Aug 19, 2011

Dia jatuh katil lagi,....




Salam.


Ha ha..tengok tajuk aje dah tau mesti jatuh lebih dari sekali an...yo...bukan sekali, bukan 2 kali dude!...5 kaliiii....hehehhe...tau dek mak aku masak kena leter.... heheh


alkesahnya termasuk malam tadi udah lima kali budak Aqeisa jatuh katil...memang kesian siot. Dia pun dah makin lasak skang ni. Dah payah ket nak kawal. Ibu dia pulak tidor tak menyedorkan diri. Dengar-dengar udah ber'ki'ak'.....

Masa kali pertama jatuh tu ingat lagi...terjun tiruk gitu...mujur jatuh atas kain selimut, tak lah sakit sangat gamaknya. gamaknyer le. sebab dia tak menangis pun, cuma 'hek' 'hek'. panggil orang ambil dia. kali kedua jatuh memang kesian. macam terjun tirun gitu. siap sujud lagi. heheh... lucu pun ada. benjol dude dahi dia.


Macam-macamkan. bahaya untuk bayi memang ada dimana-mana waima dirumah sendiri pun banyak bahaya kalau tidak berhati-hati. Kesiankan baby aku. So start from that nite. kitaorang amek precautions dah. buat benteng keliling katil. susun toto ngan letak teddy bear kat tetepi tu. dah naik semak bilik aku tu aku tengok. tapi kena lah. tak sanggup aku tengok dak Qeisa benjol sana-sini atau cedera. Kali ketiga keempat & kelima atau nasib nak kena lagi, insya-Allah AQeisa tak jatuh dalam keadaan sakit. Dia cool je la. Cam malam tadi, aku cari-cari dia tak jumpa atas katil, rupanya dah dok kena tindih ngan mis teddy. hehehe...... uh aah uh ah aje minta tolong ambilkan dia....lucu sekali lagi bila tekenangkan muka Aqeisa malam tadi. Oh Tuhan naper lah ibu tidor tak sedar diri nih...


macam kawan aku baru ni anak dia jatuh katil. lepas tu dok merengek aje. Tak sedap ati gamaknya, bawak gi klinik. lepas 2 ari tu. rupernya tulang bahunya patah ko.....ha!..ngeri jugak kan....hati-hati la kome ye!...tu pasal masak anak aku dulu2 aku wrap katil tinggal tilam aje. la ni malas la nak buat macam tu sebab budak2 semua dah besar dan dah ada bilik sendiri. umah aku ni plak kekurang store nak menyimpan benda2 tak guna. so jadi ler cam keadaan kat bawah ni hari-hari.



(kome abaikan ler ye yang bersepah-sepah kat situ. buat-buat tak nampak ler ye)

Cam ni ler ruper dibirai-birai katil bilik aku tetiap malam. Biar ler nampak bersepah sket yang penting anak aku selamat...hehehhe... kalau gini tiap-tiap malam nak jatuh pun tak ngaper...jgan esok2 jadi permainan dia pulak...ahahaha...


Terima kasih kerana membaca.

Aug 17, 2011

Dekat dah nak raya dah weh!!.

Salam.

Wah!!...lamanya aku masuk blog ni. dah 17hari puasa dah diknon oi!!!....
kejap je kan. pejam celik pejam celik udah 17 hari. maknanya lagi 13hari nak raya you. lagu raya pon dah berkumandang sejak senin hari tu. hamboi!!...sebok nak raya la pulak ye!!!...

persiapan nak raya belum lagi dibuat. masih lagi menjahit kain baju. ada yang belum berpotong lagi. tahun ni aktiviti menjahit slow sket ler. maklum ler ada baby. tapi memang tak amek tempahan banyak pon. takat jahir baju kawan satu dua. pas tu baju famili. famili tu confirm la memang tetiap tahun pon dorang 'pocha' aku..heheh...

hari ni selangor cuti. nuzul quran. so paknya ada ler tu dok umah. tidor ler. apa lagi. nak makan tak boleh. putrajaya tidak. maknanya krojer ler. mana yang sekolah tu sekolah ler.

K lah. kita citer-citer pendek2 aje. kasi touch and go. heheh. ekceli, akak ni kat bilik ICT, MOA. tengah kursus laman web. 2 hari you. so per agi.... melencong ler sket..... hehehe...sambil menyelam sambil minum ayor...opppssss.... puasa ler.....ahaks...


Aug 1, 2011

Salam Ramadhan...

Alhamdullillah. Syukur. Dapat juga menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan yang mulia ni. Semalam balik kampung. Menyambut malam Ramadhan bersama-sama keluarga. Berteraweh disana. Tapi tak sempat besahur bersama. Kena balik lorrr. Tak amek cuti maaaa.... (per kes tulis gini gayer)... hehehe. Saje je beb!. Pagi-pagi gini di hari pertama Ramadhan ni cam weng sket. weng tu apa?. ha! weng tu cam ting tong sket. apa? tak tau plak ting tong tu mender?.. arr...tengok contoh, tengok contoh ok.

Ye ler, hari-hari biasa kita bangun tidor kol 6.00 pagi atau kadang-kadang 6.30 pagi kan (aku tak pernah k). tapi bulan-bulan pose yang mulia ni kena lah bangun awal kan. macam pagi tadi. kol 4.30 aku dah bangun. la!...aku kan mak. SUPERMAK. kena la bangun pagi-pagi tenggek nasik. goreng ikan. wat sambal ikan. nak bagi anak laki makan. kalau tak bagi yang heavy, kang tak cukup plak tenaga nak menampung xtvt seharian ni. Bila dah bangun awal sangat-sangat, pukul cenggini sure kepala ni ala-ala weng gitu! macam ting tong ting tong sket. cam hanyut je kan. pendek kata mengantok ler. kalau dapat tidor kan ke best.

dan hari jugak la, cik baby Aqeisa demam tak kebah-kebah. sejak khamis tu. lama siot. mak ni mestilah bimbang. mak dah bawak pegi klinik dah. semalam (Ahad) demam tak jugak kebah-kebah. belek-belek badan cik baby. nampa ada ler cam bintik-bintik berair lah pulak. belek-blek lagi bukan sebijik bukan dua bijik tapi berbijik-bijik. oh no!. cik baby kena chicken pox....... halamak!!!... dalam paler hotak ni cuma ingat, abeh lah tak leh hantar ke taska. sure kena reject beb!. penyakit berjangkit tu. terpaksa lah gilir-gilir dengan cik ayah. ye lah. sian pulak kat cik wan ngan cik atok sebab kena datang sini. kan ke bulan ramadhan ni. cik wan banyak xtvt mentadarrus alquran. isyyy!!...sian plak kat cik wan.

Terkebetulan pulak. cik ayah tetiba aje bengkak bijik mata. nak kata ketumbil tak pulak. agaknya kena 'cium' dengan serangga ke apa ke. tak pun conjuntivitis. ha kalau yang itew tu pun berjangkit tu. Maka kejap lagi nak la ke klinik amek MC. kebetulan ler pulak ye. takyah mak amek cuti hari ni. cik baby duduk dengan cik ayah aje kat umah.

Hai!..apa lah dugaan yang mak dapat ni.. plak tu 1 Ramadhan. Eh!..tak...tak ngeloh (sket je!). tengok org lain dugaan lagi hebat. yang ni ciput aje kot. paling terok pun mak kena cuti jaga cik baby. kena lah kanbila cik ayah dah kena balik keje lepas MC nanti. Ni baru nak hantar cik ayah ke klinik. tak tau berapa hari MC dia dapat.

mohon pada Allah, jangan lah diberi pada mak dugaan yang besar2. bimbang nya mak tak mampu nak harungi nya.

motip guna kata ganti mak??....TIADA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...