Feb 3, 2010

Bengang!!!!....

Hari ni 3/2 jam 5.07 minit petang, setibanya aku di sekolah, budak-budak ni terus hulurkan aku kertas. Kata dorang kelas tuisyen tahfiz dorang terpaksa dipindahkan ke tempat yang lain yang lebih kurang 10minit berkenderaan dari sekolah. Terus mood aku swing dan jadi sangat bengang. Aku baru aje daftar budak2 ni ke kelas tuisyen ni sebab pertamanya aku fikir aku penat berulang alik dari tempat kerja hari-hari nak ambil dorang dari sekolah dan balik rumah dan keduanya dari budak2 ni melangok tengok tv tanpa henti, ada jugak aktiviti berfaedah yang boleh dorang ni buat bilamana aku daftarkan dorang ke tuisyen tahfiz ni. Biar bayar mahal pon aku sanggup demi dua sebab ni tadi. Walaupun dekat je sekolah dengan tempat kerja aku tu tapi leteh oi hari-hari nak kena pergi mari, pergi mari....org nampak kerja nya mudah tp letih. Pulak tu, kalau dah keluar parking payah benar nak dapat balik. Tu lagi satu sebabnya. Dan2 aku call PIBG (di kertas tu tercatat no. PIBG kalau ada pertanyaan bercakap dengan En Zainuddin -[ Pengerusi PIBG kot ]). Dia bagitau ada lak mangkuk yang dengki beritahu ke Kementerian Pendidikan Malaysia yang kelas tuisyen tu tidak mendapat kelulusan dari KPM. Memang lah PIBG tidak membuat sebarang permohonan sebabnya ini dikira tuisyen dan ianya salah satu inisiatif PIBG bila KAFA pun tidak diluluskan. Nak buat KAFA, kerajaan perlu keluar duit untuk bayar gaji ustaz/ustazah. Murid masih tidak ramai jadi yuran tak dapat menampung gaji ustaz/ah. Jadinya PIBG buat ler inisiatif sendiri buat kelas agama tapi dibiayai oleh ibubapa. Pendaftaran aje RM180 sorang, bulanan RM100, deposit Nov - Dec RM200. Jubah RM58 sorang. Kira je la duit aku dah keluar untuk 2 orang. Aduhhh...rabak tau...tp demi anak-anak aku ikhlas kan aje hati aku ni. Yang penting diaorang berjaya dan aku tak akan dipersoalkan nanti kenapa kenapa kenapa??...Disamping tu jugak ianya untuk kesenangan diri aku. Aku tak perlu keluar dari pejabat waktu tengahari yang terik, ada masa lah sket nak bersosial dengan kawan-kawan, tak perlu nak berebut parking. Kira win-win situation la...anak2 dan aku sama-sama dapat benefitnya. Tapi bila perkara macam ni timbul aku jadi bengang sangat sebab menurut En Zainuddin tu tadi kononnya mangkuk yang komplen tu persoal kenapa budak-budak perempuan kena pakai jubah hitam, yang lelaki pakai jubah putih, ustazah pakai purdah...tutup atas bawah serba hitam....apa ke bodohnya lah dorang ni. Itu kelas tuisyen tahfiz lah, ustaz/ustazah yang datang tu dari Akademi Tahfiz..tempat orang x de buat benda lain melainkan mengaji dan menghafal AlQuran, lagipun pakaian dorang sopan apa?...kalau pakai tak semenggah tu x de pulak orang nak komplen ke apa ke?...Tensen lah gua...lebih2 tensen bila mengadu dengan laki aku boleh lak dia kata, tak pe lah, keluar aje lah tengahari hantar budak2 tu.....makkkk lagi berapiii beb!!!!!!....memang lah ndak x ndak, tanggungjawab aku nak pastikan anak2 aku selamat tapi kenapa mesti ada masalah macam ni?....tensen la.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...