Hari ni Aqel mengadu, beberapa orang budak senior tahun 6 telah bergaduh dengan beberapa orang budak tahun 5 yang mana salah seorang nya adalah Aqel. Mula dari tepis menepis tolak menolak dah siap bertumbuk bagai ko. Tapi sayangnya anak aku ni tak pandai bertumbuk. Takat-takat lawan mulut tu reti la kot. Tu pasal dapat hadiah sebijik betul-betul kat bawah bijik mata.
Camner ek kalau anak korang balik aje dari sekolah ada kesan cenggini??
Isyyhhh...panjang tu ek. mujur tak kena bijik mata.
aku selalu pesan dengan anak aku ni. janganlah bergadoh di sekolah. risaulah kalau pergaduhan boleh jadi besar. aku kenal sapa yang bagi penumbuk kat aqel ni. geram aje nak jumpa mak pak budak ni. tapi tak mau la pasal anak nanti mak pak yang tak bertegur pulak. setau aku aqel ni memang tak reti bergadoh secara fizikal. Kalau takat lawan kata-kata tu ada lah. bukan nak menang alek anak tapi aku kenal perangai budak yang tumbuk aqel ni. boleh tahan jugak. mulut pon boleh tahan. cikgu-cikgu pun tau kenakalan budak tu siap merokok bagai. tu nampak dengan mata sendiri tu.
tapi tadi aqel kata dorang dah setelkan dengan cikgu. cikgu tu pun ada bagitau yang aqel tak salah. dan cikgu takut mak aqel marah bila tengok calar kat mata tu. tapi aqel dengan konfiden bagitau cikgu yang ibu kita tak marah.
tapi aku memang marah. pertamanya aku marah sangat2 bila dia involve bergaduh kat sekolah. tak kiralah dia salah ke betul. aku kurang gemar benda-benda ni. sekali-kali aku tidak menyebelahi anak. aku tau anak lelaki tak de yang tak nakal. aku selalu pesan jangan mengusik orang. jangan campur urusan orang. silap haribulan jadi lah macam ni. nasib tak teruk sangat. aku pun cukup takut kalau-kalau cikgu-cikgu panggil aku laki bini datang sekolah dan nak cerita pasal kenakalan anak. mujurlah takat ni belum ada lagi. harap-harap tidak akan ada panggilan itu.
cikgu pun pesan dengan aqel tadi perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. baiklah. kali ni kasi can. esok2 kalau ada masalah lagi dengan budak yang sama, terpaksa bersemukalah.
harap2 selepas ini tiada kejadian yang tidak diingini lagi.
# ps - tadi aku tanya aqel. kenapa tak tumbuk dia balik. dia kata " kita dah tumbuk dia banyak kali tapi tak kena"
hmmm...ko memang tak pandai bergaduh aqel. takat badan aje besor.
No comments:
Post a Comment