Aug 14, 2009

Mak, IJN + Nasi Lemak Antarabangsa

Sejak Selasa mak dimasukkan ke IJN. Punya lah payah nak masuk ke IJN la ni disebabkan katil yang penuh. Nampaknya semakin bertambah pesakit jantung kat Mesia ni sampai hospital pon dah tak tertampung dek ramainya pesakit..... So Rabu emak bersiap sedia nak buat angiography nak kenal pasti sekali lagi apakah gerangan yang membuatkan dia mengalami serangan jantung kali ini. Tepat jam 4 petang mak masuk makmal kardiovaskular. Tengah-tengah menunggu kuar sorang nurse panggil " siapa ahli keluarga Puan Salmah"...memang berderau darah beb!!!.....dia kata doktor nak jumpa...so aku masuk ler ngan long....Doc kata jantung mak ada 3 blockage yang besar dan serius. Ada dua options je iaitu pertama masukkan belon and 3 stand (aku pon tak paham yang ni) dan kedua bypass - yang ni aku paham lah, paham-paham gitu je. Dengan condition mak yang sangat lemah ni, ktorang kesian pulak nak biarkan dia buat bypass. Ya lah, kena consult dengan dia juga sebab dia yang nak menanggungnya. Takkan nak suka-suka hati buat keputusan untuk dia, kurang-kurang kasi dia tahu. Berbalik perbincangan dengan doc tadi... dia nak keputusan time tu juga, katanya dua-dua options pon punya risiko...(mesti ler the worst screnario is death la kan???....).. keliru jugak nak buat keputusan. Kata doc kalo masukkan belon dia akan buat masa tu juga dan ambil masa 2 jam ke 2 jam setengah. Tapi kalo pilih untuk buat bypass kena tunggu lagi 2 3 bulan dan perlu berjumpa dengan surgeon dulu sebelum procedure.
Untuk adhock punya action, kitaorang pilih lah yang minor sket, dari mak kena tunggu another 2 3 months, better ambil yang quick action ni. Lagipun doc boleh buat terus. Dan kata doktor lagi, sekiranya belon ni pun tak boleh membantu, last sekali kena buat pembedahan open chest tu jugak. Ye doktor, itu pilihan terakhirlah. Tepat jam 8 malam mak keluar dan selamat masukkan belon untuk masukkan stand dalam saluran darah tu. Macam ko clearkan longkang tersumbatlah supaya air senang lalu. Malam tu emak tak dibenarkan membengkokkan kaki selama 6 - 7 jam, sebab ada tebukan besar paha kanan mak. Kesian mak, terseksa aku tengok dia.....
Hari ini Jumaat, mak rasa lega sket dada dia, nak tarik nafas pun tak tidak sesesak dulu. Alhamdullillah. Harap-harap mak cepat sembuh. Tapi semalam doktor detect benda lain plak fail. Mak mengalami kerosakan buah pinggang yang serisu. Lagiii????.....Nak mengeluh pun tak boleh sebab mak memang ada kencing manis dan selama 30 tahun ambil berbagai-bagai jenis ubat.....So mak tak boleh balik lagi, sebab doktor nak monitor closely buah pinggang mak selama 24 - 36 jam.

Susahnya bawa kanak-kanak ke IJN, sebab kanak-kanak memang tak dibenarkan masuk ke wad lebih-lebih lagi dengan gejalan H1N1 la ni. Tapi kena bawak jugak sebab budak-budak ni tak de tempat nak ditinggalakn.



Balik dari tengok mak malam Rabu hari adik Roi belanja makan nasi lemak antarabangsa dekat Ampang tu.....hmmmm...tak de le best sangat, nasi nya sejuk ngan sambal nya yang over rasa belacan...selain reger yang mahal......sanggup gak org makan nasi lemak mahal-mahal gitu kan....
ok ler....populariti makes it booommm.....







tengah Q


Mi kari ni best sket.....


Gelap plak gambar, ni set nasi lemak dengan 2 lauk.....+ ice lemon tea RM9.90


Menjamu seleras


Tukang sponsor....Time kaseh ayah teh.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...