Malam minggu pakteh buat majlis berbuka puasa di rumah nya. Jemputan cuma orang-orang kampung dia la. Tak ramai sangat yang datang. Long weekend, ramai yang balik ke kampung. Sedara mara pun cuma keluarga kitaorang je yang ada. Yang lain-lain tak dapat hadir. Lagipun rumah pakteh ni jauh tersorok ke dalam kebun di Jalan Kebun. Aku pun tak pasti disini kawasan Shah Alam atau dah masuk ke Klang. Makin besar rumah pakteh ni. Satu yang menarik ke sini, bila tengok tanaman yang ditanam oleh pakteh. Macam-macam jenis pokok buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada. Sejak duduk sini pakteh memang rajin buat gardening.....
Sementara menunggu berbuka.... sampai pun dah dalam pukul 6petang, semua dah siap masak. Nampak sangat datang juz nak makan....kui..kui...kui...
Susunan gambar berterabur sket... ni sebelum kitaoran gerak ke umah pakteh. Adik baru je dpt Myvi dia (disebut as 'MAWI' oleh abah, terus lenjan dari Bentong ke umah Pakteh. Yang bes, budak-budak ni boleh lak berebut-rebut nak naik keter baru......
Aikkk...bergambar di tempat yang sama je...hehehehhe...malas nak bergerak...tu pun mujur ada yang nak tolong ambilkan gambar... This time masing-masing dah lembek...tunggu nak ngap je...
Aku ngan mak, tempat yang sama jugak hokay.....tak ambil pun gambar menu kat situ..antara yang ada malam tu, mi kari, mi sup, tomyam, ayam goreng, patin tempoyak, cendol, abc, laichi kang dan macam-macam la...kitaorang ni kalo makan tak emboh nya sesikit.........
Ha ni lagi makanan, snap masa dorang ramai-ramai datang umah aku the day before tu....rezeki memang murah time ramai-ramai ni. Orang ni beli sket, orang tu beli sket...tak sedar penuh dah meja, sampai nak letak cawan ngan pinggan pon tak de...tapi gi Bazaar Ramadhan ni hati-hati sket. Ada peniaga ni takat nak duit aje, tapi kuih2 yang dibuat ntah apa-apa rasa. Ada kalanya dah basi, tak tau la bila punya kueh.........kalao gi bazaar tengok peniaga, kalo ala-ala termenung tu, lebih baik jgn beli. Cari gerai yang ramai orang, lagi ramai orang mungkin gerai tu makanan nya sedap tu pasal orang berebut. Tapi tu ler, tak larat nak menunggu kan!!!!...... Hati-hati je la....
Masa ramai-ramai ke Putrajaya...memang seronok beramai-ramai, rumah sempit pun tak terasa sangat.....
Jumaat hari ada jugak singgah ke Masjid Sultan Al Mizan (Masjid Besi), Putrajaya. Ingat nak buat terawih di sana tapi banyak kemudahan seperti lif ngan tangga gerak belum berfungsi. Kesian dekat mak sebab dia tak kuat langsung nak panjat tangga. So pergi visit je hari tu...ada ambil gambar tapi ada gangguan cahaya jadi gambar agak gelap... Nanti lah pergi lagi boleh snap puas-puas. Masjid tu memang class dan cantik. lapang je...... Sepanjang bulan Ramadhan ni memang diadakan berbuka puasa hari-hari disitu....so bagi bujang dan dara atau yang dah bekeluarga boleh ler gi sana menjamu selera...bukan takat dapat pahala...dapat jugak jimatkan fulus anda.........heheheheheheh......
No comments:
Post a Comment