Feb 22, 2010

Balik KB, Ayah Kembali ke Rahmatullah

Jumaat 12/2/2010, hari yang sepatutnya aku packing untuk pergi bercuti ke Kuantan bersama adik-beradik aku. Plan kami untuk pergi ke Bukit Gambang Resort City. Punyalah anak-anak tidak sabar nak bercuti ke sana. Tapi kadang-kadang sesuatu yang datang tu tak pernah kita tahu, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.`Lebih kurang jam 3.30 petang, kami dapat panggilan dari kampung mengatakan ayah (mertua) sakit tenat. Maka bergegas lah kami balik KB petang itu jugak.. Dah la jalan jem giler, org KL berpusu-pusu keluar dari KL ni. Cuti panjang beb!. CNY. Sampai KB lebih kurang pukul 4.30 pagi, terus ke hospital nak tengok keadaan ayah. Ayah tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Doktor pun mengatakan ayah sedang tenat dan minta kami semua tidak tinggal jauh darinya. Alhamdullillah, semua anak-anaknya (adik beradik abang) balik untuk melihat ayahnda tercinta meskipun ada juga konflik adik beradik yang timbul. Aku pun malas nak masuk campur sangat hal dorang ni adik beradik. Ada aje yang tak kena, org ni nanti iri hati kat orang ni dan macam tu la seterusnya. Malam minggu tu abang meluangkan masa menemani ayah sepanjang malam dan tukar giliran dgn adik beradik yang lain. Doktor mengesahkan ayah mengalami acute eschamic stroke and uncontrolled DM. Bagi aku ayah mertua aku tu sedang sakit tua, dah 80 tahun. Menurut kata ipar2 aku itu dalam IC. Kalau ikut cerita ayah sendiri umurnya 10 tahun lebih tua dari yang tertera di Mykad nya. Maknanya ketika ini, beliau berumur 90 tahun.Orang zaman dulu, dah besar2 baru nak pergi daftarkan!..standard zaman dulu. Kurang kemudahan.

Ayah ketika di wad.

anak-anak sedara. sempat bergambar dalam lif. sarat dengan anak-beranak kitaorang aje.
Well, Isnin tu, walaupun berat hati, kami terpaksa balik sebab abang kena kerja pada Selasa 16/2 tu. Aku dan budak2 masih lagi bercuti. Aku turut aje...kalau lah itu abah aku, aku sure tak bergerak lagi. Yelah, kita tak tahu kan apa yang akan terjadi nanti walau kata akal menunjukkan ayah tak mungkin bertahan lama. Tapi sekiranya lama, kitaorang terpaksan juga balik untuk teruskan komitmen kami. Itu kata akal, kata Allah tiada siapa yang tahu kan!!..
Singgah Bentong rumah mak dah lewat malam. Terasa sangat penat. Bila celik mata pagi Selasa tu, abang rasa penat sangat nak pergi kerja, so off hari tu, igt nak balik Putrajaya tapi jalan mak aii, very the jem. Ye la, esok kebanyakan orang akan memulakan kerja termasuk la aku. Disebabkan keadaan jalan yang tiada tanda2 nak kurang jem nya, so pk2 baik gerak pagi2 subuh esok.
As early as 4.30 kitaorg gerak balik Putrajaya. sampai lebih kurang 6.00 pagi. Rumah ku mak aiii, bersepahnya macam tongkang pecah. tak berkemas, maklum la ditinggalkan dalam keadaan emergency. Pon begitu, aku sangat tak larat nak berkemas pagi2 buta tu, so aku pk balik keje nanti lah baru aku setelkan semua kain2 baju dan kemas segalanya. So off to work, budak2 masih lagi cuti, esok baru sekolah. Tapikan lebih kurang kol 12tengahari, Rabu 17/2, abang call, mengatakan Ayah telah kembali ke Rahmatullah. Alamak!!!...leteh blom abeh lagi, kena balik lagi pulak. Mula-mula abang nak balik sorang2 naik flite tp tiket pukul 6.25 petang. Maka kami pun putuskan balik la drive. Memang tak sempat nak tengok jenazah arwah ayah. Ye la, takkan nak tunggu ktorang kan, perjalanan aje dah 8 jam. Lepas Asar arwah dikebumikan. Memang tak sempat nak berjumpa dengannya, mujur 2 hari lepas dapat jugak bertemu dan kami dapat mengucup dahinya. Ini lah ketentuan. Kami redha dengan pemergiannya walau pun sangat sedih kehilangan orang tersayang...

Kami hanya pergi ke kubur keesokan hari. Kebetulan ada ustaz yang sudi membawakan bacaan yassin dan doa di sana.

Ketika tiba di KB, majlis tahlil sedang diadakan. Jamuan roti cecah teh aje, maklumlah baru aje kehilangan takkan nak berjamu beria bagai kan!....2nd day tahlil jamu mi goreng. 3rd tahlil, masing2 dah buat 'taik' sket. Orang ni harap kan orang ni, vice versa. Aku pon tak paham la adik beradik dorang ni. Patut-patutnya, baru kematian orang paling dekat bapak dorang sendiri, sepatutnya dalam mud berkabung tu dorang sepatutnya berada di rumah arwah menemani mak dorang, duduk ramai-ramai, mengaji, baca yassin tak henti. Anak cucu punya lah ramai. Tapi masing2 pakat buat hal masing-masing. Lengang aje rumah, dari malam arwah masuk liang lahad, lepas bertahlil, masing2 terus cabut balik rumah masing-masing. malam kedua pun begitu. Hari ketiga lebih teruk lagi bila dorang berancang nak buat jamuan makan nasi tapi sorang pun tak datang-datang nak memasak.

2nd day jamuan. Makan mi
Sepatutnya pagi-pagi dah pergi pasar membeli lauk pauk apa yang patut. Nak kenduri ni kan. Tapi masing2 buat derk aje. Bila laki aku call bagitau bila nak datang rumah mak ni nak masak2, boleh pulak orang ni kata orang tu yang buat, orang tu kata orang ni yang buat. Tak ke kecoh. Masa tu dah pukul 4.30 petang. Dah meninggi2 suara. Arwah baru aje meninggal, anak2 dah menujuk-nunjuk sangat hati yang tak bersatu. Patutnya kenduri ni pakatan adik beradik, bua sama-sama. Ini tidak, sorang buat yang lain pakat larikan diri. Tu pun ada hati nak buat makan 7 hari 7 malam. Isssyyyy...Rentikan ler....ilang nak dpt pahala, terus dapat dosa. Tapi aku nampak banyak sangat perbezaan antara keluarga aku dan keluarga abang. Memang sangat2 berbeza. Tak yah la citer r...tak reti nak mengatur bahasa..
Kami balik hari Sabtu 20/2 dari KB.. Tinggallah emak dorang dok sorang2 di rumah tu. Yang aku pelik takde sorang pun anak yang nak bawak mak dorang tinggal dengan dorang. Aku dah offer tp tak mungkin orang tua tu nak tinggal dengan aku di Putrajaya nun jauh dari kampung halamannya. Aku tak tahu apa masalah dorang adik beradik, banyak sangat konflik. Aku ni takat ipar aje, plak tu pangkat adik-adik aje. So dengar tengok aje la.....

Feb 8, 2010

Selamat Hari Jadi Ayah

Hari ni Aqel dan Qeila sangat teruja sebab nak menyambut hari lahir ayah dorang. Aku pun tumpang seronok sebab sepanjang hidup dorang inilah kali pertama anak-anak aku ini ada idea sendiri macam mana nak celebrate hari lahir ayah dorang. Walau pun benda yang sama tiap-tiap tahun tapi kali ini lain sebab Aqel dan Qeila yang beria-ria nak belikan ayah dorang kek. Bukan itu aje, malah anak-anak aku ni pun sanggup ambil sedikit duit tabung mereka untuk dikongsi membeli kek yang kecil tapi kiut ini untuk ayah mereka. Oh sungguh terharu!!...Keknya cuma 1/2 kg..American chocolate with choc toping. Infact Qeila siap minta 40 batang lilin nak dicucuk atas kek tu....Mak aii...leper lah kek tu ngan 40 batang lilin. Tapi salesgirl tu bagi 4 batang lilin yang besar sket...means 1 batang tu represent 10 tahun la....Ekceli ni bufday dia yang ke 44...tua dah laki aku...aku jugerkk!!!!...ahaks..






Ni dia kek yang dibeli oleh anak-anak ku untuk ayang mereka yang tersayang... Ikut dan aje dorang cucuk lilin tu.... Standby atas meja tunggu ayah dorang balik. Hmmmm tak sabar-sabar nampaknya dorang menunggu....


Sampai aje rumah, terus disuruh ayah tiup lilin. Tukar baju pon tak sempat lagi. Dorang yang lebih teruja nak meniup lilin tu...Siap dinyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"..hehehheheh....seronok.

Aqeila bagi ayah hadiah. Siap bungkus lagi....tpi kelakar sungguh hadiah yang Qeila beli. Senaskah majalah kanak-kanak "ASUH" keluaran Februari 2010. Itu yang dibeli untuk ayahnya. Ok ler tu...Katanya kat sekolah xde jual apa-apa, cuma majalah tu aje. Nasib dia tak beli 'pensel tekan' atau ruler ke.... hik hik...qeila! qeila!...

Anak manja ayah. Aqel tak sempat beli apa-apa cuma pembalut hadiah tanpa hadiah....tak mau diambil gambarnya...Malu sebab tanpa baju...



Aku plak, tak de hadiah untuk abang tahun ni. Belanja makan jen la ek. Lagipun nak bagi hadiah bukan kira time hari jadi ke, time raya ke....no hal punya kan...masuk buku dulu ek..nanti esok2 kita gi beli hadiah ok...Jo makan...

Aku order Domino's Pizza. Ok gak. Kat Putrajaya ni Domino's aje buat delivery. Pizza Hut cuma dining di restaurant aje.. No delivery...No hal la....Domino's pon ok jugak. Cuma Aqel tak berapa suka, katanya tak sedap. Best lagi Pizza!!!...hm mmm... watever lah.....

Feb 3, 2010

Bengang!!!!....

Hari ni 3/2 jam 5.07 minit petang, setibanya aku di sekolah, budak-budak ni terus hulurkan aku kertas. Kata dorang kelas tuisyen tahfiz dorang terpaksa dipindahkan ke tempat yang lain yang lebih kurang 10minit berkenderaan dari sekolah. Terus mood aku swing dan jadi sangat bengang. Aku baru aje daftar budak2 ni ke kelas tuisyen ni sebab pertamanya aku fikir aku penat berulang alik dari tempat kerja hari-hari nak ambil dorang dari sekolah dan balik rumah dan keduanya dari budak2 ni melangok tengok tv tanpa henti, ada jugak aktiviti berfaedah yang boleh dorang ni buat bilamana aku daftarkan dorang ke tuisyen tahfiz ni. Biar bayar mahal pon aku sanggup demi dua sebab ni tadi. Walaupun dekat je sekolah dengan tempat kerja aku tu tapi leteh oi hari-hari nak kena pergi mari, pergi mari....org nampak kerja nya mudah tp letih. Pulak tu, kalau dah keluar parking payah benar nak dapat balik. Tu lagi satu sebabnya. Dan2 aku call PIBG (di kertas tu tercatat no. PIBG kalau ada pertanyaan bercakap dengan En Zainuddin -[ Pengerusi PIBG kot ]). Dia bagitau ada lak mangkuk yang dengki beritahu ke Kementerian Pendidikan Malaysia yang kelas tuisyen tu tidak mendapat kelulusan dari KPM. Memang lah PIBG tidak membuat sebarang permohonan sebabnya ini dikira tuisyen dan ianya salah satu inisiatif PIBG bila KAFA pun tidak diluluskan. Nak buat KAFA, kerajaan perlu keluar duit untuk bayar gaji ustaz/ustazah. Murid masih tidak ramai jadi yuran tak dapat menampung gaji ustaz/ah. Jadinya PIBG buat ler inisiatif sendiri buat kelas agama tapi dibiayai oleh ibubapa. Pendaftaran aje RM180 sorang, bulanan RM100, deposit Nov - Dec RM200. Jubah RM58 sorang. Kira je la duit aku dah keluar untuk 2 orang. Aduhhh...rabak tau...tp demi anak-anak aku ikhlas kan aje hati aku ni. Yang penting diaorang berjaya dan aku tak akan dipersoalkan nanti kenapa kenapa kenapa??...Disamping tu jugak ianya untuk kesenangan diri aku. Aku tak perlu keluar dari pejabat waktu tengahari yang terik, ada masa lah sket nak bersosial dengan kawan-kawan, tak perlu nak berebut parking. Kira win-win situation la...anak2 dan aku sama-sama dapat benefitnya. Tapi bila perkara macam ni timbul aku jadi bengang sangat sebab menurut En Zainuddin tu tadi kononnya mangkuk yang komplen tu persoal kenapa budak-budak perempuan kena pakai jubah hitam, yang lelaki pakai jubah putih, ustazah pakai purdah...tutup atas bawah serba hitam....apa ke bodohnya lah dorang ni. Itu kelas tuisyen tahfiz lah, ustaz/ustazah yang datang tu dari Akademi Tahfiz..tempat orang x de buat benda lain melainkan mengaji dan menghafal AlQuran, lagipun pakaian dorang sopan apa?...kalau pakai tak semenggah tu x de pulak orang nak komplen ke apa ke?...Tensen lah gua...lebih2 tensen bila mengadu dengan laki aku boleh lak dia kata, tak pe lah, keluar aje lah tengahari hantar budak2 tu.....makkkk lagi berapiii beb!!!!!!....memang lah ndak x ndak, tanggungjawab aku nak pastikan anak2 aku selamat tapi kenapa mesti ada masalah macam ni?....tensen la.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...