Assalammualaikum
Dah 5 Ramadhan kita ye!. cepat kan masa berlari. nanti sedor sedor je dah tetengah Ramadhan. pas tu tetiba je raya.....eh! tetiba lak. hahah.... akak ni keje kat umah lagi sibuk dari keje kat opis ni. kengkadang akak bawak aje homework kat umah tu ke opis... heheh... aci? boleh lah tak selalu... time sibuk2 nak raya ni je!!!...
Citer Sabah tak masuk2 lagi entry. kena masuk gak nih. buat kenang-kenangan. masa nak pegi ritu kemain lagi bercintanya. ye la...lama!... dkt seminggu tu. tpi skang dah jadi kenangan hari semalam belaka. opkos la seronok.... bukan selalu dpt outing ngan member. k. moh citer ikut gambor. gambar main pilih2 je... beratus tu nak amek semua...
Programnya adalah Kota Kinabalu - Kundaasang - Kunak - Sandakan - Semporna - Tawau - Kuala Lumpur
Lama kan?.. 6 hari 5 malam. 5 malam 5 hotel. Cek in malam, cek out lepas breakfast around 7 pagi. Sana cerah dah weh... kol 6.30 dah sarapan.
Hari pertama, gi round2 city je. KK aku pernah pergi back in 2003. Lama dah. Ada banyak perubahan jugak. Maju KK.
Hari kedua kami pergi ke Desa Catle Dairy Farm, Kundasang. nampak kat atas tu lembu banyak. best tempat ni. bau lembu . dah tempat perah susu lembu. bau lembu lah. bagi penggemar susu lembu tak sabar-sabar dorang nk minum susu lembu yang fresh. aku tak la... loyer lagi ada. sepanjang berada disini aku tutup hidung sebab sungguh tak tahan baunya yang kuat. bau susu lembu.
Cantikkan. berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. tempat ni dapat jolokan New
Zealand M'sia. memang bes. tpi sayang hari hujan masa ktorang sampai
tu, maka tak dapatlah nak bergambar kat padang yang walah la cantiknya.
Gunung pun dilitupan awan.sejuk giler time ni. sumpah! aku tergoda pada keindahan alam dan jatuh cinta pada gunung itu.
Ni hari ketiga. baru cek out hotel. ha!..baru nampak gunung nya. cantik siot. gunung ni akan boleh nampak dari jam 6.30 pagi sampai kol 9 pagi je. lepas tu bila hari makin meninggi, awan makin banyak dan puncak gunung tidak lagi kelihatan. kena lah tunggu esok pagi kalau nak tengok gunung. tengok je la. mak aku siap anto sms, "awak tak payah lah panjat gunung tu, tengok aje lah dari bawah".. macam lucu je plak sms mak aku ni. Idak ler aku nak panjat gunung tu...... masa ni kitaorang stay kat hotel Cottage. so-so lah. hotel takde lif. bantainya la bawak beg yang berat2 tu panjat tangga...phieewww!!!...
Ni dekat Tagal, Spa Ikan. menarik. bagi makan ikan dan ikan datang massage kaki kamu. Ikan tu sebenarnya datang nak urut kamu atau datang nak makan. ce tak payah bagi makanan tu, boleh kah bah dia datang urut kaki kau.....
aku tak koser nak bukak kasut nak geli-geli dok spa ikan.....ada yang terjerit2 geli tapi mau....
lepas urut kaki ktorang dihidangkan dengan makanan tradisional. kaum apa ek? lupa plak. tu beras bario yang dikacau-kacau dan dibungkus dalam sejenis daun. ala-ala nasik impit lah. seketol ngko. besar giler. lauk plak seme yang ala-ala stim dan kerabu gitew. ada ikan masak stim ngan segala macam dedaunan. yang aku tahu rasanya adalah daun kantan. banyak sangat penggunaan daun kantan. pas tu ada macam kerabu ikan bilis. not bad. dan sayurnya ialah nangka yang dimasak macam benda yang sama. alot of daun kantan. hmmm....orang dah menjamu kita kan. apa nak soal banyak. tp series aku kata, aku memang tak boleh masuk. tak reti nak makan. terkial-kial makan masa ni. Sumpah! tak kenyang tengahari tu...
Lepas dari ini singgah di Ladang Teh Sabah yang terletak berdekatan aje dengan spa ikan ni. pelagi memborong teh ler plak.... tak de gambar lorr....tumpat camera orang je...
Pas tu teruskan perjalanan ke Sandakan. Gambar ni sebenarnya tak ikut turutan langsung. Meh citer ikut gambo je la......
aku pon tak ingat gambor ni kat ner...heheheh...sori ler... nengok je la ye...
yang ni dekat kelong, tempat pembiakan ikan kerapu. besar tempat ni. first time lalu kat kelong yang berbuai2 tu... memula takut nak naik tp dah seme orang p, tercabar gak kan....pegi lah jugak, walhal dalam hati...mampos lah kalo jatuh dalam laut ni... sebok je tanya, dalam ke tak? dalam ke tak?...laut beb!..maunya nak cetek...
yang ni dalam bot nak ke Projek penanaman rumpai laut dekan Litignan. dekat dengan pulau bum-bum. best giler naik bot laju. tu bot jabatan perikanan. 3 bot semuanya.... cuaca cantik, laut cantik...
boleh plak ditengah2 laut ada pangkin gitew. air laut punya la cetek. ada yang siap mandi lagi. menurut bos aku, ada masa air langsung kering. siap boleh main bola kat situ. oh! tak dapat aku bayangkan... bertuah sangat rasa dah sampai sini. subhanallah!!! sungguh cantik ciptaan Allah.
ada gak famili dok sini... anak tek-tek-tek....4 orang. dalam perot ada lagi... apa lah hiburan yang ada kat tetengah laut tu kan... buat anok je la... aku plak yang risau anak2 dia terjun dari pangkin tu. isyyy cam ner lah kehidupan orang-orang kat sini yek...
Ni plak kat ladang seorang usahawan tani berjaya. Dia menternak kambing dan ladang kelapa sawit. bestnya berada di ladang dia ni. bangga giler bila tengok orang kita berjaya. ni tanpa usaha yang padu tak mungkin dapat buat semuanya ni.
siap jamu lagi ha homemade kueh mueh. semua dari ladang. ubi kayu, kelapa, gula nira, pisang, daun pisang. wah!! respek giler la.... air botol tu je beli. lain2 modalnya cuma tenaga..
Masa ni dah hari terakhir. pergi ke kilang koko di tawau...
kan...makin ke bawah makin pendek2 captionnya. hehehe....menurun sket...
ni kat jeti tawau. aku percaya sampan2 ni kepunyaan pekerja2 yang mungkin tinggal di pulau2 berdekatan atau warga indonesia yang kerja di tawau..... .. tak dapat berkenalan lama dengan tawau sebab sekejapan je kat sana. tu pun dia bagi masa 1 jam je to do some shopping. mana nak cukup masa kan. grab je apa yang dapat. beli la amplang buat survenior. tshirt2 lebih kurang. pearls seme dah siap2 shopping masa kat KK hari pertama sampai tu. kat tawau pon ada kedai yang jauh lebih murah dari KK.
Ekceli ada lagi tempat2 yang pergi tapi tak masuk dalam ni. Takmau lah buat entry ber part2... Ekceli ada pergi tengok org utan di SEPILOK. bes gak tempat tu. kalau bawak anak2 mesti lebih beronok-ronok...
Sebenarnya jugak AgroChallenge ni lawatan ke projek2 pertanian yang berdaya saing. yang dah maju. dan rombongan ni pon disertai usahawan2 tani dan pegawai dari kementerian pertanian. maka boleh lah dorang buat promosi produk masing2 sambil mencari ilham untuk memajukan bidang pertanian. Juga untuk mempromosi agrotourism. Gitu ler lebih kurang. Kementerian hantar 10 orang pegawai yang pernah mendapat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Aku ler tu sorang diantaranya. beribu dapat APC tahun lepas tapi 10 orang aje yang berjaya. maunya nak ditolak...
Rumusannya : aku suka sabah. banyak sangat tempat menarik disana. very nature. sesuai dengna nama negeri di bawah bayu. Overall aku suka yang amat di kundasang. very kekampungan. dan sangat suka sandakan. Bandar ditepi laut. aku suka la. maka dengan ini aku berangan-angan ke sana semula dengan famili aku nanti. Insya-Allah...
Ok lah, terima kasih lah kerana membaca panjang2 begini....
# hari ni nak berbuka apa ye???