ekceli tujuan bengkel ni adalah untuk mengajar kita buat marketing online. ye ler. orang buat blog kebanyakan bertujuan nak tambah pendapatan. mmmm...teringin jugak ehhh....tp aku ni hangat2 taik ayam je. kalau nak ikut aku ada gak buat partime suka suki. I can do tailoring work. I can sew beads. I can bake. Buat tart. itu semua antara specialty yang aku boleh buat. aku pernah dan masih ambil tempahan baju. Lebih kepada baju kurung. dari teman2 rapat. mak2 sedara. adik beradik. aku jahit beads pada baju sendiri. ada jugak jahit yang simple2 untuk baju orang. tak pernah lagi ambil tempah beads yang dahsyat2 tu... tak pandailah nak tentukan harga. masa aku jahit beads dulu, ada yang kata aku ambil terlalu murah. rezeki korang lah dapat yang murah dari aku. tapi tu dulu skang malas lah.. buat kat baju sendiri aje. bila time raya aku buat biskut dan jual. lumayan jugak hasilnya. pernah satu tahun aku pernah dapat hasil jahit dan buat tart lebih kurang dekat2 3 ribu lebih RM tau. hmmmm...memang seronok bila dikenang-kenang. Tapi kan... PENAT siot!!!....tidor tak cukup. orang lain bulan2 puasa cari pahala, sembahyang tunggang tunggek. Awak?...dok ngadap oven pas mesin jahit pas oven pas mesin jahit...... krisis donnia betol time tu nak kasi siap seme tempahan....nak nangis. nasib baik laki baik gak tolong-tolong susun biskut dalam bekas. Lepas dari tahun tu memang aku tak bukak order pon. tak de assistant plus aku keje. buat setakat part time aje. bila customer tanya dah macam main2 lah pulak...kejap meniaga kejap tak.. Itu ler citernya...........nak sambung berbengkel lagi.... Datin pengerusi ada ni....
No comments:
Post a Comment