Jan 25, 2010

Sunday @ Zoo Negara

Minggu lepas kitaorng pergi zoo. Lepas pekena roti canai kat kedai mamak biasa, mulanya plan nak berjalan ke Shah Alam sambil beli barang dapur di Giant. Alih-alih dalam kereta, sapa ntah sound jom kita gi zoo, terus buat u-turn, patah balik ke Serdang, ikut jalan Mines ke Ampang. Nasib belum masuk tol Elite tu, buat u-turn pon juz before sampat ke toll gate tu. Sampai zoo lebih kurang pukul 10.40pagi. Cuaca pun sangat baik dan sangat-sangat nyaman. Bayarang masuk zoo, dewasa RM20, kanak2 RM6. Ni semua harga dengan Mykad ok a.k.a. warganegara Malaysia. Kalau korang takde mykad, kena bayar lebih ok.


Ni kolam berdepan dengan kandang gajah dan zirafah. Kebetulan kitaorang sampai-sampai je adalah time makan bangau-bangau ni. Meriah lah tempat tu dengan kawanan bangau...syok sangat. Dengan angin yang bertiup di bawah pepohonan. Redup sangat, terasa macam berada kat kampung halaman gitu...

Depan kolam ada tempat bersantai, tak reti nak cerita suasana masa ni. Seronoklah... Zoo pon dah beza sangat sebab bayar pon dah mahal kan, plak tu dia macam bersih sangat-sangat dan indah dari biasa. Tempat duduk pon dah banyak, one stop kiosk pon ada banyak.

Masih berposing dengan bangau-bangau. Qeila cuak jugak sebab bangau kat belakang terlompat sana terlompat sini. Besar-besar jugak. Ada yang sama saiz je dengan qeila.



Lagi.

Zirafah. Jangankan budak-budak, aku yang tua ni pon kagum tengok the real binatang. Cantik zirafah kat belakang tu. Tinggi jangan cerita la...


Tak tahu sejak bila sebab dah lama pun tak masuk zoo, tapi sekarang dah ada animal feed. Pihak zoo dah sediakan makanan dan orang ramai boleh membelinya untuk diberikan kepada binatang-binatang dalam zoo. Macam di tempat gajah ni. Disediakan tebu untuk diberi pada gajah-gajah yang ada. You can feed the animal yourself. Harga RM3. Tak pasti pulak RM3 untuk berapa kerat tebu. Taknak aku bagi makan gajah tu...takutt......



Ini Puma. Garang bro ni kehulur kehilir. Sesekali dijelingnya kitaorang. Ngeri beb sebab dia selaras je dengan kitaorang. Cuma pagar ni je yang memisahkan kitaorang ngah puma ni. Agak2 kalau dia dapat keluar apa akan jadi ak???


Ni antara benda baru kat zoo. Replika keluarga singa. Look nice kan.


Feed rusa dengan karot dan keledek. Rm3 satu plastik. Qeila seronok dapat feeding rusa-rusa ni. Aqel tengok dari jauh aje. Dia tu...memang penakut sket...


Ni pun benda yang baru dan fun yang ada dalam zoo. Akuarium. Macam-macam ikan sungai dan laut yang ada. Kenapa lah budak Aqel ni terngnga.

Apa nama ikan ni yek?
Inside the akuarium


beraninya qeila pegang ular tu...Ular Batik Malaysia...ntah apa ke nama nya hari tu, lupa lak. Kalau boleh dia nak ular tu belit kat tengkok dia macam dia biasa tengok, tapi ular tu berat gila beb...60kg.....


Sebelum balik, sempat lagi qeila berposing dengan poney yang berada di main entrance.

Seronok jugak bercuti unplanned ni. Macam perfect gitu, feelling pon so gud... tapi jarang dapat buat macam ni, terlintas aje terus pergi. Lepas ni nak berjalan kemana pulak ye?.. Anyway we really had fun di Zoo Negara.
~Adios~

Jan 17, 2010

Hallluuuuuu....

Lama dah tak masuk blog aku ni. Bukan takde masa tapi macam malas je gitu. Banyak perkara yang berlaku 2 3 minggu di tahun 2010 ni tapi malas benar nak menulis. Pagi tadi dah siap satu karangan aku kat sini, tup tup internet connection terputus. Tak tahu lah kenapa. Mungkin suis dia terlonggar, bila tersentuh terus disconnect. Hangin lah jugak sebab punya lah lama tak menulis, bila sesekali idea ada menulis punya lah panjang, tetiba terpadam semuanya, punya lah sakit hati. Pulak tu, sepatutnya blog ni autosave tapi yang peliknya, tidak disave pulak apa yang aku dah tulis. Betul-betul mematikan mud aku, terus tutup notebook and layan TV, dari Melodi TV3, terus ke Hindi di Zee108, sambung pulak kat B4u 134. Memang panas ler TV tu.. La ni ada mud balik nak tulis-tulis.

Masa Melodi tadi aku ada nampak muka Linda Onn masa dorang cover cerita mamat poyo Alim Semang tu...ntah apa-apa minah sorang tu, dia kata dia ketinggalan masa kat Sinar sampai dia buat statement, tak pernah dengar lagu Aizat-Kau Pergi ngan lagu Yuna - Dan Sebenarnya. Kononnya, masa AJL tu lah kali pertama dia dengar kedua-dua lagu tersebut. Piirraahh.....Poyo tol!!!...Kalau lagu Aizat tu aku memang akui lah, lagu tu memang jarang dengar. Infact aku pun kali pertama jugak dengar masa di AJL baru ni, tapi lagu Yuna tu rasanya dah lama dan aku pernah dengar lagu tu di SinarFM. Kalau gitu lah memang dia ni tak peka lah, cakap je bagus.... Tu lah yang aku rasa kat minah sorang ni, dah memangnya dari mula dia tak minat join SinarFM tu, ye lah kat Sinar tu kan ke orang retro je..lagu pon retro...dia nak org nampak dia muda aje, nak ranggi...tak main ler rock-rock kapak ni kan!!!....Pirrahh mabuk....gitu ler tanggapan aku pada cik Linda tu...aku bukan kenal dia pun, tapi statement dia tu buat telinga aku geli..hehehhe...lantak kau la.... tapi dalam melodi tadi ada cam sebut Suria bayar dia RM25,000 sebulan...Wehhh kira banyak jugakkan gaji jd DJ ni ek...wooisssshhhh...rezeki orang...

Sebut pasal rezeki, syukur Alhamdullilah, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah diupgradekan ke skim PPT Setiausaha Pejabat N27. Alhamdullillah, akhirnya dapat jugak pengiktirafan dari JPA. Memang patutpun PA dapat gred N27 ni sebab kitaorang pun ada diploma tak kiralah dip tu kami dapat setelah 2 tahun atauu 3 tahun belajar. Yang penting memang kitaorang layak. Dan sesapa yang dengki @ cemburu pasal PA yang kerja senang dapat gaji yang lebih. Nasiblah kan, Diploma Kesetiausahaan ni dari belajar sampai kerja memang mudah je.....so memang tak rugi aku belajar course ni dan kerja bidang ini.....Di swasta PA ni memang post yang grand, aleh-aleh di gov PA sama gred je dengan kerani..hu hu...... tapi lepas pengiktirafan ni, harap-harap akan ada perubahan...Itu aje le...ikutkan banyak lagi nak mengulas ni tapi cukup-cukup lah sambung len kali ok!!!...

Jan 1, 2010

Tahun Baru 2010

Berada di tahun baru dah kita ye!...Level Up!!!!....maknanya korang dan aku dah bertambah tua!... amacam azam tahun sudaih..tercapai ke?...aku pun dah lupa apa azam aku tahun lalu. Aku jarang berazam..heheheh...pecah rahsia. Kalau ada pun, aku selalu berazam nak jadi manusia yang lebih baik dari semalam, lebih berfikiran positif dan menjaga kesihatan dengan baik. Ya la am approaching 40 in another couple of years. So, have to more appreciate my health, my sweet time in life and watever ever.... walau pun penutup 2009 baru kurang menarik untuk keluarga aku tapi Insya-Allah, kami muhasabahkan diri dan mendekatkan diri kami denganNya lebih banyak lagi....

Malam tadi tidak lah plan nak gi countdown ke mana-mana..Plan asalnya nak pergi buat urutan kaki setelah direkomen oleh kawan sekerja dekat Downtown Cheras yang dikendalikan oleh beberapa orang buta. Tu yang lepas sampai ke sana. Tiba di sana pun dah agak lewat malam , dah de kat 11 malam(tapi kira awal lah tiba di tempat itu sebab katanya downtown dibuka pukul 10 malam). Sampai terus buat urut kaki, murah sket la nak banding kat Putraja ya ni. Caj cuma RM20 untuk setengah jam. Memang sakit sikit lah sebab kali pertama cuba, tapi bila dah selesai rasa ringan sangat kaki. Memang ada beza. Memang bagus buat urutan ni untuk melancarkan peredaran darah. Takde gambar la, dah selesai baru teringat nak bergambar, hi hi....

So, juz pics tale je la ek...gambar ni terbalik l pulak.....boley. je la kay.....

Supper time. Lepas habis tengok bunga api.. Kitaorang jarang supper sebab jarang tidur lewat....
Berderet gerai menjual steamboat......the taste no bad!!!....x ambil banyak sebab dah kenyang lagipun dah lewat malam...almost 1 am...

mmmm...nyum..nyum...dia x yah kira lah...lapar sokmo....padahal chic chops sepinggan dah dumb dalam tangki dia.....issyyy...nak besar mana lah anak aku ni esok.....control makan kang merajuk......camner tu???

makan memang bes....



gelap gambar...dorang tengah pasang bunga
api...

bunga api....merasa jugak budak2 tu countdown...tak pernah lagi bawak dorang
sambut nu yer di mana-mana. ini pun kebetulan jugak....

downtown cheras....selesa jalan2 disini...


muka budak merajuk sebab x dapat mainan...sekolah nak buka, tak habis-habis nak mainan...

Our dinner just before depart to downtown to our urut kaki session....

having our dinner at Chops & Steak, Sri Serdang.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...