Jul 29, 2009
Perebutan Kuasa....
Jul 7, 2009
Dinner @ Chakri Palace
Ni cerita minggu lepas. Masa besday aku, hubby bawa dinner ke Imperial Chakri Palace, Alamanda. Kebetulan pulak puasa hari tu. Sebetulnya, ada sales person yang datang buat promo pasal restaurant ni. Dia ada jual kupon, buy 1 and get 1 main dish for free. Yang freenya adalah yang paling murah...so masa order tu kena cek betul2 supaya dapat harga yang lebih kurang....kalo ambil yang harga RM24.90, 2nd dish tu cari yang lebih kurang harga ni juga, kalo cari yang harga RM12.00, so yang the least expensive tu will be free. Tricky kan!!...tapi kalau ikutkan semuanya masih mahal. In order to get the kupon kena pulak bayar RM29.90. This one goes to 3 free kupon yang boleh redeem one kupon per visit. Namanya je free tu yang bayar RM29.90 to get all kupon tu for whatttt?....memang tricky la dorang. Dan org yang dengar the sales person punya talk yang very impressive pon terbeli, juz like mee....hu hu hu.....
But whatever, restaurant ni boleh dikategori restaurant mewah ler, tak boleh selalu-selalu datang..rabak.......ahaksss......
A new Aqeila
Basuh time, disebabkan tempat duduk ni tak mesra kanak-kanak, Qeila terpaksa buat aksi mencangkung sambil berbaring (cam ner tu!!)...kesian anak aku diperlakukan macam tu + geli hati.........
Suka sangat dia ngan style baru dia nih.... Kalau dikenang-kenang zaman aku kecik2 dulu, jauh lebih beruntung anak-anak aku sekarang ni. Kecil-kecil dah merasa senang, walau tidak mewah tapi diaorang dapat merasa lebihhhhh banyak dari yang aku dapat masa zaman kanak-kanak aku dulu. Ye la, dulu abah seorang aje kerja, kerja kuli plak tu (rujuk kata-kata abah), anak-anak 4 orang semua sedang membesar. Banyak benda semua emak aje yang buat, dari makan, pakaian hingga lah potong-potong rambut pun semua emak buat sendiri. Syukurlah zaman berubah dan Alhamdullillah, Allah dah beri kesenangan pada kitaorang. Moga-moga kitaorang tak lupa jasa mak abah. Ter'corner' sket posting ni...hehehhehe......
A moment wit U.....
Jul 1, 2009
N3 Hujung minggu XTVT
Agak terlewat sket nak bercerita pasal aktiviti minggu lepas kan... dah hari Khamis hari ni, but anyway, anytime pon boleh baca entry ni kan... juz put in the entry to memories the event.. ok la kan.....Minggu lepas diadakan sambutan Hari Sukan Kedua Sekolah Putrajaya Presint 11(3). Anak-anak aku ni dua-dua pun masih di Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) jadi tiada acara olahraya untuk mereka, cuma diadakan telematch sahaja. Plak tu, semua acara tu sudah pun dibuat pada hari-hari persekolahan sebelumnya. Jadi, aku datang juz melangok je la tengok anak orang berlari. Kalau ikutkan hati aku memang maaaallllasss sesangat nak pergi, tapi kesian kat anak-anak aku ler sebab dorang beria-ria minta datang bila cikgu dah berpesan banyak kali ajak ibu bapa datang sekali. Dengan malasnya aku pergi lah jugak, dah la lone ranger...hubby kerja....tapi untuk memeriahkan majlis dan demi to show support pada anak-anak aku, aku gagah kan jugak....attend je la......
Belah petang nya, ada plak orang yang teringin nak makan durian yang diserve ala-ala kelantan style..... Kitaorang tak biasa makan santan durian ghoper ini. Biasanya makan akan masak durian dengan santan dan gula merah pas tu baru makan ngan pulut. Tapi kelantan style, seme buat berasingan dan dicampurkan dalam 1 pinggan......digaulkan semuanya dan dimakan dengan tangan......hmmmmm.....aku kurang berselera tapi tuan yang makannya bukan main lagi.... Sorii, no pics sebab 'dia' marah aku snap gambar dia yang tengah makan dengan lahapnya........"tahukan sapa????!!!...."