Jul 11, 2011

Asal senin je sure ada EL or MC...grrrrr

Kenapa ek?. sokmo kan gitu. asal isnin je ramai yang MC. EL. injured. asal senin aje sakit. asal sakit aje senin. tak tau naper.

aku RASA r yang pertama sekali confirm MALAS. tak betul ke? aku rasa dorang ni tak cukup cuti 2 hari. nak lebeh kot!. maklum r, nama je pun cuti. tapi abeh seme segala mall diukur. mau tak lengoh kaki. jadinya hari isnin haruslah jadi malas. tak pun segala macam kenduri kendara, segala macam gathering la pendek kata. semua tu buat waktu weekend r. tak attend kang tak patut la plak ek. jadiknya esok senin haruslah MC sebab perut sakit makan banyak. maklum ler disagreement between the food and stomach. ha ko. ye la sangat tu.

Kengkadang mana yang takde beralasan sakit tu. buat-buatlah orang lain sakit. alasan paling fofular anak sakit. ye la tunggu diri sendiri tak sakit-sakit. amek EL alasan anak sakit. sapa nak gi cek anak kau! kan??... aku paham. aku pon ada baby jugak. 2 hari dengan ko kan, direct feed pulak tu. maunya baby ko tak meragam bila nengok ko siap-siap lawa-lawa. plak tu tinggalkan dia. sure dia menangis beb.

tp, ko kena ingat yang ko tu ada komitmen lain. komitmen berbayor noks!. ye! ko kena keje. keje. keje. keje. tolong ler komit sket. kena plak lagi kalo ko dah set appointment ngan bos ko ke. ha!. komit lah sket beb!... datang lah keje. napa bila senin je anak ko musti sakit.
aku rimas noks. bila org tua ni mintak nak jumpa ngan oficer ni. dia xde bos EL. nak jumpa officer yang tu. dia xde bos MC. apa ni???..... ha!..mula lah dia bukak kitab.

huwaaa...aku jugak ke yang nak kena dengar. aku tak salah. aku datang keje bos. mcam biasa. orang lain punya pasal, pehal aku lak yang kena kutbah.

sabar ajelah ahkak ni.

OFF

Jul 8, 2011

Anak Jantan...

Hari ni Aqel mengadu, beberapa orang budak senior tahun 6 telah bergaduh dengan beberapa orang budak tahun 5 yang mana salah seorang nya adalah Aqel. Mula dari tepis menepis tolak menolak dah siap bertumbuk bagai ko. Tapi sayangnya anak aku ni tak pandai bertumbuk. Takat-takat lawan mulut tu reti la kot. Tu pasal dapat hadiah sebijik betul-betul kat bawah bijik mata.


Camner ek kalau anak korang balik aje dari sekolah ada kesan cenggini??




Isyyhhh...panjang tu ek. mujur tak kena bijik mata.








aku selalu pesan dengan anak aku ni. janganlah bergadoh di sekolah. risaulah kalau pergaduhan boleh jadi besar. aku kenal sapa yang bagi penumbuk kat aqel ni. geram aje nak jumpa mak pak budak ni. tapi tak mau la pasal anak nanti mak pak yang tak bertegur pulak. setau aku aqel ni memang tak reti bergadoh secara fizikal. Kalau takat lawan kata-kata tu ada lah. bukan nak menang alek anak tapi aku kenal perangai budak yang tumbuk aqel ni. boleh tahan jugak. mulut pon boleh tahan. cikgu-cikgu pun tau kenakalan budak tu siap merokok bagai. tu nampak dengan mata sendiri tu.


tapi tadi aqel kata dorang dah setelkan dengan cikgu. cikgu tu pun ada bagitau yang aqel tak salah. dan cikgu takut mak aqel marah bila tengok calar kat mata tu. tapi aqel dengan konfiden bagitau cikgu yang ibu kita tak marah.


tapi aku memang marah. pertamanya aku marah sangat2 bila dia involve bergaduh kat sekolah. tak kiralah dia salah ke betul. aku kurang gemar benda-benda ni. sekali-kali aku tidak menyebelahi anak. aku tau anak lelaki tak de yang tak nakal. aku selalu pesan jangan mengusik orang. jangan campur urusan orang. silap haribulan jadi lah macam ni. nasib tak teruk sangat. aku pun cukup takut kalau-kalau cikgu-cikgu panggil aku laki bini datang sekolah dan nak cerita pasal kenakalan anak. mujurlah takat ni belum ada lagi. harap-harap tidak akan ada panggilan itu.


cikgu pun pesan dengan aqel tadi perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. baiklah. kali ni kasi can. esok2 kalau ada masalah lagi dengan budak yang sama, terpaksa bersemukalah.

harap2 selepas ini tiada kejadian yang tidak diingini lagi.



# ps - tadi aku tanya aqel. kenapa tak tumbuk dia balik. dia kata " kita dah tumbuk dia banyak kali tapi tak kena"


hmmm...ko memang tak pandai bergaduh aqel. takat badan aje besor.

Jul 7, 2011

Angkat telefon...jangan malas

Alkisahnya, ada sorang PA telah ditukarkan gara-gara panggilan telefon. kesnya tak hangkat telefon yang berdering tu dalam sama 3 saat a.k.a. tiga deringan. plak tu PA dok kat pejabat top management. panggilan pulak dari upper top management. cam ner tu?..

cerita ni dari bos aku. nak warning aku la tu. katanya, bunyi telefon terus angkat. jangan dibior. aik!!!! takkan la pulak dengan SENGAJAnya nak dibiar telefon tu berbunyi bising-bising bos. Telinga ni pun tahu bingit jugak per. Eh!..dia cakap aje. bagi peringatan. nak terasa pe hal.

tapi kan nak cerita lah ek, kebanyakan PA memang selalu ilang kalau bos tak de office contoh, meeting ke luar atau gi outstation ke. baca balik, KEBANYAKKAN hokay, bukan SEMUA. Sure ada urusan punya lah kalau time-time bos x de. Ada tu siap gi tengok wayang ler. balik umah tidor r. kuwang ajau gitew ek. Ai!!!.... aku ni risau giler kalau buat cam tu. Rasa bersalah sangat-sangat pada diri sendiri (Memang sumpah!..selama kerja tak pernah aku buat benda2 ni. Tertidor kat meja aku ni ada r). Takut tak berkat apa yang kita cari selama ni. Memang betul, PA banyak goyang kaki dari kerja. Dah!! keje kita cam tu, time sibuk tu sibuk le. time free tak bermakna kita boleh dok tempat lain selain bilik kita sesuka ati.

wat ever la. tu masing2 punya hal. tapi please la jaga nama. jangan esok2 orang mengata, reti plak nak marah. walhal!. sendiri carik pasal.

K la. bos pesan mesti angkat dalam 3 deringan. kalau tidak dikira GAGAL. kalau nak kemana2 forward call ke hp atau ke open office. baik bos. aku tak kata aku baik. tp aku selalu jaga nama baik aku dan aku kurang selesa kalau orang citer2 perkara buruk pasal aku. jadinya, jangan cipta kontroversi. buat yang baik-baik aje supaya sentiasa disenangi.

#ps - sesekali tu no hal kot....jgn sampai kena cop kaki ngulor udah le...

Jul 5, 2011

Alhamdullillah.....it's now 38...

38th...it's juz a number.....owhhh.....dah tuwerkkkk......
watever people say la. doesn't matter. mana nak lari. semua orang pun akan berhadapan perkara yang sama. Ni lah namanya naik tak turun-turun. ahaks. however, this is normal proses being a human. hehehe. not only human la...every yang bernyawa....but what the heck. as mentioned early it just a number lorrrr....apa ada pada angka!. yang naik cuma nombor. tapi hati tetap macam tu muda remaja lagi you!



Nothing special happened today. juz like a normal day. off to work. comi

ng home. do some cooking for kids. house chores. bla...bla... pas tu mata dah kuyu. sat g lepas isyak..dooommmm.... berlalu sudah satu hari. esok pusing balik benda yang sama. hmmmm....cam tu ler kehidupan...




2 3 hari lepas berangan punyalah baek. konon nak buat kek. reward


diri sendiri. nak masak macam-macam. siap list lagi. nak buat bbq ayam la,. ahhh!!...berangan memang seronok. nak mem'prepare' tu tetiba jadi OKU. banyak lah pulak benda yang takde. nak buat marketing macam tak terkejar aje. penyudahnya, ini lah yang ada di hari jadi ku yang ke 38.....






Nasi goreng pedas telajak......hehehe...itu je yang ado...hokey per?...kurang-kurang anak-anak aku riang gembira dapat makan nasi goreng memalam sambil menyulam air.. pedas nak mampos!!!...sori weh!...terlebih cili lah pulak...tp best kan....sebab licin tak tinggal sebutir pun.



Dengan sisa-sisa kerajinan aku yang cuma tinggal sedikit itu, maka jadi lah dessert aku yang ini. First time try tu...plak tu jadi ler plak....Shantikkk lagi....hehehhehe....


jom cekidaut....





Cream Caramel

bes wo. ok. ok. terpaksa r masuk bakol hangkat sendirik. nk tunggu org puji-puji ntah bila zaman. hada aje komplen.



yang dah dipotong-potong. ewah..

terliur tak. terliur tak. hehehe...perasan sungguh tuan hamba ini...



Nyum. nyum. jemput tengok.


hokey. meh sini aku letak resepinya. sempoi aje


1 tin susu sejat penuh berkrim. disukai ramai.

1 tin susu air. tin yang sama ler

8 biji telor pelbagai saiz yang korang suka. jiran sebelah rumah kalau tak suka lantak dorang la.

dah semestinya esen vanila.

tak lupa jugak 3 sudu besar gula yang dihanguskan campur ngan 3-4 sudu air.
kalau tak reti cara nak hangus kan gula, tanya pakcik google.


jangan malas.


buatnya senang aje. semua ko gode ngan tangan aje. lebih2 kurang. gula hangus siapkan dalam loyang. mentara tu panaskan kukusan. pukul ler telor tu. ngan garpu aje. pas tu masuk susu. kacau sebati. masukkan air. kacau lagi. tak yah lama2 nya. lebih kurang 2 3 minit aje. siap seme proses. pas tu tuang dalam loyang. kukus 15 ini. sejukkan. tonggeng atas bekas rata.

nyaman sekali kalau makan sejuk-sejuk....enakkkkkk....

kalau teringin cuber ler. bebudak pon boleh bikin ini.

ok ler jumpa lagi na...mata dah kelat..dah pukul 9 ni...

baby dah lama tidor. skang ni mak baby nk tidor.


gud nite.

# terima kasih seme ucapan dari kengkawan yang sms dan ucap selamat tru FB. Sayang korunk.





New gadget....

Salam.
Lama dowh. tak hapdate blog. ai malas la. plus ai yam in blues. sokmo blues gitew. maklum ler dah dekat-dekat nak ke 4 series ni. hormon tak berapa nk ok. hi hi hi. minggu lepas ai ganti puasa. almaklum ler dah dekat-dekat nak Ramadhan ni kena lah ganti2 puasa mana yang patut. Malas + lapor = tidor. nak angkat tangan pon ai cam malas gitew. balik keje sure ai membuta you!!....

Semalam, balik-balik keje laki i bawak kotak besar giler. naik motor boley!!!!!...ingatkan apa lah yang dibeli untuk ai. la!..kan besok aje harijadi ai. in advance ler tu. oh sungguhlah terharu sebab kotaknya sungguh lah besar gedabak. konfiden dan terharu ejerk ai tengok kotak tu. sungguh lah bersusah payah bawak kotak naik motor sempena arijadi ai kan..!!....hey! waley! waley!

Meh tengok apa ke bendanya tu........

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/




ha....menatang ini yang dibelik nyer. hmm. ai ingat apa lah yang besar tadi tu. helicopter remote upernyer. kotak yang besar gedabak tu bukan satu hokey tapi....

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/

/





tapi 4 ngko!!!... Ha ambek ko skang. 1 sorang ok. Dah macam lapangan heli plak umah ai semalam. katanya dapat ler main satu sorang. tak kuaser ai. ai bukan reti layan mender2 ni. bagi aje lah kat budak2 tu. dorang yang terlebih excited. laki ai balik pon hari dah lewat petang. maka tidak jadi ler ke padang nak main dengan heli ni bagai.




ai bukan tak hepi ngan menatang-menatang ni seme. tapi tidak kah ko wahai laki sedor yang menatang ni semua adalah MEMBAZIR!. Plus melekakan anak-anak.... Well ai malas aje nk bising-bising kan semalam di petang yang mulia tu. kang ada plak yang spoil kang. ai malas nak tanya berapa dia berabeh membeli benda2 tu semua. kang ada plak pompuan blues tukar hormon jadi meroyan!!!..... Ah!!!!...katanya ini untuk beriadah aje. bukan nak main hari-hari pon. A'ah ye lah tu.... budak debab 2 orang tu bukan main lagi hepi..siap booking, ini kita punya tu ko punya........isyyy..isyyyy....spoil..spoil...




ada 4 je....kita punya mana????



kita nak jugerk...nak jugerk...dapat batang ni pon jadi ler.....


well ini bukan hadiah arijadi ai ni...ini adalah hadiah 4 in 1. tak sesuai lah ai dapat hadiah ghoper ni. hmmm....tpi semalam ai tengok muka anak-anak ai dan laki ai punya lah hepi. tak sampai ati pulak ai nak kata apa-apa. walhal dalam hati ai memang tak suka langsung...LANGSUNG......


Apa-apa pun my 38th besday juz in the corner. esok-esok akan ada entry untuk itew....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...