Lama dah tak masuk blog aku ni. Bukan takde masa tapi macam malas je gitu. Banyak perkara yang berlaku 2 3 minggu di tahun 2010 ni tapi malas benar nak menulis. Pagi tadi dah siap satu karangan aku kat sini, tup tup internet connection terputus. Tak tahu lah kenapa. Mungkin suis dia terlonggar, bila tersentuh terus disconnect. Hangin lah jugak sebab punya lah lama tak menulis, bila sesekali idea ada menulis punya lah panjang, tetiba terpadam semuanya, punya lah sakit hati. Pulak tu, sepatutnya blog ni autosave tapi yang peliknya, tidak disave pulak apa yang aku dah tulis. Betul-betul mematikan mud aku, terus tutup notebook and layan TV, dari Melodi TV3, terus ke Hindi di Zee108, sambung pulak kat B4u 134. Memang panas ler TV tu.. La ni ada mud balik nak tulis-tulis.
Masa Melodi tadi aku ada nampak muka Linda Onn masa dorang cover cerita mamat poyo Alim Semang tu...ntah apa-apa minah sorang tu, dia kata dia ketinggalan masa kat Sinar sampai dia buat statement, tak pernah dengar lagu Aizat-Kau Pergi ngan lagu Yuna - Dan Sebenarnya. Kononnya, masa AJL tu lah kali pertama dia dengar kedua-dua lagu tersebut. Piirraahh.....Poyo tol!!!...Kalau lagu Aizat tu aku memang akui lah, lagu tu memang jarang dengar. Infact aku pun kali pertama jugak dengar masa di AJL baru ni, tapi lagu Yuna tu rasanya dah lama dan aku pernah dengar lagu tu di SinarFM. Kalau gitu lah memang dia ni tak peka lah, cakap je bagus.... Tu lah yang aku rasa kat minah sorang ni, dah memangnya dari mula dia tak minat join SinarFM tu, ye lah kat Sinar tu kan ke orang retro je..lagu pon retro...dia nak org nampak dia muda aje, nak ranggi...tak main ler rock-rock kapak ni kan!!!....Pirrahh mabuk....gitu ler tanggapan aku pada cik Linda tu...aku bukan kenal dia pun, tapi statement dia tu buat telinga aku geli..hehehhe...lantak kau la.... tapi dalam melodi tadi ada cam sebut Suria bayar dia RM25,000 sebulan...Wehhh kira banyak jugakkan gaji jd DJ ni ek...wooisssshhhh...rezeki orang...
Sebut pasal rezeki, syukur Alhamdullilah, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah diupgradekan ke skim PPT Setiausaha Pejabat N27. Alhamdullillah, akhirnya dapat jugak pengiktirafan dari JPA. Memang patutpun PA dapat gred N27 ni sebab kitaorang pun ada diploma tak kiralah dip tu kami dapat setelah 2 tahun atauu 3 tahun belajar. Yang penting memang kitaorang layak. Dan sesapa yang dengki @ cemburu pasal PA yang kerja senang dapat gaji yang lebih. Nasiblah kan, Diploma Kesetiausahaan ni dari belajar sampai kerja memang mudah je.....so memang tak rugi aku belajar course ni dan kerja bidang ini.....Di swasta PA ni memang post yang grand, aleh-aleh di gov PA sama gred je dengan kerani..hu hu...... tapi lepas pengiktirafan ni, harap-harap akan ada perubahan...Itu aje le...ikutkan banyak lagi nak mengulas ni tapi cukup-cukup lah sambung len kali ok!!!...
No comments:
Post a Comment