Aug 27, 2009

Bacaan Yassin

Sehari sebelum puasa, buat baca Yassin di rumah mak sempena mak dah pun selamat keluar dari IJN. Buat sehari sebelum puasa. So kira bersekali lah dengan menyambut puasa. Buat minum petang yang ringan-ringan. Panggil kawan-kawan mak je. Adalah dalam 30 orang. Selepas je selesai bacaan Yassin, sambut pulak belated birthday Muhammad Adib, tapi yang kesemuanya ada di keliling meja dok meniup lilin kek tu. Kek kecil je, sesuai untuk majlis kecil-kecilan. Gembira sebab semua makanan yang dihidang habis dimakan dan dapat lah sorang sikit kawan-kawan mak bawa balik makanan yang ada. Selesai sudah, moga-moga dengan doa-doa kalian mak akan bertambah sihat. Amin.


Antara juada petang tu, ada popia, karipap, apam kukus, kueh sagu, honey dew, tembikai disamping mi basah dan mi hun goreng...(takde dalam gambar)


Tiup lilin

Antara kawan-kawan mak yang hadir

Gembira tengok mak dah sihat semula........walau tak segagah dulu....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...