Mar 20, 2009

Trap to Melaka : Umbai Ikan Bakar

Ohhh..tu bukan typing error ok...... At last ampai jugak kitarang ke Medan Ikan Bakar Umbai selepas sesat barat. Orang kata 45 min boleh sampai tapi kitaorang lebih 2 jam baru tiba. Dah naik give up rasa nak balik je. Budak-budak semua dah tidor dalam kereta.













Disebabkan tak pernah sampai, maka kitaorang tak de lah memilih gerai. Mula-mula pergi ke satu gerai yang peniaga dan pelayan buat derk je, rupa-rupa lauk-lauk dorang dah abeh...Aikkk!!! baru pukul 10 malam dah abeh...awat tak bagitau, ingat orang datang duduk takat nak minum je ke???....orang datang dari jauh tau!!!....cuti sekolah ni takkan tak budget betul-betul kot!!!...anyway, kitaorang masuk pulak ke kedai seterusnya, ok lah seme lauk masih ada..




Tengah mengadap rezeki. Bagi aku Umbai ni tak de mana la best nyer pun.... Indah khabar je dari rupa.....mahal pulak tu... bagi aku la, jauh lebih sedap Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan yang mana harganya pun lebih reasonable. Servis kedai ni punya la lembab. Satu - satu dia hantar... masakan nya kurang 'kick'..antara yang kitaorang order malam tu, ikan siakap masam manis, udang sambal, sotong goreng tepung, ketam black papper, kailan ikan masin.....
Sebahagiannya yang dah hampir licin...... anyway, aku x berapa recommend ler korang ke sini. Tapi kalau nak cuba sendiri, why not, no harm trying...... Bill kitaorang for the dinner malam tu jer RM350++..........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...