Agak terlewat sket nak bercerita pasal aktiviti minggu lepas kan... dah hari Khamis hari ni, but anyway, anytime pon boleh baca entry ni kan... juz put in the entry to memories the event.. ok la kan.....Minggu lepas diadakan sambutan Hari Sukan Kedua Sekolah Putrajaya Presint 11(3). Anak-anak aku ni dua-dua pun masih di Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) jadi tiada acara olahraya untuk mereka, cuma diadakan telematch sahaja. Plak tu, semua acara tu sudah pun dibuat pada hari-hari persekolahan sebelumnya. Jadi, aku datang juz melangok je la tengok anak orang berlari. Kalau ikutkan hati aku memang maaaallllasss sesangat nak pergi, tapi kesian kat anak-anak aku ler sebab dorang beria-ria minta datang bila cikgu dah berpesan banyak kali ajak ibu bapa datang sekali. Dengan malasnya aku pergi lah jugak, dah la lone ranger...hubby kerja....tapi untuk memeriahkan majlis dan demi to show support pada anak-anak aku, aku gagah kan jugak....attend je la......
Budak-budak ni paksa aku keluar awal seawal 7.00 pagi. Punya la awal, sedangkan majlis bermula jam 8.30 pagi. Dorang ni dah jumpa geng, tinggal ler aku sorang-sorang layan blues. Nak berborak tak de geng la plak. Mujur Qeila, kejap-kejap datang, Aqel jumpa je kengkawan dia lesap ntah ke mana...
Majlis mula tepat pukul 8.30pagi. Selesai je segala ucapan dan bacaan doa, acara pun dimulakan dengan senamrobiks. Gelihati jugak tengok budak-budak ni menggedikss bersenam robik...berterabur...paling best bila time mereka berpoco-poco..........
Ada perbarisan bagai...rumah biru dan rumah merah. Ada satu lagi rumah, rumah kuning tapi tak snap pun gambarnya.......
Ni je satu-satunya telematch yang ada pada pagi tu untuk murid-murid Tahap 1. Mencari Harta Karun. Bunyi nya cam sedap je kan.......tapi harta karun yang terdiri dari pencil case, color pencil, glue. Ada lah satu dua je barang-barang ni, yang selebihnya adalah gula-gula dan jelly. Yang best, nama pun budak-budak, dorang tak minat pun nak rebut whatever harta karun tu semua melainkan masing-masing sebok mencari gula-gula dan jelly...... Puas la mak pak dok berteriak soh dorang kutip 'harta karun-harta karun' tu...........
Majlis ditamatkan dengan perhimpunan. Rumah Kuning menjuarai karnival sukan this time. Rumah Merah kedua. Kedua-dua anak aku dalam rumah merah. So, Aqel berazam tahun depan dia nak masuk acara lari sebab Tahap 2 (Tahun 3, 4, 5) nanti baru boleh masuk semua acara-acara lari dan pertandingan sukan yang lain.............
Belah petang nya pulak, terus cabut balik Bentong sebab memang dah janji dengan mak nak balik. Kebetulan pulak long nak buat majlis birthday kecil-kecilan untuk Haziratul Husna.
A very simple cake...
Dah namanya majlis kecil, crowdnya pon kecil2 je la..hehehe....anak-beranak jeeee!!!....
Hmmmm....sedapnya cake........
Belah petang nya, ada plak orang yang teringin nak makan durian yang diserve ala-ala kelantan style..... Kitaorang tak biasa makan santan durian ghoper ini. Biasanya makan akan masak durian dengan santan dan gula merah pas tu baru makan ngan pulut. Tapi kelantan style, seme buat berasingan dan dicampurkan dalam 1 pinggan......digaulkan semuanya dan dimakan dengan tangan......hmmmmm.....aku kurang berselera tapi tuan yang makannya bukan main lagi.... Sorii, no pics sebab 'dia' marah aku snap gambar dia yang tengah makan dengan lahapnya........"tahukan sapa????!!!...."
No comments:
Post a Comment