Aug 19, 2011

Dia jatuh katil lagi,....




Salam.


Ha ha..tengok tajuk aje dah tau mesti jatuh lebih dari sekali an...yo...bukan sekali, bukan 2 kali dude!...5 kaliiii....hehehhe...tau dek mak aku masak kena leter.... heheh


alkesahnya termasuk malam tadi udah lima kali budak Aqeisa jatuh katil...memang kesian siot. Dia pun dah makin lasak skang ni. Dah payah ket nak kawal. Ibu dia pulak tidor tak menyedorkan diri. Dengar-dengar udah ber'ki'ak'.....

Masa kali pertama jatuh tu ingat lagi...terjun tiruk gitu...mujur jatuh atas kain selimut, tak lah sakit sangat gamaknya. gamaknyer le. sebab dia tak menangis pun, cuma 'hek' 'hek'. panggil orang ambil dia. kali kedua jatuh memang kesian. macam terjun tirun gitu. siap sujud lagi. heheh... lucu pun ada. benjol dude dahi dia.


Macam-macamkan. bahaya untuk bayi memang ada dimana-mana waima dirumah sendiri pun banyak bahaya kalau tidak berhati-hati. Kesiankan baby aku. So start from that nite. kitaorang amek precautions dah. buat benteng keliling katil. susun toto ngan letak teddy bear kat tetepi tu. dah naik semak bilik aku tu aku tengok. tapi kena lah. tak sanggup aku tengok dak Qeisa benjol sana-sini atau cedera. Kali ketiga keempat & kelima atau nasib nak kena lagi, insya-Allah AQeisa tak jatuh dalam keadaan sakit. Dia cool je la. Cam malam tadi, aku cari-cari dia tak jumpa atas katil, rupanya dah dok kena tindih ngan mis teddy. hehehe...... uh aah uh ah aje minta tolong ambilkan dia....lucu sekali lagi bila tekenangkan muka Aqeisa malam tadi. Oh Tuhan naper lah ibu tidor tak sedar diri nih...


macam kawan aku baru ni anak dia jatuh katil. lepas tu dok merengek aje. Tak sedap ati gamaknya, bawak gi klinik. lepas 2 ari tu. rupernya tulang bahunya patah ko.....ha!..ngeri jugak kan....hati-hati la kome ye!...tu pasal masak anak aku dulu2 aku wrap katil tinggal tilam aje. la ni malas la nak buat macam tu sebab budak2 semua dah besar dan dah ada bilik sendiri. umah aku ni plak kekurang store nak menyimpan benda2 tak guna. so jadi ler cam keadaan kat bawah ni hari-hari.



(kome abaikan ler ye yang bersepah-sepah kat situ. buat-buat tak nampak ler ye)

Cam ni ler ruper dibirai-birai katil bilik aku tetiap malam. Biar ler nampak bersepah sket yang penting anak aku selamat...hehehhe... kalau gini tiap-tiap malam nak jatuh pun tak ngaper...jgan esok2 jadi permainan dia pulak...ahahaha...


Terima kasih kerana membaca.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...