Dec 20, 2009

Majlis Berkhatan Untuk Aqel

Ni cerita 2 minggu lepas 12/12/2009. Walaupun dah agak lewat, kena masuk entry jugak, untuk dijadikan kenangan hari esok. Majlis diaadakan Surau AzZakirin, Blok A, Pangsapuri Putra Damai, anjuran bersama ibubapa dan Surau. Malam tu kami guna khidmat katering je, senangkan, tak de la susah-susah nak memasak. Kebetulan pula, kedai mamak ada sponsor 15 ekor ayam dan kami rancang untuk buat BBQ aje ayam tu. Itu aje lah gotong royong yang kami buat. Simple aje, buat bahan-bahan untuk marinate ayam-ayam tu dan rebus telur untuk dijadikan buah tangan untuk tetamu. Ini majlis berkhatan kali pertama yang diadakan di tempat kami. Moga ada kesinambungan selepas ini. So jom layan gambar.....

Ini antara kanak-kanak yang akan dikhatan keesokan harinya kecuali dak perempuan tu sebab dorang kecik-kecik dah bersunat...kui kui....Malam tu budak-budak ni sakan berlari dan kitaorang pun tak mahu melarang sebab mulai esok dorang kena kuarantin dan berpantang serba serbi, perbuatan dan makanan....

Malam tu siap di tempah kumpulan marhaban untuk mengarak budak-budak tu semua. Semuanya buat dalam surau tu aje...



Diarak sambil marhaban. 5 orang kesemuanya. Dari malam mereka ini sudah berdebar-debar menanti hari esok. Masing-masing sibuk tanya, "sakit ke tidak berkhatan tu".....

Panjang betul nenek-nenek ni bermarhaban...budak biasa lah, mula-mula suka tapi bila lama sikit mulalah tunjuk aksi bosan....tapi aku terhibur dengan persembahan nasyid dari kumpulan marhaban ni....

Ada acara tepung tawar bagai...seronok dalam debaran budak-budak ni.

Abang tengah menepung tawar. Malam tu abang sibuk sebab di ambil part bakar ayam. nMula-mula tu dia tak mau menepung tawar budak-budak ni, lepas dipujuk-pujuk baru dia masuk dan menepung tawar....
Mak pulak mengambil turn untuk menepung tawar. Hari tu uda, adik n famili semua ada, makngah pun ada kecuali long je takk dapat datang sebab dia periksa minggu tu. Tapi dah diwakilkan adib untuk datang.

Ni keesokan harinya. Masing-masing sudah bersedia untuk di'potong'...hik-hik...memang gelihati mengingatkan gelagat budak-budak ni.... Masing-masing bagai tak sabar nak melalui detik-detik cemas ni. Masa di klinik ada 15 orang kanak-kanak yang tunggu turn untuk dikhatankan termasuklah budak-budak ni. Kira berpeluh la tungguu giliran. Doktor kata setiap seorang ambil masa lebih kurang 30 minit. Anggaran je tapi turn aqel lebih kurang 15 minit je...

Dah salin kain. Turn dia lepas ini. Waktu ni, danial kawan baik Aqel dah masuk. Terdengar jeritan dia. Mungkin jeritan ketakutan kot...sebab baru benar masuk dah menjerit. Rasanya doktor belum sempat buat apa-apa lagi. Tapi bila dia keluar, nampak steady je....lepas dia terus nama Aqel dipanggil...bukan takat dia aje yang berdebar-debar, jantung aku pon berdegup kencang. Dan aku menyaksikan Aqel berkhatan. Ngeri jugak woi!!!...first time aku tengok, and the best part ialah..laki aku pitam...kwang3x. Adoiii!!!!...gaya sikit punya macho, tpi boleh plak dia terpitam tengok darah yang tak sebanyak mana tu. Jenoh ler pulak doktor tu nak mengerjakan dia pulak.....adoiii...tak boleh harap betol lah ayah ko ni.............

Dec 11, 2009

Ujian, Balasan dan Emosi........

Dua tiga hari rasa macam di awang-awangan je, seperti tak berpijak di bumi yang nyata. Macam-macam perkara yang melanda. Kalaupun bukan pasal peribadi sendiri, ada pulak masalah dari orang-orang terdekat. Sampai rasa macam dihimpit-himpit pulak. Lemas dan rimas. Tak nak ambil pusing, dah nama pun orang paling dekat, bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Mahu tak mahu, terpaksa jugak menanggung kesakitan kepala yang teramat sangat. Nak kata dugaan atau ujian, sendiri cari pasal...nak kata balasan..mmmmm ntah lah........tapi sebagai manusia ni untuk menyedapkan hati cari je lah hikmah disebalik semua yang terjadi. Memang lumrahnya manusia ni, dah terhantuk baru tergadah. Mujur jugak terhantuk masa baru-baru salah masuk simpang, buat nya dah sampai ke jalan mati atau ke lembah???.... Itu lah hikmah pertama a.k.a. pengajaran pertama yang patut kita buat post moterm. Selebihnya muhasabahkan diri aje dan berjanji tidak lagi mengkhianati diri sendiri. Dan bermunajat lah kepada Allah selalu agar diselamatkan kita semua dari segala kealpaan dunia ini dan minta selamatkan diri dan maruah keluarga kita. Insya-Allah, Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Amin.

Lagi sekali dalam minggu ni jugak, bos aku dapat surat ditukarkan ke Agensi Di Bawah Kementerian sebagai Pengarah disana. Tidak jugak naik pangkat, pangkat tetap sama. Yang jadi persoalan, kenapa kerap sangat ditukarkan, kat sini baru peringkat bertateh, baru je nak reti apa ke benda jabatan ni buat, mengenali pegawai-pegawai punya peel, arrgggg...aku pulak yang terlebih emosi. Bukan apa, sejak join kerajaan ni, kalau aku list kan dari sudut pandangan peribadi aku, banyak benar yang aku tak setuju lansung dengan sistem kerjanya. Orang tukar-tukar, belum mahir satu-satu kerja, tukar tempat lain, belajar pulak, walau pon kau dah hampir peringkat nak meninggalkan perkhidmatan pun masih lagi kena belajar tentang jabatan baru yang disertai. Macam mana nak jadi efisen kalau macam ni. Tu pasal orang kerajaan kerja sambil lewa (ini bukan mewakili semua orang ok). Rimas lagi sekali. Bos aku pun dah bagi hints kat aku, "ikut sekali la ye".... Aku tak kisah ikut dia. Lagipun sejak masuk kerajaan ni aku dah mula selesa dengan dia. Kalau tukar bos nanti sure aku nak kena study pulak lagi peel bos baru aku tu. Kalau OKtak pe lah, dibuatnya KO, ha jenohhh!!!!.... Kalau pon aku ikut dia, walau masih dekat-dekat sini tapi kitaorang dah keluar dari Kementerian. Tapi what the heck!!!!!......gaji still macam tu jugak kan!. Nak dok tempat baru, geng baru, tempat baru, parking baru - ha ni satu lagi cerita, bangunan punya tinggi tapi parking ada 2 basement je, dan paling menyakitkan hati ada certain2 gred aje yang diberi kemudahan parking..yang lain get lost!!!!..... DISKRIMINASI....urrrrgghhh....malas aku nak sentuh bab ni, kang juling bijik mata baca.... what ever setelah aku disahkan jawatan dalam perkhimatan awam ni, dah dapat taraf berpencen pun sebab dah lebih tiga tahun aku berkhidmat, aku buat conclusion sendiri....kerja kat private JAUHHHH lagi bes dari sini........korang entah lah.......Watever aku harap sinar keseronokan aku di perkhidmatan awam ni akan muncul NANTI!!!!.............

Dec 3, 2009

Kecewanya....

Sepanjang hari ni aku terasa benar nak makan mushroom chicken sup. Ala nak beli yang dalam tin campbell tu je. Didih kejap atas dapur kasi panas. Ye lah, dok kat opis hari ni, aku bantai surfing blog makan-makan je. Tak tau macam mana sup tu yang menggoda tekakku malam ini. Dah jemu makan nasi kot. So petang tadi lepas layan citer Nenek Kebaya, aku ajak budak-budak ni pergi K4, Alamanda. Banyak benda lain nak beli sekali tu yang menyanyah sampai ke Alamanda. Ambil lah sup tu 2 tin, cukup la, bukan ada sapa suka sangat pon, takat nak lepaskan teringin je. Beli sekali roti keras tu apa orang panggil 'france loaf'. Ye ke?...ye la kot...roti tu kan ke keras dan panjang. Bak kata aqel ni itu roti ke rotan bu...ada ke rotan pulak!!. Dia kata lagi kalau buat main rounders ni pon best jugak nih....Macam-macam la ko aqel... best kan roti keras tu sapu dengan garlic butter cecah ngan sup...mmmmmm.... x sabar nya nak balik didihkan sup tu....so OFF dari Alamanda heading balik rumah. Sampai kat parking masa punggah barang dengan budak-budak ni, baru aku pasan eh..mana pulak roti panjang aku ni. Cari-cari dalam boot, ingat tergolek-golek kat dalam tu tp ianya memang takde..Ah sudah!!...mana pulak roti ibu tadi Aqel? Aqel kata bukan ibu yang pegang tadi...Alamak roti tu memang dah sah-sah lah tertinggal masa beli Mcflurry untuk Qeila td di Mc donald....memang takde rezeki aku la...x mo cakap kempunan walau dalam hati kata, mujur x de batu belah batu bertangkup......kalo ada pon x kan aku nk bunuh diri pulak ye tak...hilang akal ke apa? Dengan kecewaya aku menyuruh aqel beli je roti gardenia buat kawan cecah-cecah sup tadi....bakar roti tu sampai terentung, kuciwa punya pasal......lain kali ye tekak, aku gi cari roti tu.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...