mokde bagi kueh rayer, kalau ada lagi boleh bagi lagi....


Ni antara juadah pagi raya. tak sempat nak snap semuanya. Ada rendang daging, rendang ayam, nasi impit and kuah kacang, sate daging dan sate ayam, lemang, nasi minyak, mi goreng ngan acar. Seawal pukul 3 pagi aku, mak dan long bangun nak masak-masak. Disamping nak menjamu sedara-mara yang dah pun berjanji nak datang, juadah tu pon untuk packkan bawa balik kampung opah belah petang tu. So, end of 1st raya...............

Sep 14, 2009

Start Buat Cookies

Semalam Ahad, pergi lah ke KL, kononnya nak shopping baju raya untuk budak-budak ni. Hari tu dah shopping ke SOGO, membeli dah tapi beli seluar je. Itu pun dah memunggah-munggah, maklum ler sale...ngan kain baju menambun-nambun, dengan orang yang ramai. Sampai naik termuntah memilih-milih. Barang mahal tetap mahal tapi orang memang tak putus-putus. Kata ekonomi tak bagus, takpe tak macam ruper itu pun...???.... Yang ni hari tu punya cerita, semalam punya cerita lagi best... Belum pun sempat nak masuk ke ke bandar pun, jalan dah jem tersumbat tak boleh masuk... per citer ni?...ramai nya manusia mengambil kesempatan cuti ahad nak gi shopping-shopping....member kaki sudah lengoh drive, dia kata, malas nak masuk dan nak balik..... boleh gituuu???...hangin jugak sebab datang all the way dari Putrajaya, aleh2 nak balik tanpa turun dari kereta pun.... tapi tengokkan keadaan jalan yang ntah pukul berapa boleh clear mcm menurun jugak mud nak bershopping...... last-last sepakat setuju pusing dan balik......singgah ke Jusco Taman Equine beli butter dan barang buat kueh...hari lain je la gi shopping, last min shopping pun best jugak.....
Masa Sabtu hari tu beli mixer cam K4 nak bantu keje buat cookies...jadi ler tu...murah je beb!!!..RM42.90...hik! hik! hik...murah kan???....senang keje akak.......janji boleh jalan, ok je aku guna tak henti-henti....
Tengah mix untuk buat choc chips cookies....


Ini chocolate chips cookies yang pertama kali try...hmmm...mmg wallah.... best giler, tak rugi cuba buat, dapat ler 2 balang kenit tutup merah tu, tp malam tu 1 balang dah selesai...hehehhehhe....hari ni kang nak buat lagi 2 adunan...so sapa2 nak try meh amek resepi kat sini:
1 biji butter - cairkan...kacau dengan 1 cawan gula perang
masukkan 1 biji telur + 1 kuning telur + esen vanilla
Pukul sampai kembang dan creamy...
bekas lain, mixkan 2 cawan tepung gandum + 1/2 sd teh bikabornat + 1/2 sd teh garam
campurkan dalam bekas butter tadi dan kacau rata dengan senduk kayu...
last sekali masukkan 1 cawan choc chips dan 1 cawan walnut (tapi aku ganti dengan 1 1/2 cawan cornflakes)....
Pas tu bakar.
cuba lah, anda pasti tidak kecewa...........

Ini pagi2 Sabtu sebelum mulakan projek choc chips, sempat aku buat 1 gaun untuk anak sedara aku si Qaseh tu...senang je, 1 jam siaplah 1 gaun ni...

Sep 3, 2009

Kerabu Mangga



Masa pergi rumah pakteh last weekend, geram tengok buah mangga bergayut-gayutan. Rendah-rendah aje semua buah-buah tu. Banyak. Kata pakteh takde sapa nak ambil. Kalau nak,ambil lah. Lepas dia sound macam tu, gasak lah kitaorang ni memetik buah-buah mangga muda tu. Bila dah bawa balik teringin lah pulak nak buat kerabu magga. Bulan-bulan puasa ni memang sedap berulam-ulaman. Kebetulan pulak semua bahan-bahan ada di rumah. Terus mulakan projek. Alamak!...simmer slowly, as easy as 1 2 3....
Let's try.
Mangga 2 biji sagat memanjang
6 biji cili api
sejemput udang kering (goreng dulu - ikan bilik pon ok jerk)
bawang besar 1 bji - potong halus
kacang tanah 4 sudu - tumbuk-tumbuk sket
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
Mix kan je bahan-bahan kat atas and ngap....mmmmm...nyum!..nyum.....

Sep 1, 2009

Las' Weekend

Malam minggu pakteh buat majlis berbuka puasa di rumah nya. Jemputan cuma orang-orang kampung dia la. Tak ramai sangat yang datang. Long weekend, ramai yang balik ke kampung. Sedara mara pun cuma keluarga kitaorang je yang ada. Yang lain-lain tak dapat hadir. Lagipun rumah pakteh ni jauh tersorok ke dalam kebun di Jalan Kebun. Aku pun tak pasti disini kawasan Shah Alam atau dah masuk ke Klang. Makin besar rumah pakteh ni. Satu yang menarik ke sini, bila tengok tanaman yang ditanam oleh pakteh. Macam-macam jenis pokok buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada. Sejak duduk sini pakteh memang rajin buat gardening.....

Sementara menunggu berbuka.... sampai pun dah dalam pukul 6petang, semua dah siap masak. Nampak sangat datang juz nak makan....kui..kui...kui...

Susunan gambar berterabur sket... ni sebelum kitaoran gerak ke umah pakteh. Adik baru je dpt Myvi dia (disebut as 'MAWI' oleh abah, terus lenjan dari Bentong ke umah Pakteh. Yang bes, budak-budak ni boleh lak berebut-rebut nak naik keter baru......

Long and famili...missing one person....

Aikkk...bergambar di tempat yang sama je...hehehehhe...malas nak bergerak...tu pun mujur ada yang nak tolong ambilkan gambar... This time masing-masing dah lembek...tunggu nak ngap je...

Aku ngan mak, tempat yang sama jugak hokay.....tak ambil pun gambar menu kat situ..antara yang ada malam tu, mi kari, mi sup, tomyam, ayam goreng, patin tempoyak, cendol, abc, laichi kang dan macam-macam la...kitaorang ni kalo makan tak emboh nya sesikit.........



Ha ni lagi makanan, snap masa dorang ramai-ramai datang umah aku the day before tu....rezeki memang murah time ramai-ramai ni. Orang ni beli sket, orang tu beli sket...tak sedar penuh dah meja, sampai nak letak cawan ngan pinggan pon tak de...tapi gi Bazaar Ramadhan ni hati-hati sket. Ada peniaga ni takat nak duit aje, tapi kuih2 yang dibuat ntah apa-apa rasa. Ada kalanya dah basi, tak tau la bila punya kueh.........kalao gi bazaar tengok peniaga, kalo ala-ala termenung tu, lebih baik jgn beli. Cari gerai yang ramai orang, lagi ramai orang mungkin gerai tu makanan nya sedap tu pasal orang berebut. Tapi tu ler, tak larat nak menunggu kan!!!!...... Hati-hati je la....


Masa ramai-ramai ke Putrajaya...memang seronok beramai-ramai, rumah sempit pun tak terasa sangat.....
Jumaat hari ada jugak singgah ke Masjid Sultan Al Mizan (Masjid Besi), Putrajaya. Ingat nak buat terawih di sana tapi banyak kemudahan seperti lif ngan tangga gerak belum berfungsi. Kesian dekat mak sebab dia tak kuat langsung nak panjat tangga. So pergi visit je hari tu...ada ambil gambar tapi ada gangguan cahaya jadi gambar agak gelap... Nanti lah pergi lagi boleh snap puas-puas. Masjid tu memang class dan cantik. lapang je...... Sepanjang bulan Ramadhan ni memang diadakan berbuka puasa hari-hari disitu....so bagi bujang dan dara atau yang dah bekeluarga boleh ler gi sana menjamu selera...bukan takat dapat pahala...dapat jugak jimatkan fulus anda.........heheheheheheh......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...