Aug 3, 2009

Kursus Di Kelantan

Aku baru je balik dari kursus di Kelantan, Kursus Keperibadian Unggul. Kursus ni sebenarnya untuk PA-PA tapi ada juga sorang dua kerani yang dipilih untuk join kursus ni. Mula-mula dapat berita yang kursus ini akan dibuat di Kelantan, agak dah yang doran gni buat kursus ni "serampang dua mata", sambil menyelam sambil minum air. Ye lah, sambil berkursus sambil ler bershopping walau memang bershopping tu lebih lagi diberi penekanan berbanding kursus tu sendiri. Apa-apa pun walau bershopping sakan, masih boleh lagi dikategori mengeratkan silaturrahim sebab shopping pun masih dijalankana dalam team...."teamwork" la kira....... Masa aku mula-mula dapat tahu kursus ke Kota Bharu Kelantan, dalam hati, "alamak!!!...balik kampung"...ye la tempat dah biasa pergi gitu..............
Yang seronoknya, kursus kali ini, semua PA-PA ni dibenarkan naik kapal terbang MAS...wah!!!..seronok tu...mula-mula urusetia dah sediakan bas, tapi bodek bos masing-masing, so dapat ler naik belon...ye la!!...asek buat booking ke bos je, sesekali bagi la assistant plak naik kan?...baru ler fair and square gitu!!!........
Sampai-sampai je ke airport Pengkalan Chepa dah ada bas dari KADA yang menunggu....terus di bawa ke Rantau Panjang, punya la senyum melebar acik-acik tu semua......balik dari RP terus pulak ke Pasar Siti Khadijah. lebih kurang pukul 6.30 petang baru check in ke hotel. 8.00 malam start taklimat kursus, 10.00 abeh...sambung balik aktiviti shopping...malam pukul 11 pergi pulak ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh...wah!!!!...merembeh-rembeh acik-acik semua bershopping....mmg dahsyat ler.....

Bas dah siap menunggu.....


Di RP...aku tak beli banyak sangat barang...ye ler, aku dah biasa pergi..dah tak tau nak beli apa..takat beli kacang tin dari Thailand tu je....kalau orang tak pernah sampai ke RP ni memang seronok giler bershopping sebab harganya sangat murah-murah kalau dibandingkan dengan bandar Kota Bharu tu sendiri................ok girls...shop till u drop.......


Ni sebahagian dari rakan-rakan sekursus. Kebanyakannya datang dari Kementerian sendiri. Walau dari tempat yang sama, kebanyakannya antara kitaorang ni belum pernah berjumpa, takat kenal nama je saja... Kadang-kadang berjumpa pun tak memandang, mula lak nak kata orang tu sombong, orang ni sombong.... so girls, lepas ni ramai dah kenal kan!!!... maka baru lah betul, "tak kenal maka tak cinta"....



Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa kursus. Semua kelas semasa kursus sangat menarik dan seronok. Ni aktiviti tiup belon, ikat kat kaki... Ingat kan nak suruh letup sendiri, sapa yang boleh letupkan cepat-cepat akan menang. Maka aku pun tiup ler belon tu besar-besar dan tegang-tegang tu. Dalam pikiran aku, sekali aku hentak terus pecah. Rupa-rupanya, telahan aku melest. Cikgu tu soh ikat belon dikaki dan minta orang lain kejar belon kita dan letupkan. Kita kena selamatkan belon kita sendiri supaya tidak mudah meletup...so what to do???....

Bergambar dalam kelas....


Sempat jugak aku snap..aksi sendiri ketika berkursus...........hehehe...
tahun depan buat lagi ye!...kasi jauh sket lagi......



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...